Salam...
Wahhh..tajuk ala-ala kaunselor perkahwinan....hihihi..
(Ok..ok kena start serius takut hilang feel..)

Insya Allah, kalau dizinkan Dia tahun ni kami akan sambut anniversary yg ke 10..
Pada mama, pompuan biasa dari latarbelakang keluarga sederhana,
Ni antara milestones besar dalam hidup..
Kenal sejak zaman matriks, kawen lepas abis study,
Skrang dah ada 3 permata hati,
Siap sorang 'di sana' lagi..
Alhamdulillah besarnya nikmat yang Dia bagi..
Tapi nasib saya tak seindah orang-orang di sekeliling,
Orang-orang penting yang saya sayangi..
Pelbagai dugaan ditempuhi sejak bergelar isteri..

Perempuan biasa seperti saya setelah dijabkabulkan biasanya kompas hidup berubah seratus peratus,
Segalanya untuk suami dan keluarga,
Apatah lagi kalau suami  kekasih pilihan sendiri..,
Bila menimang anak pertama,
Segala perancangan masa hadapan  tertumpu pada anak,
Yang terbaik untuknya dunia dan akhirat,
Saya tahu ada jugak perempuan di luar sana walau berstatus isteri masih liar,
Tapi normalnya, kebiasaannya memang sekeping hati perempuan ni,
Bila dah berstatus isteri dan ibu, segala apa yang dilakukan mesti berdasarkan dua tanggungjawab penting ni..
Kalau persekitarannya dikelilingi yang baik-baik,
Pasti dalam jiwanya nampak segala apa yang dilakukan untuk bekalan di sana..
Sehabis boleh, kudrat dan tenaga dilakukan yang terbaik untk suami dan anak-anak,
Tanggungjawab utama digalas sehabis baik...rumah di kemas agar selesa, makanan disediakan agar tak kelaparan, penampilan di jaga agar mata sentiasa sedap memandang..
Malah anak-anak juga sehabis boleh dirapi agar sentiasa berbau wangi..
Belum lagi pengorbanan lain isteri lakukan,
Membanting tenaga mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik,
Mengikut suami walau di mana ceruk dunia,
Segalanya datang dari hati yang mahukan suami sentiasa bahagia..

Tapi..
Betulkan seorang lelaki kadang-kala tak begitu,
Baru bertatih dalam perkahwinan..anak-anak baru mengenal dunia..
Dah rasa bosan...rimas, tak betah berada di rumah..
Pening dengan kerenah anak-anak,
Hilang rasa menarik terhadap isteri..
Ada suami tak punya hati,
Bukan ingin membantu si isteri melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak,
Malah dijadikan alasan si isteri makin tak pandai melayan,
Tak terfikir seketika di benak..si isteri bukan saja penat dengan kerja-kerja di pejabat,
malah sudah habis kudrat melayan anak-anak..
Ada lelaki walau usia perkahwinan dah mencapai jubli perak,
Punya keluarga bahagia..menantu dan cucu,
Tiba-tiba punya rasa ingin menambah isteri,
Paling menyakitkan jiwa..alasan di beri kerana ingin merebut pahala..
.Bernikah dengan warga asing dan ingin membimbingnya ke syurga..
Padahal, tanggungjawab yang sedia ada masih belum sempurna..
Membimbing di sana dalam keadaan sentiasa berpura-pura..
Menambah pahala tapi dalam masa meninggalkan derita pada yang sudah lama berjasa..
Sungguh tak faham kan...

Atas semua ni la..
Buat jiwa makin tak mengerti..
Kenapa sekeping hati lelaki..
Tak punya rasa kesian pada si isteri..
Tak punya rasa cita dan harapan yang sama ingin membimbing keluarga ke arah yang diredhaiNya..
Tak punya rasa teruja bersama-sama isteri mencorak amanah kurniaan ilahi..
Tak punya rasa takut akan hakikat yang satu..
Hidup ini hanya sementara, segala yang dilakukan akan disoal di akhirat kelak..
Segala bukti Dia tunjukkan..
Kapal terbang paling canggih hilang sampai hari ni tak dapat di kesan..
Kemalangan atas kapal laut penumpang yang sepatutnya boleh diselamatkan  jika manusia mengikut peraturan..
Anak masih di dalam rahim ibu..sudah dipanggil pulang menemui pencipta..
Kenapa, kenapa dan kenapa..
Hanya keseronokkan dunia di cari (walau atas pelbagai alasan dan label....menambah pahala, sekadar ingin mengambil berat)
LaranganNya jangan menghampiri zina di langgar jua...
Kenapa kan...

Untuk dua anak lelaki..(mahupun si perempuan)
Andaikata blog ini di baca suatu hari nanti..
Mama nak Akif dan Elman faham..
Fahamilah hati seorang wanita bergelar isteri..
Moga apa yang dirasai isteri mampu jua Akif dan Elman rasai..
Kalau hari ni mama tak mahu Akif dan Elman menyakitkan sesiapa..
Mama harap sampai berpisah nyawa, Akif dan Elman jua tahu ia sesuatu yang tak wajar dilakukan...

Akhir kata..
Bila dah tulis berjela begini..
Baru terasa memang betul teori barat..
Men from Mars , Women from Venus..
Berbeza karakter, jiwa dan  hati..
Selagi tiada kesedaran dalam sekeping hati seorang lelaki bergelar suami..
Selagi itulah sentiasa menjadi misteri dan tanda tanya si isteri...

Okla..till then..
Byeeeee...






Salam...
Entri pertama untuk 2014 ( dah hampir setengah tahun pun!)..
Dalam mood kacau bilau..
Mungkin sebab musim sejuk kat sini yang dah mula..
Hari-hari dalam mood gloomy..
Mungkin jugak sebab dah nak menghampiri detik 'Say Goodbye'..
Segalanya bercampur baur..
Sedih sebab cuti dah nak abis..
Gembira sebab akhirnya dapat jumpa keluarga dan kawan-kawan (hidup dah tak lonely ranger)..
Fobia, paranoid atas sebab-sebab yang terlalu kompleks nak tulis...

Tapi yang pasti..
Harapnya segala urusan pengakhiran kami dipermudahkan..
Segala kenangan di bumi  'Colourful City of Australia' ni tak akan hilang di memori...

Masih dalam mood pengakhiran..
Untuk situasi yang lebih rumit dan menyakitkan..
Untungnya hidup di zaman ledakan teknologi ni..
Jauhnya jasad beribu batu, hati dan jiwa seolah-olah masih bersatu,
Kalau diguna dengan niat yang baik,
Jadi penghubung silaturahim, tempat mengadu melepas rindu,
Walau berbeza zon waktu,
Dengan FB, Whatssup, Google Talk, Facetime, mahupun SMS  jadi tempat berkongsi cerita,
Kalau diguna dengan niat buruk yang tersimpang,
Tempat membiak segala bencana,
Pemangkin hati menghampiri zina..
Nauzubillah kan!

Mood kacau bilau ni pun mungkin sebab hati terjentik cerita duka sahabat di sana..
Menghampiri suasana pengakhiran yang meruntun jiwa..
Dua situasi yang berbeza,
Namun kalau dah namanya pengakhiran pasti ada jiwa yang merana..
Teringat satu pesan yang mengetuk akal fikiran...
Pesan seorang ustaz  terkenal..
"Adakalanya seorang isteri lebih rela perkahwinan berakhir dengan kematian berbanding perceraian.."
Bila difikir dua situasi, memang banyak kebenaran apa yang dirasa seorang isteri..
Sahabat pertama punya suami sakit terlantar bertahun-tahun,
Pelbagai rawatan moden, tradisional dicuba masih tak ditemui ubatnya,
Dalam sedih mengenangkan anak-anak yang kecil,
Hati redha menghampiri pengakhiran perkahwinan yang semakin pasti,
Pulangnya si suami menemui pencipta,
Apatah lagi suami yang baik tiada bandingan,
Pasrah hatinya walau tahu tak mungkin akan bertemu di 'sini ' lagi..
Sahabat kedua punya suami yang tak setia,
Pelbagai pengorbanan dilalui,
Hidup PJJ bertahun-tahun membesarkan anak-anak kecil seorang diri,
Hancur luluh mengenangkan hidup yang tak dihargai,
Walau risau masa depan keseorangan membesarkan anak-anak kecil.
Hati nekad minta pengakhiran perkahwinannya..
Dari lagi membuak benci, dari terus menyimpan dendam,
Rasa hilang seluruh kepercayaan,
Hati pasrah dilepas dari terus dipergunakan..

Sedih mengenangkan kisah dua sahabat yang berbeza,
Masing-masing sedang menempuh ujian hebat yang bukan calang-calang dihadapi seorang wanita,
Doa dari jauh, agar Dia pemilik hati-hati yang merana ini memberi mereka kekuatan yang luar biasa..
Moga masa depan mereka dalam perlindunganNya selalu..
Tak berhenti-henti mengharap agar apa keputusan di buat,
Adalah berdasarkan ilhamNya
Kerana hanya Dia maha mengetahui yang terbaik buat hambaNya..

Okla..
Habis sudah melepas rasa yang terbuku di hati..
Moga sempat berjumpa lagi sebelum kami  menghampiri pengakhiran  musafir di bumi asing ini,
Salam rindu,
Selamat Hari Ibu juga buat ibu-ibu yang diberi nikmat membesarkan permata hati amanah Ilahi,
Till then
Good Byee..



Dua musim berbeza yang sempat kami lalui..syukur Alhamdulillah!