Salam
Masih di Orange..
Weather is getting hotter, day getting brighter and eventually we feel much much better..
Alhamdulillah..
This is not a first world problem but admittedly by everyone (even the locals)
That we have enough of winter!!
Today is 1st September-technically it is first day of Spring..
Goodbye to the cold, grey, gloomy days (sound like seasonal affective disorder eh??)
And I can't wait to have bright, clear and colourful season !!
SubhanAllah..
(Nikmat Allah hidup di negara empat musim..)

Anyway,
Tak de apa nak merepek spesifik
Dok teringat macam-macam benda berlaku akhir-akhir ni..
Secara langsung dan tak langsung, peluang baik nak muhasabah diri..

The past few weeks is definitely a tough period for us..
Musafir melayu kat negara kangaroo,
Segala yang terjadi kat tanah  air, tempias nya dah boleh rasa kini..
Seriously kami struggling..
Especially dalam issue kewangan..
Memang nilai RM-AUD tak jauh beza sebelum dan selepas RM menjunam (kebetulan AUD pun jatuh nilai),
Tapi sebab ketidakstabilan RM tu kesannya
Sponsorship En Suami dah jadi tunggang langgang..
Berbulan-bulan elaun untuk menyara diri tak tau kat mana..
Allahuakbar..
Macam malu dah bertanya, meminta ( padahal itu hak kita)
Tapi memang membebankan jiwa kan..
Bila rasa down yang amat sangat
Memang boleh  bergaduh jadinya
Stress rasa nak jalani kehidupan macam ni
Sorang diri jauh keluarga dan kawan
Tapi bila Allah beri rasa ketenangan
Baru teringat nak mengira nikmat yang dibagi
Alhamdulillah kami masih mampu hidangkan makanan mengalas perut,
Kami masih ada rumah berlindung (roof under the head bak kata english idiom )
Baru berlapang dada
Masih banyak nikmat Allah bagi
Dok teringat pulak baca fb minggu lepas
Tengok gambar-gambar pelarian Syria yang lemas kat lautan Mediterranean
Mayat budak-budak terdampar kat pantai
Sayunya hati
Apalah masalah kami dibanding mereka
Hidup di negara sendiri mengancam nyawa
Jadi pelagiaan kat nagara orang masih tinggi risikonya
Ibu-ibu yang kehilangan anak macam tu, isteri-isteri yang suami ditangkap sebagai pelarian haram
Paling penting sedihnya hati bila terpaksa meninggalkansegala-galanya ditanah bumi kelahiran,
Risiko yang perlu diambil demi kelangsungan hidup
Allahuakbar, hebat kan dugaan tu?

Semua ni memang buat teringat
'Kisah Lipas' yang dikongsi sahabat dunia akhirat
Untuk penguat hati, motivasi menghadapi ujian
Rumusannya kisah lipas tu nak cerita
Hidup kita bergantung kepada pilihan macam mana hadapi sesuatu ujian
Nak terus emosional, panik, menjerit-jerit yang akhir beri kesan pada semua
Atau tenang, fokus, sabar yang insha Allah boleh selesaikan masalah
Peringatan bahawa setiap ujian dariNya pasti ada cara untuk hadapinya
Sabar, berdoa dan terus berusaha
Insha Allah pasti Allah bantu kita..
Amin ya Rabalamin...

Kami kat sini pun macam-macam kisah warna warni
Selain musim yang baru bertukar
Suasana sekolah jadi semakin seronok
Mama baru abis course PaTCH kat sekolah
(3+ months, 15 hours workshop, 15 class practicum)
Alhamdulillah
Sikit sebanyak dapat tau macam mana sistem pelajaran kat sini berlangsung
Sangat-sangat menarik
Education system yang berpandukan pencapaian setiap murid
Kakak dan Jimmy pulak baru abis Book Week minggu lepas
Highlight of the event-custome day untuk Book Week Parade
Siap sekolah depa pilih tema Harry Potter
Sungguh-sungguh rasa macam Hogwarts Witchcraft and Wizardy School
Ada Albertus Dumbledore (Mr Mac the principal), Harry Potter, Harmonie, Mad Eye, Professor Snap dan segala character dari Harry Potter la
Super sporting, enjoy and fun
This thing la yang susah nak implement kat Malaysia kan..
Moga-moga sistem sekolah kita satu hari nanti boleh jadi macam ni
Sistem sekolah untuk pembangunan dan perkembangan budak-budak
Bukan untuk membebankan semua
huhuhu...

Okla
Habis dah keluh kesah
Moga bleh save dan publish kali ni
(last time penat membebel, hilang macam tu je)

Till we meet again..
Bye!!

 Teachers and Staffs of BPS during Book Week Parade

 Mr Mac the Principal as Prof Dumbledore
 Jimmy with the bestie  William and Jack

 Colourful costumes!

Princess kami with Tamiya
Memorable experience with PaTCH Programme 



Salam..
Akhirnya blogger tegar kembali semua..
Muahahaha
Ya Allah..
Too many things to do, too many stories to share and yet so little time I have..
(ayat cliche orang malas..hihihi)

I'm struggling in anything at the moment..
Yup, Kind of..
Struggling in adapting to the cold weather
(its already August, but seem winter is going to be here forever!..Weather forecast : snow next week!)
Struggling in handling daily routine of my kids (school, teakwood, bowling..penatttttt)
Struggling to overcome food deprive ( musim raya maa..parah tengok semua orang dok update open house + jamuan raya!! uwaaaaa.....)
Struggling in financial (but still in control Insha Allah. As long as there are foods on the table, I guess we should not worry too much, rite? ..)
And yes
I'm struggling to be the best wife and mom (this is a constant battle. After 10 years being his wife and mom to his kids, there a lots of things about him that I still don't know.. . Kind of falling in love again and again:) )

So,
Nak citer apa kali ni??
Macam mana kelam kelibutnya suasana kat sana,
Kami kat sini,
On surface nampak ok, tapi boleh tahan jugak kena tempiasnya..
Impak besar yang kami rasa
Nilai matawang yang menjunam-junam..
Kalau dulu boleh dapat 2.8
Sekarang purata dah cecah 3.5
Fuhhhh sakit tau rasanya..
Tapi bosan lak nak citer banyak..
Sebab segalanya di luar kuasa kita ..
Moga Allah permudahkan segalanya
Bantu para pemimpin kembalikan kesejahteraan negara..

Rasa nak kongsi kisah Aidilfitri kami,
Sedih sebab suasana memang macam bandingkan durian dengan apple,
Tak sepakat pilih tarikh
Setengah masjid nak ikut kata sepakat ulama sedunia,
Setengah msjid nak ikut negara jiran terdekat macam Indonesia,
Setengah masjid nak jugak nampak anak bulan
Kami kat sini tak de masjid pun,
Tapi sebab majoriti kat sini  pakistanis yang ada pengaruh dari suburb Bankstown kat Sydney,
Masjid Bankstown raya sabtu, maka kami warga Orange pun raya sabtu
(padahal masjid Punchbowl dan Malaysia Hall Randwick raya Jumaat!)
Sebab booking dewan hanya sampai pukul 9,
Maka agak kalut jugakla solat sunat dan makan-makan (solat sunat sepatutnya 7 tapi jadi 7.45am)
Part yang best hanyalah,
Pagi jumaat tu Orange diliputi salji!!
Maka kami melaram jugak la baju raya tahun lepas amik gambar dalam salji (jiran Aussie sini tengok pelik je.. .Sanggup Asian ni pakai baju gini dalam suhu negatif 5!)
Dan hari ahad, jemput kawan kawan rapat mai umah makan-makan..
Ala-ala open house..
Makan dari pukul 2 sampai 8!!
Sangat puas hati get together macam tu!!

Maka kesimpulannya,
Walau dalam serba kekurangan,
Raya kami tetap ada kenangan manis yang tak mungkin dilupa..
Syukur ya Allah sebab bagi kami peluang nak lalui semua ni.
Moga jadi ingatan buat kami yang kerdil.
Kasih Sayang dan rahmatNya tetap ada,
Setiap yang terjadi adalah aturan terbaik dariNya,
Asalkan kami tak pernah lupa hakikat kehidupan ni,
Walau bumi mana dipijak, langit mana dijunjung
Sentiasa cuba jadi yang terbaik,
Jauhkan perkara yang dimurka (sekecil-kecil seperti lalai menjaga solat dan sebesar-besar seperti menghampiri zina! nauzubillah)
Amin ya raballamin..

Okla,
Puas sudah membebel.
Harap ini bukan yang terakhir untuk bulan ni (moga ada 8.2 dan seterusnya..hihihi)
Doa kami dari jauh..
Moga keadaan jadi lebih aman dan makmur di sana..
Jauh duduk beribu batu..
Malaysia tetap di hati kami..
Till then,
Bye!!


Kangaroo at vineyard (credit to newzulu.com)
Orange town in snow (credit to resources.news.com.au)
Depan umah kami


Salam..
Memblogging sementara tunggu sup masak..
Sini baru 10.30 malam sebenarnya..
Tapi dah macam tengah malam sangat-sangat..
Semalam secara rasminya Day Saving Time berakhir,
Secara teknikalnya segala jam yang ada perlu dipusing ke belakang,
Kalau sebelum ini beza masa antara Tanah Malaya dan Australia ni 3 Jam,
Bermula semalam hanya 2 Jam,
Mula-mula sampai memang rasa pening,
Sekarang rasa lantaklah kan..tak de kesan sangat pun dalam kehidupan..hihihi

Anyway,
Dengan berakhirnya Day Saving Time,
Petanda musim luruh dah bermula kat sini,
Waktu siang dah makin singkat (Subuh 4.40 am, Isyak 7.15pm),
Suhu dan makin sejuk (sekarang je bawah 10 degree celcius),
Dan paling menyampah,
Suasana makin gloomy,
Tak sukanyaaaaaa....
(heran sungguh la macam mana orang lain boleh dok merantau negara sejuk bertahun-tahun. Sungguh hati meronta-ronta nak balik Mesia rindu sang matahari kat tanah Malaya..huhuhu)

Waktu camni memang rindukan suasana panas Malaysia,
Waktu camni memang teringat sangat cuti-cuti kami kat Gold Coast hari tu..



SubhanAllah seronoknya cuti tu (cuti memang la syok kan..heheh),
Dapat jugak jejak State of Sunshine, Queensland,
Salah satu impian dok bumi kangaroo ni,
Memang nak sangat rasa jejak kaki kat Gold Coast ni,
Awat la famous sangat especially kat orang kita,
Sungguh la bila dah sampai,
Rasa kalau boleh nak suh En Suami pindah university kat sini..hehhehe..

Anyway,
Sket sebanyak perjalanan cuti kami,
Kami amik flight Tiger Air dari Sydney ke Gold Coast,
Hajat hati ingat nak drive keter sendiri,
Bila tengok Sydney-Gold Coast 12 jam perjalanan naik keter,
Adoii terus rasa tak mampu kot nak buat,
Dengan 3 anak kecik,
Mesti banyak berenti,
Sampai sana badan penat,
Buang masa atas jalan je rasanya,
Terus kami cari tiket yang ok..
Pengalaman yang tak best naik airline ni,
Rezeki kami dapat layanan stewardess yang racist,
Nak citer pun rasa sakit hati,
Senang cakap..kalau ada extra money,
Jangan la naik airlines ni,
Budget Airlines kita Air Asia jauh berganda lagi baik dari Airlines ni!

Rezeki kami murah sikit kat part penginapan,
Sebab bukan cuti sekolah waktu tu,
Dapat apartment 2 bilik ngan harga yang berpatutan,
Service apartment yang siap washing machine, dryer, air cond setiap tempat, microwave, kitchen utensils semua ada (haa ..lagi lengkap dari rumah kat Orange!)
Apartment kat Bigera Waters, dalam 15 minit dari Surfer Paradise (CBD Gold Coast)..
Syukur alhamdulillah..

First day sampai tak buat apa sangat,
Cuma sebab ikut Google maps,
Pusing-pusing dari airport ( oo..lupa citer sebab bukan waktu cuti sekolah gak, kami dapat sewa kete yang murah sangat!)
Jumpa masjid kat Gold Coast,
SubhanAllah hampir 2 tahun dok Oz ni,
Macam tak percaya nampak masjid besar tu kat sini,
Besar dan lengkap dengan pelbagai bilik lagi,
Suka sangat,
Ni yang buat lagi nak pindah ke Gold Coast ni..hehhehe

Anyway,
Cuti yang sebenar bermula hari ke dua,
Destinasi kami yang pertama Movie World,
Mak aii..gah sangat la tempatnya,
Sebab hari ahad, jadi sangat la sesak,
Ngan badan yang tak hilang lagi penat , suasana padat, tak tau pulak boleh bawak makanan sendiri,
Seriously tak enjoy kat sini..
The least favourite place,
Tapi still a good place untuk family,
Meriah sini ngan pelbagai rides (permainan),
Character dari movie world pun bersepah ( cat woman , Scooby Do, Green Latern berkeliaran)
Boleh buat budak-budak ternganga jugak la tengok depa.
Macam mimpi jadi realiti.
Mama rasa dari kecik dok tengok kat tv,
Haa ko..
Dok salam depan mata amik gambar lagi..




Ok la.
Tak boleh citer banyak lagi.
Takut tak tersedar subuh pagi esok nanti,
Insha Allah mama akan cuba habiskan citer cuti-cuti ni,
Mana tau boleh jadi panduan sape-sape nak sampai sini..

Till then,
Selamat malam dari 8000 batu jauhnya,
Insha Allah we meet again soon!
Byeeee....