Salam
Masih di Orange..
Weather is getting hotter, day getting brighter and eventually we feel much much better..
Alhamdulillah..
This is not a first world problem but admittedly by everyone (even the locals)
That we have enough of winter!!
Today is 1st September-technically it is first day of Spring..
Goodbye to the cold, grey, gloomy days (sound like seasonal affective disorder eh??)
And I can't wait to have bright, clear and colourful season !!
SubhanAllah..
(Nikmat Allah hidup di negara empat musim..)

Anyway,
Tak de apa nak merepek spesifik
Dok teringat macam-macam benda berlaku akhir-akhir ni..
Secara langsung dan tak langsung, peluang baik nak muhasabah diri..

The past few weeks is definitely a tough period for us..
Musafir melayu kat negara kangaroo,
Segala yang terjadi kat tanah  air, tempias nya dah boleh rasa kini..
Seriously kami struggling..
Especially dalam issue kewangan..
Memang nilai RM-AUD tak jauh beza sebelum dan selepas RM menjunam (kebetulan AUD pun jatuh nilai),
Tapi sebab ketidakstabilan RM tu kesannya
Sponsorship En Suami dah jadi tunggang langgang..
Berbulan-bulan elaun untuk menyara diri tak tau kat mana..
Allahuakbar..
Macam malu dah bertanya, meminta ( padahal itu hak kita)
Tapi memang membebankan jiwa kan..
Bila rasa down yang amat sangat
Memang boleh  bergaduh jadinya
Stress rasa nak jalani kehidupan macam ni
Sorang diri jauh keluarga dan kawan
Tapi bila Allah beri rasa ketenangan
Baru teringat nak mengira nikmat yang dibagi
Alhamdulillah kami masih mampu hidangkan makanan mengalas perut,
Kami masih ada rumah berlindung (roof under the head bak kata english idiom )
Baru berlapang dada
Masih banyak nikmat Allah bagi
Dok teringat pulak baca fb minggu lepas
Tengok gambar-gambar pelarian Syria yang lemas kat lautan Mediterranean
Mayat budak-budak terdampar kat pantai
Sayunya hati
Apalah masalah kami dibanding mereka
Hidup di negara sendiri mengancam nyawa
Jadi pelagiaan kat nagara orang masih tinggi risikonya
Ibu-ibu yang kehilangan anak macam tu, isteri-isteri yang suami ditangkap sebagai pelarian haram
Paling penting sedihnya hati bila terpaksa meninggalkansegala-galanya ditanah bumi kelahiran,
Risiko yang perlu diambil demi kelangsungan hidup
Allahuakbar, hebat kan dugaan tu?

Semua ni memang buat teringat
'Kisah Lipas' yang dikongsi sahabat dunia akhirat
Untuk penguat hati, motivasi menghadapi ujian
Rumusannya kisah lipas tu nak cerita
Hidup kita bergantung kepada pilihan macam mana hadapi sesuatu ujian
Nak terus emosional, panik, menjerit-jerit yang akhir beri kesan pada semua
Atau tenang, fokus, sabar yang insha Allah boleh selesaikan masalah
Peringatan bahawa setiap ujian dariNya pasti ada cara untuk hadapinya
Sabar, berdoa dan terus berusaha
Insha Allah pasti Allah bantu kita..
Amin ya Rabalamin...

Kami kat sini pun macam-macam kisah warna warni
Selain musim yang baru bertukar
Suasana sekolah jadi semakin seronok
Mama baru abis course PaTCH kat sekolah
(3+ months, 15 hours workshop, 15 class practicum)
Alhamdulillah
Sikit sebanyak dapat tau macam mana sistem pelajaran kat sini berlangsung
Sangat-sangat menarik
Education system yang berpandukan pencapaian setiap murid
Kakak dan Jimmy pulak baru abis Book Week minggu lepas
Highlight of the event-custome day untuk Book Week Parade
Siap sekolah depa pilih tema Harry Potter
Sungguh-sungguh rasa macam Hogwarts Witchcraft and Wizardy School
Ada Albertus Dumbledore (Mr Mac the principal), Harry Potter, Harmonie, Mad Eye, Professor Snap dan segala character dari Harry Potter la
Super sporting, enjoy and fun
This thing la yang susah nak implement kat Malaysia kan..
Moga-moga sistem sekolah kita satu hari nanti boleh jadi macam ni
Sistem sekolah untuk pembangunan dan perkembangan budak-budak
Bukan untuk membebankan semua
huhuhu...

Okla
Habis dah keluh kesah
Moga bleh save dan publish kali ni
(last time penat membebel, hilang macam tu je)

Till we meet again..
Bye!!

 Teachers and Staffs of BPS during Book Week Parade

 Mr Mac the Principal as Prof Dumbledore
 Jimmy with the bestie  William and Jack

 Colourful costumes!

Princess kami with Tamiya
Memorable experience with PaTCH Programme 



Salam..
Akhirnya blogger tegar kembali semua..
Muahahaha
Ya Allah..
Too many things to do, too many stories to share and yet so little time I have..
(ayat cliche orang malas..hihihi)

I'm struggling in anything at the moment..
Yup, Kind of..
Struggling in adapting to the cold weather
(its already August, but seem winter is going to be here forever!..Weather forecast : snow next week!)
Struggling in handling daily routine of my kids (school, teakwood, bowling..penatttttt)
Struggling to overcome food deprive ( musim raya maa..parah tengok semua orang dok update open house + jamuan raya!! uwaaaaa.....)
Struggling in financial (but still in control Insha Allah. As long as there are foods on the table, I guess we should not worry too much, rite? ..)
And yes
I'm struggling to be the best wife and mom (this is a constant battle. After 10 years being his wife and mom to his kids, there a lots of things about him that I still don't know.. . Kind of falling in love again and again:) )

So,
Nak citer apa kali ni??
Macam mana kelam kelibutnya suasana kat sana,
Kami kat sini,
On surface nampak ok, tapi boleh tahan jugak kena tempiasnya..
Impak besar yang kami rasa
Nilai matawang yang menjunam-junam..
Kalau dulu boleh dapat 2.8
Sekarang purata dah cecah 3.5
Fuhhhh sakit tau rasanya..
Tapi bosan lak nak citer banyak..
Sebab segalanya di luar kuasa kita ..
Moga Allah permudahkan segalanya
Bantu para pemimpin kembalikan kesejahteraan negara..

Rasa nak kongsi kisah Aidilfitri kami,
Sedih sebab suasana memang macam bandingkan durian dengan apple,
Tak sepakat pilih tarikh
Setengah masjid nak ikut kata sepakat ulama sedunia,
Setengah msjid nak ikut negara jiran terdekat macam Indonesia,
Setengah masjid nak jugak nampak anak bulan
Kami kat sini tak de masjid pun,
Tapi sebab majoriti kat sini  pakistanis yang ada pengaruh dari suburb Bankstown kat Sydney,
Masjid Bankstown raya sabtu, maka kami warga Orange pun raya sabtu
(padahal masjid Punchbowl dan Malaysia Hall Randwick raya Jumaat!)
Sebab booking dewan hanya sampai pukul 9,
Maka agak kalut jugakla solat sunat dan makan-makan (solat sunat sepatutnya 7 tapi jadi 7.45am)
Part yang best hanyalah,
Pagi jumaat tu Orange diliputi salji!!
Maka kami melaram jugak la baju raya tahun lepas amik gambar dalam salji (jiran Aussie sini tengok pelik je.. .Sanggup Asian ni pakai baju gini dalam suhu negatif 5!)
Dan hari ahad, jemput kawan kawan rapat mai umah makan-makan..
Ala-ala open house..
Makan dari pukul 2 sampai 8!!
Sangat puas hati get together macam tu!!

Maka kesimpulannya,
Walau dalam serba kekurangan,
Raya kami tetap ada kenangan manis yang tak mungkin dilupa..
Syukur ya Allah sebab bagi kami peluang nak lalui semua ni.
Moga jadi ingatan buat kami yang kerdil.
Kasih Sayang dan rahmatNya tetap ada,
Setiap yang terjadi adalah aturan terbaik dariNya,
Asalkan kami tak pernah lupa hakikat kehidupan ni,
Walau bumi mana dipijak, langit mana dijunjung
Sentiasa cuba jadi yang terbaik,
Jauhkan perkara yang dimurka (sekecil-kecil seperti lalai menjaga solat dan sebesar-besar seperti menghampiri zina! nauzubillah)
Amin ya raballamin..

Okla,
Puas sudah membebel.
Harap ini bukan yang terakhir untuk bulan ni (moga ada 8.2 dan seterusnya..hihihi)
Doa kami dari jauh..
Moga keadaan jadi lebih aman dan makmur di sana..
Jauh duduk beribu batu..
Malaysia tetap di hati kami..
Till then,
Bye!!


Kangaroo at vineyard (credit to newzulu.com)
Orange town in snow (credit to resources.news.com.au)
Depan umah kami


Salam..
Memblogging sementara tunggu sup masak..
Sini baru 10.30 malam sebenarnya..
Tapi dah macam tengah malam sangat-sangat..
Semalam secara rasminya Day Saving Time berakhir,
Secara teknikalnya segala jam yang ada perlu dipusing ke belakang,
Kalau sebelum ini beza masa antara Tanah Malaya dan Australia ni 3 Jam,
Bermula semalam hanya 2 Jam,
Mula-mula sampai memang rasa pening,
Sekarang rasa lantaklah kan..tak de kesan sangat pun dalam kehidupan..hihihi

Anyway,
Dengan berakhirnya Day Saving Time,
Petanda musim luruh dah bermula kat sini,
Waktu siang dah makin singkat (Subuh 4.40 am, Isyak 7.15pm),
Suhu dan makin sejuk (sekarang je bawah 10 degree celcius),
Dan paling menyampah,
Suasana makin gloomy,
Tak sukanyaaaaaa....
(heran sungguh la macam mana orang lain boleh dok merantau negara sejuk bertahun-tahun. Sungguh hati meronta-ronta nak balik Mesia rindu sang matahari kat tanah Malaya..huhuhu)

Waktu camni memang rindukan suasana panas Malaysia,
Waktu camni memang teringat sangat cuti-cuti kami kat Gold Coast hari tu..



SubhanAllah seronoknya cuti tu (cuti memang la syok kan..heheh),
Dapat jugak jejak State of Sunshine, Queensland,
Salah satu impian dok bumi kangaroo ni,
Memang nak sangat rasa jejak kaki kat Gold Coast ni,
Awat la famous sangat especially kat orang kita,
Sungguh la bila dah sampai,
Rasa kalau boleh nak suh En Suami pindah university kat sini..hehhehe..

Anyway,
Sket sebanyak perjalanan cuti kami,
Kami amik flight Tiger Air dari Sydney ke Gold Coast,
Hajat hati ingat nak drive keter sendiri,
Bila tengok Sydney-Gold Coast 12 jam perjalanan naik keter,
Adoii terus rasa tak mampu kot nak buat,
Dengan 3 anak kecik,
Mesti banyak berenti,
Sampai sana badan penat,
Buang masa atas jalan je rasanya,
Terus kami cari tiket yang ok..
Pengalaman yang tak best naik airline ni,
Rezeki kami dapat layanan stewardess yang racist,
Nak citer pun rasa sakit hati,
Senang cakap..kalau ada extra money,
Jangan la naik airlines ni,
Budget Airlines kita Air Asia jauh berganda lagi baik dari Airlines ni!

Rezeki kami murah sikit kat part penginapan,
Sebab bukan cuti sekolah waktu tu,
Dapat apartment 2 bilik ngan harga yang berpatutan,
Service apartment yang siap washing machine, dryer, air cond setiap tempat, microwave, kitchen utensils semua ada (haa ..lagi lengkap dari rumah kat Orange!)
Apartment kat Bigera Waters, dalam 15 minit dari Surfer Paradise (CBD Gold Coast)..
Syukur alhamdulillah..

First day sampai tak buat apa sangat,
Cuma sebab ikut Google maps,
Pusing-pusing dari airport ( oo..lupa citer sebab bukan waktu cuti sekolah gak, kami dapat sewa kete yang murah sangat!)
Jumpa masjid kat Gold Coast,
SubhanAllah hampir 2 tahun dok Oz ni,
Macam tak percaya nampak masjid besar tu kat sini,
Besar dan lengkap dengan pelbagai bilik lagi,
Suka sangat,
Ni yang buat lagi nak pindah ke Gold Coast ni..hehhehe

Anyway,
Cuti yang sebenar bermula hari ke dua,
Destinasi kami yang pertama Movie World,
Mak aii..gah sangat la tempatnya,
Sebab hari ahad, jadi sangat la sesak,
Ngan badan yang tak hilang lagi penat , suasana padat, tak tau pulak boleh bawak makanan sendiri,
Seriously tak enjoy kat sini..
The least favourite place,
Tapi still a good place untuk family,
Meriah sini ngan pelbagai rides (permainan),
Character dari movie world pun bersepah ( cat woman , Scooby Do, Green Latern berkeliaran)
Boleh buat budak-budak ternganga jugak la tengok depa.
Macam mimpi jadi realiti.
Mama rasa dari kecik dok tengok kat tv,
Haa ko..
Dok salam depan mata amik gambar lagi..




Ok la.
Tak boleh citer banyak lagi.
Takut tak tersedar subuh pagi esok nanti,
Insha Allah mama akan cuba habiskan citer cuti-cuti ni,
Mana tau boleh jadi panduan sape-sape nak sampai sini..

Till then,
Selamat malam dari 8000 batu jauhnya,
Insha Allah we meet again soon!
Byeeee....






Salam semua
Wah..wah first entry 2015..
Memang blogger tegar sungguh la mama ni kan..
Hihihi

Anyway,
Azam 2 April 2015
Untuk lebih kerap memblogging
Rasa rugi sangat tak manfaat peluang dok negara orang  berkongsi pengalaman kat sini..
Mana la tau boleh jadi kenangan dah tua-tua nanti..
Untuk anak-anak juga..
Boleh jadi rujukan depa mengimbau kisah lama..
Tak pun untuk sape-sape yang nak jejak kampung Orange ni (wahh perasan macam ada orang nak baca!)

So, insya Allah,
Berdasarkan alasan di atas,
Nanti perlahan-lahan nak recap kisah kami  kat sini,
Citer cuti-cuti Gold Coast kami, citer si Elman dengan dunia playgroup dia, Citer Akip Auni di sekolah, citer mama tiap-tiap hari (pasti part tu paling boring..hahahha)
Insya Allah..

So, hari ni nak citer pasal pengalaman kami pi dengar Public Talk kat University..
Pengalaman menyentuh jiwa..
Bukan setakat intipati talknya..
Keadaan nak pi dengar talk tu paling tak leh lupa!
Mama dok mai dengar mengangkut askar-askar sekali!!
Haa..jangan tak percaya..
Kagum kan public talk kat sini..
Boleh angkut anak sekali ...
Ni la budaya barat yang mama rasa kita boleh contohi..
Amalan menuntut ilmu yang dipermudahkan..
Nak dengar talk tapi tak boleh tinggal anak?
Maka bawak la dengan syarat pastikan mereka terkawal..
Budaya yang menang-menang orang kata,
Penganjur ada audience,
Audience tak rasa keadaan menyusahkan,
Anak-anak pun boleh didedahkan dengan suasana majlis ilmu peringkat universiti di usia muda..

Apa pun,
Alasan utama kenapa mama nak sangat dengar talk ni,
Sebab ia anjuran Orange Muslim Association (OMSA)
(Presiden OMSA  adalah En Suami..hihihi)
Dap aihhhh...tujuan utama nak sangat mai
Sebab ilmu kifayah kan..
Tajuk talk hari tu  'Jihadist and Terrorist: The Real Definition in Islam'
Haa..tajuk panas masakini
Hidup dalam zaman Islam difitnah ni,
Kat negara yang sentiasa paranoid dengan islam
Peluang macam ni memang jangan dilepaskan
Peluang melengkapkan diri dengan ilmu bila berhadapan dengan komuniti yang ignorance (buat-buat tak amik tahu apa itu  islam sebenar tapi suka sangat menuduh yang bukan-bukan..huhuhu)

Citer pasal talk tu,
Talk tu disampaikan oleh Dr Dorgan
Muslim Chaplin Charles Sturt Universiti (sekolah en suami)
Chaplin ni mudah citernya ketua community satu agama dalam universiti.
Kira dia adalah ketua muslim community dalam universiti.
Dia bangsa Turki tapi dah lama merantau banyak negara (US pernah duduk, sini pun dah hampir 10 tahun)
Tahu banyak pasal dia sebab En Suami jemput makan tengah hari umah,
Berdebar haii nak masak untuk orang besar,
Nasib baik dia merendah diri je..
Hihihi

Sebagai seorang muslim pun banyak ilmu baru mama belajar dari talk Dr Dorgan tu,
Kisah sebenar Syiah dan Sunni,
Prinsip asas Syiah,
Masalah utama umat islam masakini - Ignorance, Ununity, Poverty ( Sikap tak amik tahu, Sikap tak bersatu dan Kemiskinan),
Segalanya cuba disampaikan secara jelas, padat dan guna isu terkini..
Bila masa Soal Jawab,
Memang berebut audience nak tanya sampai tak cukup masa,
Dan jangan terperanjat la,
Banyak soklan yang pelik-pelik,
Macam dalam media sekarang,
Soklan tentang kisah nabi kita membunuh orang buta,
Bila Dr Dorgan tanya dari mana sumber,
Terketar-ketar tak tau jawab..
SubhanAllah memang satu pengalaman yang bermanfaat,
Rasa rugi tak amik gambar suasana talk tu,
Lagi rugi tak amik gambar si Elman lompat kangaroo tengah hall 15 minit terakhir majlis  (malunya..nasib baik tak kena halau..huhuhu)..

Apa pun memang suka majlis macam ni,
Banyak lagi ilmu nak kena tahu untuk lengkapkan diri,
Banyak lagi isu penting yang perlu dipandang serius dari dok termenung memikir masalah diri..
Mungkin kat sana isu pelaksanaan hudud tak selesai lagi (senyap sket kot minggu ni sebab gst pulak amik alih limelight),
Harap muslim kat Malaysia boleh pandang lagi jauh,
Jangan sebab perbalahan dalaman kita sesuatu isu macam pelaksanaan hudud tu,
Buat mata luar dok perati amik modal nak burukkan lagi islam,
Nauzubillah kan..

Okla,
Panjang sangat membebel ni,
Harap esok dapat membebel lagi citer baru pulak.
hihihi..
Till Then,
Take care semua!!
Byeeee....

 Gambar kesayangan mama
 Dok berendam musim panas (la ni mandi pun dah sehari sekali..grrrrr..)


Elman dengan kawan bulinya..Hororo dan Suzy!



Assalamualaikum..
Berblog dalam keadaan serabut adalah terapi yg sangat berkesan..
Adakalanya , mulut tak dapat menzahirkan kata- kata..
Ataupun kata- kata yg terluah tak dapat menerangkan intonasi yang diminta,
Akhirnya..dari niat nak meluahkan rasa..
Tercetus perang yang tak diminta!

Anyway, 
Sejak bergelar perantau ni,
Dua tahun yang lepas,
Nikmat Allah yg sangat terasa diambil,
Bila tiada kawan- kawan, keluarga tersayang di keliling..
Mimpi indah malam hari..bersembang, bergurau mesra dengan mereka,
Bila tersedar hanyalah mimpi,
Allah jer tau luluh rasa hati...
Lagi- lagi dalam situasi kali ni,
Paling awal kami boleh bertemu..andai dizin yang Rabb dalam tahun 2017..
Allahuakbar..peritnya menghitung hari...
Sunyinya keadaan macam ni, tak mampu nak dicerita dengan kata- kata..
Kata pujuk hati, aku di sini bukan untuk urusan peribadi,
Aku di sini pemudahcara En Suami menjalankan tugas duniawi menuntut ilmu..
Aku di sini untuk menguruskan zuriat permata hati yang baru mengenal dunia..
Sabarla diri, pujuk la hati..
Masa pasti berlalu, insya Allah dizinkan bertemu  lagi semua yang dirindui.

 

Permata hati, Auni Sofia dan Akif Hilmi yang baru mengenal dunia..
Sebagai ibu, kita la contoh di mata mereka.
Sebagai ibu cuba sedaya upaya memberi panduan hidup agar mereka sentiasa sejahtera..

Akif @ Jimmy bersama sahabat baiknya  Little Jack..
Allahuakbar..comel sungguh ikatan persahabatan antara mereka..
Jack menangis pagi pertama setelah 4 bulan berpisah dari Jimmy..
Berlainan bangsa, agama tapi persahabatan mereka sangatla erat.
Sejak bertemu memang tak boleh berpisah langsung
Mama doa kenangan bersama Jack jadi memori terindah untuk Jimmy..


Sofia dan Jorden..
Si cantik yang sangat petah..
Biarpun Sofia tak fasih berbahasa Inggeris, Jorden tak pernah tinggalkan dia..
Cuba bantu Sofia menyesuaikan keadaan di sini..
Menemani Sofia ke mana pergi
Hatta pernah dirayu agar kami membawanya pulang kerana tak puas bermain bersama Sofia..
Betapa sukanya mereka bermain bersama..
Lega hati mama bila ingat kakak di sekolah ada Jorden di sisi..

Contoh persahabatan antara kanak- kanak..
Bersahabat dengan ikhlas..
Menangis meluahkan kerinduaan lama tak bertemu..
Sentiasa di sisi membantu..
Teringat pesan mak..
Hidup ni kalau inginkan sahabat carila yang mendekatkan kita padaNya..
Bukan yang mengamik kesempatan.
Merayu jangan ditinggalakan sebab kisah sedih yang kononya menjadi mangsa...
Bukan melalaikan dari tanggungjawab duniawai sebagai suami, bapa, isteri dan ibu..
Apatah lagi yang melekakan dan menyimpang jauhkan kita dari mengingatiNya..
Yang hanya untuk melayan nafsu..

Allah..Allah..
Aku tak layak memohon kepadaMu..
Banyak sungguh dosaku ya Rahman ya Rahim..
Tapi hanya padamu tempat aku meemohon..
Jadikanlah kehidupanku, keluargaku anak- anak ku mahupun seluruh umatmu 
Sentiasa dikelilingi orang baik-baik,
Yang tak putus- putus menasihati kami,
Mengingatkan kami kepadaMu
Yang sentiasa menyuburkan jiwa dan hati kami,
Pada hakikat yang satu..
segalaNya di sini akan menjadi persoalaan Mu di sana yang kekal abadi nanti..
Di hari pembalasan yang pasti terjadi...

Ni sahabat baik mama..
Yang melayan maam sampai ke pagi..
Yang sama- sama menangis dan ketawa bersama..
Yang tak putus- putus menasihati..
Yang tak berselindung bila mama membuat silap..
Ditegur, dinasihati , berkongsi panduan, doa dan kata- kata agar hidup sentiasa diredhai..
Yang dianggap macam keluarga sendiri..
Buat kak Norra dan Za..
Fad harap akak- akak tak putus asa menasihati fad yang sentiasa terumbang ambing ni..
Hanya Allah yang mampu membalas setiap jasa..
Selagi nyawa dikandung badan, fad tak akan lupakan jasa akak-akak berdua..
Moga Allah meredhai niat kita..
Agar persahabatan ni diberkati sehingga ke akhirat..







Salam semua..
Pagi Jumaat yang indah di bumi Orange.
Matahari panas tapi angin masih bertiup bagi rasa nyaman yang tak mampu nak dicerita dengan kata- kata. 
Syukur Alhamdulillah...
Kami diberi kesempatan oleh sang Pencipta untuk kembali bermusafir di bumi Kangaroo ni....

Di waktu ' pembekuan ' oleh majikan kami untuk semua kakitangan menyambung pengajian peringkat Doctorate ke luar negara, Yang Maha Esa mengizinkan En Suami pergi, beserta  gaji  penuh untuk menyambung lagi....Alhamdulillah..
Di waktu pelbagai kes penderaan bayi dan kanak- kanak hebat diberitakan di tanah air tercinta, mama masih dizinkan mengasuh sendiri anak- anak di depan mata...Allahuakbar
Di waktu islamophobia sedang hebat di Bumi Australia ni, rata- rata yang bertembung dengan kami tak putus- putus memberi senyuman mesra..Alhamdulillah
Di waktu sempit dan kelam kabutnya menguruskan visa, segala dokumen dan pencarian rumah...Yang Agung mudahkan segala urusan yang kami fikir tak mampu dilakukan bersendirian...SubhnAllah...
Diwaktu masih ada sang gelandangan  berkeliaran di bumi Orange ni, kami sang pendatang dizinkan menghuni rumah yang cukup indah..MasyaAllah..
    Suasana persekitaran rumah sekarang, indah mendamaikan dengan jiran- jiran yang sangat baik

             Hari pertama menjejak kaki, rumah kosong tak de apa- apa

Nikmat yang paling besar kurniannya..bila ada umat manusia berlainan agama menghulurkan bantuan yang akan kami kenang selagi badan dikandung nyawa..

    Rumah kami hari ni, penuh dengan perabot dan barangan elektrik sumbangan Mr Andrew dan    Celine Scully, warga Australia yang berasal dari Penang Malaysia

Segalanya dipermudahkan oleh kami di sini kali ini..
Barangan halal makin banyak di rak supermarket,
Sekolah, cikgu dan kawan- kawan Sofia dan Jimmy tak putus- putus peluk dan cium tanda rindu..
Sedaya upaya membantu mereka menyusaikan lagi keadaan di sini..
Segalanya nikmat dari nya..


Allahuakbar...
' Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?' ( Surah Ar-Rahman, 55:16)

Allah maha besar,
Kami mohon atas keberkatan penghulu segala hari ini,
Jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur,
Yang sentiasa menghitung nikmat kurniaanmu bukannya mengeluh kesah ujian dari mu,
Jadikan kami hamba yang mempergunakan segala nikmatmu ke arah kebaikkan dan semakin mengingati mu bukan yang mensia- siakan kurnian mu dan melalaikan kami dari mengingatimu..
Yang paling kami takuti ya Rabb, jauhkan kami dari menjadi golongan hamba yang kufur nikmat mu....
Amin ya rabbil alamin...


Salam...
Wahhh..tajuk ala-ala kaunselor perkahwinan....hihihi..
(Ok..ok kena start serius takut hilang feel..)

Insya Allah, kalau dizinkan Dia tahun ni kami akan sambut anniversary yg ke 10..
Pada mama, pompuan biasa dari latarbelakang keluarga sederhana,
Ni antara milestones besar dalam hidup..
Kenal sejak zaman matriks, kawen lepas abis study,
Skrang dah ada 3 permata hati,
Siap sorang 'di sana' lagi..
Alhamdulillah besarnya nikmat yang Dia bagi..
Tapi nasib saya tak seindah orang-orang di sekeliling,
Orang-orang penting yang saya sayangi..
Pelbagai dugaan ditempuhi sejak bergelar isteri..

Perempuan biasa seperti saya setelah dijabkabulkan biasanya kompas hidup berubah seratus peratus,
Segalanya untuk suami dan keluarga,
Apatah lagi kalau suami  kekasih pilihan sendiri..,
Bila menimang anak pertama,
Segala perancangan masa hadapan  tertumpu pada anak,
Yang terbaik untuknya dunia dan akhirat,
Saya tahu ada jugak perempuan di luar sana walau berstatus isteri masih liar,
Tapi normalnya, kebiasaannya memang sekeping hati perempuan ni,
Bila dah berstatus isteri dan ibu, segala apa yang dilakukan mesti berdasarkan dua tanggungjawab penting ni..
Kalau persekitarannya dikelilingi yang baik-baik,
Pasti dalam jiwanya nampak segala apa yang dilakukan untuk bekalan di sana..
Sehabis boleh, kudrat dan tenaga dilakukan yang terbaik untk suami dan anak-anak,
Tanggungjawab utama digalas sehabis baik...rumah di kemas agar selesa, makanan disediakan agar tak kelaparan, penampilan di jaga agar mata sentiasa sedap memandang..
Malah anak-anak juga sehabis boleh dirapi agar sentiasa berbau wangi..
Belum lagi pengorbanan lain isteri lakukan,
Membanting tenaga mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik,
Mengikut suami walau di mana ceruk dunia,
Segalanya datang dari hati yang mahukan suami sentiasa bahagia..

Tapi..
Betulkan seorang lelaki kadang-kala tak begitu,
Baru bertatih dalam perkahwinan..anak-anak baru mengenal dunia..
Dah rasa bosan...rimas, tak betah berada di rumah..
Pening dengan kerenah anak-anak,
Hilang rasa menarik terhadap isteri..
Ada suami tak punya hati,
Bukan ingin membantu si isteri melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak,
Malah dijadikan alasan si isteri makin tak pandai melayan,
Tak terfikir seketika di benak..si isteri bukan saja penat dengan kerja-kerja di pejabat,
malah sudah habis kudrat melayan anak-anak..
Ada lelaki walau usia perkahwinan dah mencapai jubli perak,
Punya keluarga bahagia..menantu dan cucu,
Tiba-tiba punya rasa ingin menambah isteri,
Paling menyakitkan jiwa..alasan di beri kerana ingin merebut pahala..
.Bernikah dengan warga asing dan ingin membimbingnya ke syurga..
Padahal, tanggungjawab yang sedia ada masih belum sempurna..
Membimbing di sana dalam keadaan sentiasa berpura-pura..
Menambah pahala tapi dalam masa meninggalkan derita pada yang sudah lama berjasa..
Sungguh tak faham kan...

Atas semua ni la..
Buat jiwa makin tak mengerti..
Kenapa sekeping hati lelaki..
Tak punya rasa kesian pada si isteri..
Tak punya rasa cita dan harapan yang sama ingin membimbing keluarga ke arah yang diredhaiNya..
Tak punya rasa teruja bersama-sama isteri mencorak amanah kurniaan ilahi..
Tak punya rasa takut akan hakikat yang satu..
Hidup ini hanya sementara, segala yang dilakukan akan disoal di akhirat kelak..
Segala bukti Dia tunjukkan..
Kapal terbang paling canggih hilang sampai hari ni tak dapat di kesan..
Kemalangan atas kapal laut penumpang yang sepatutnya boleh diselamatkan  jika manusia mengikut peraturan..
Anak masih di dalam rahim ibu..sudah dipanggil pulang menemui pencipta..
Kenapa, kenapa dan kenapa..
Hanya keseronokkan dunia di cari (walau atas pelbagai alasan dan label....menambah pahala, sekadar ingin mengambil berat)
LaranganNya jangan menghampiri zina di langgar jua...
Kenapa kan...

Untuk dua anak lelaki..(mahupun si perempuan)
Andaikata blog ini di baca suatu hari nanti..
Mama nak Akif dan Elman faham..
Fahamilah hati seorang wanita bergelar isteri..
Moga apa yang dirasai isteri mampu jua Akif dan Elman rasai..
Kalau hari ni mama tak mahu Akif dan Elman menyakitkan sesiapa..
Mama harap sampai berpisah nyawa, Akif dan Elman jua tahu ia sesuatu yang tak wajar dilakukan...

Akhir kata..
Bila dah tulis berjela begini..
Baru terasa memang betul teori barat..
Men from Mars , Women from Venus..
Berbeza karakter, jiwa dan  hati..
Selagi tiada kesedaran dalam sekeping hati seorang lelaki bergelar suami..
Selagi itulah sentiasa menjadi misteri dan tanda tanya si isteri...

Okla..till then..
Byeeeee...






Salam...
Entri pertama untuk 2014 ( dah hampir setengah tahun pun!)..
Dalam mood kacau bilau..
Mungkin sebab musim sejuk kat sini yang dah mula..
Hari-hari dalam mood gloomy..
Mungkin jugak sebab dah nak menghampiri detik 'Say Goodbye'..
Segalanya bercampur baur..
Sedih sebab cuti dah nak abis..
Gembira sebab akhirnya dapat jumpa keluarga dan kawan-kawan (hidup dah tak lonely ranger)..
Fobia, paranoid atas sebab-sebab yang terlalu kompleks nak tulis...

Tapi yang pasti..
Harapnya segala urusan pengakhiran kami dipermudahkan..
Segala kenangan di bumi  'Colourful City of Australia' ni tak akan hilang di memori...

Masih dalam mood pengakhiran..
Untuk situasi yang lebih rumit dan menyakitkan..
Untungnya hidup di zaman ledakan teknologi ni..
Jauhnya jasad beribu batu, hati dan jiwa seolah-olah masih bersatu,
Kalau diguna dengan niat yang baik,
Jadi penghubung silaturahim, tempat mengadu melepas rindu,
Walau berbeza zon waktu,
Dengan FB, Whatssup, Google Talk, Facetime, mahupun SMS  jadi tempat berkongsi cerita,
Kalau diguna dengan niat buruk yang tersimpang,
Tempat membiak segala bencana,
Pemangkin hati menghampiri zina..
Nauzubillah kan!

Mood kacau bilau ni pun mungkin sebab hati terjentik cerita duka sahabat di sana..
Menghampiri suasana pengakhiran yang meruntun jiwa..
Dua situasi yang berbeza,
Namun kalau dah namanya pengakhiran pasti ada jiwa yang merana..
Teringat satu pesan yang mengetuk akal fikiran...
Pesan seorang ustaz  terkenal..
"Adakalanya seorang isteri lebih rela perkahwinan berakhir dengan kematian berbanding perceraian.."
Bila difikir dua situasi, memang banyak kebenaran apa yang dirasa seorang isteri..
Sahabat pertama punya suami sakit terlantar bertahun-tahun,
Pelbagai rawatan moden, tradisional dicuba masih tak ditemui ubatnya,
Dalam sedih mengenangkan anak-anak yang kecil,
Hati redha menghampiri pengakhiran perkahwinan yang semakin pasti,
Pulangnya si suami menemui pencipta,
Apatah lagi suami yang baik tiada bandingan,
Pasrah hatinya walau tahu tak mungkin akan bertemu di 'sini ' lagi..
Sahabat kedua punya suami yang tak setia,
Pelbagai pengorbanan dilalui,
Hidup PJJ bertahun-tahun membesarkan anak-anak kecil seorang diri,
Hancur luluh mengenangkan hidup yang tak dihargai,
Walau risau masa depan keseorangan membesarkan anak-anak kecil.
Hati nekad minta pengakhiran perkahwinannya..
Dari lagi membuak benci, dari terus menyimpan dendam,
Rasa hilang seluruh kepercayaan,
Hati pasrah dilepas dari terus dipergunakan..

Sedih mengenangkan kisah dua sahabat yang berbeza,
Masing-masing sedang menempuh ujian hebat yang bukan calang-calang dihadapi seorang wanita,
Doa dari jauh, agar Dia pemilik hati-hati yang merana ini memberi mereka kekuatan yang luar biasa..
Moga masa depan mereka dalam perlindunganNya selalu..
Tak berhenti-henti mengharap agar apa keputusan di buat,
Adalah berdasarkan ilhamNya
Kerana hanya Dia maha mengetahui yang terbaik buat hambaNya..

Okla..
Habis sudah melepas rasa yang terbuku di hati..
Moga sempat berjumpa lagi sebelum kami  menghampiri pengakhiran  musafir di bumi asing ini,
Salam rindu,
Selamat Hari Ibu juga buat ibu-ibu yang diberi nikmat membesarkan permata hati amanah Ilahi,
Till then
Good Byee..



Dua musim berbeza yang sempat kami lalui..syukur Alhamdulillah!



Salam..
Tajuk rojak hari ni..
Setelah lama tenggelam tiba- tiba muncul..
So, kalau kat sana siap banjir yang tak disangka kat Kuantan,
Kat sini kami ya Ampun kepanasan,
Sebab tak tahan,
Dok paksa si babah mencari kipas,
Suhu 30 degree dengan udara kering,
Aduhai peritnya...

Apa lagi kalau dah panas memang amik kesempatan outdoor aktiviti la kan.. .

Ni gambar beberapa minggu lepas,
Panas tapi masih nyaman..
Sebab tu kakak pakai fleece jumper lagi,
Sesuka hati buat padang universiti kami yang punya..
Angkut bebudak ni mengganas main layang- layang la kononnya...

Then,
Kami dapat visit dari pak ngah sekeluarga,
Setelah 9 bulan terpisah..
Ya Allah, tak leh gambarkan betapa sukanya jumpa mereka..
Tak banyak aktiviti dapat buat ( maklumlah ngan 6 budak kecik),
Sempat bawak tengok gua, piknik tepi tasik..
Selebihnya spend kat rumah jer..
Oo..pi Sydney pun sempat jugak..
Tapi tak enjoy sangat kot sebab terperangkap jammed, crowded punya la ramai manusia..
Huhuhu..
Mukhrim dan Elman pertama kali bertemu..

Kat sini pun baru mula cuti sekolah,
Maka mama dah ada pembantu sepenuh masa,
Alhamdulillah..penutup year 2,
Kakak menang award best academic excellant..
Syukur..something yang kami tak jangka,
Dier boleh survive kat sini then excellant lagi kalahkan bebudak Aussie,
Syukur sangat- sangat..
Tang ni paling best..
Kakak masuk paper kat sini untuk satu program sekolah,
Mama sepanjang hidup tak pernah merasa masuk paper,
Tetiba ada gambar dier menepek..
Kelaka la pulak tengoknya..
Walau citer tak de kaitan ngan dier..kami tetap bangga..hahhaha..

Anyway,
Mama sampai kat sini memang sangat obses ngan satu benda,
Pinggan mangkuk apatah lagi yang berjenama..
Correlle, pyrex, corningware, vision..
Mak aii murah sangat-sangat berbanding kat sana..
So, untuk sape- sape nak kirim beli...
Sila- sila boleh tinggalkan komen,
Insya Allah boleh diuruskan dengan shipping sekali..
Tetingin jugak nak bisness ni,
Jadi supplier dari sini,
Tapi masih tak tau nak cari contact kat mana...
So, untuk sape-sape nak borong banyak..sila- sila komen jugak yer..
Mana tau kiter boleh jadi partner..
Hihihihi...
Antara collection correle kat sini..price dalam RM 270 sampai RM 365 termasuk shipping dan courier..

Ok la..
Ni aje setakat ni,
Insya Allah nanti update lagi,
Till then..
Byeeeee


Salam..
Sepanjang petang dok membebel kat sini..
Tetiba tak leh save la pulak!!
Dah tak de perkataan boleh diluah...
Geram, menyampah, benci cukup lengkap..
Apa la malangnya nasib kan..
Dah la nk update punya susah..
Biler idea mencurah- curah, macam- macam dugaan muncul..
Sabar aje la bebanyak kan..
Huhuhu..

Anyway, kami sedang menikmati Summer yang huru hara..
Sekejap panas sampai 22 degree..
Bahang matahari punya la terik sebab intensity nya tinggi, humidity tak setinggi tempat kiter..
Tapi kekadang macam minggu ni suhu drop semula bawah 10 degree..
So, berlapis- lapis la baju kami lagi..
Ni semua buat rindu sangat- sangat kat Malaysia tanah air tercinta..

Anyway, kat sana dah mula cuti sekolah kan..
Tengok fb semalam, baru perasan result UPSR dah keluar..
Seronok tengok mak ayah express rasa gembira kat fb..
Happy anak- anak dapat straight A..
Kalau tengok semua tu, teringat kiter pun pernah melalui moment tu kan..
Suka- suka sangat..
Bilerr setiap kali exam dapat straight A..
Happy dapat gembirakan mak abah..
Happy rasa berbaloi konon- konon pulun study..
Happy dapat kalahkan sepupu sepapat dan tak lupa juga anak- anak jiran..
Hihihi ( jahat sungguh reason happy tu..macam bagus sangat jer)
Tapi biler dah jadi mak orang ni..
Baru perasan lebih rasa takut nak hadapi semua tu..
Terjumpa pulak satu post kat fb yang cerita suasana amik result semalam..
Mak ayah masam muka kat anak sebab tak dapat straight A..
Budak- budak menangis sebab resultnya 4A..
Serius dah sampai tahap macam ni?
Hebatnya persaingan sekarang kan..
Frankly said..memang tak kisah anak- anak nanti berapa A pun..
Personal opinion..tak rasa result exam sekolah nanti akan tentukan solid future life..
Apa yang penting dierorang usaha..
Dan bila dah ada pengalaman menyekolahkan anak kat sini..
Memang lagi rasa tak penting pun deretan A yang dapat..
Lagi puas dan seronok biler balik sekolah anak bercerita apa yang depa belajar tadi..
By the way, mama percaya setiap orang punya situasi tersendiri..
Tak berniat nak membandingkan sistem sekolah dulu dan sekarang, sistem sekolah dua negara..
Tak relevan langsung pun nak buat gitu..
Cuma seronok nak berkongsi macam mana approach sistem kat sini dalam persekolahan kanak- kanak..
Mungkin...mama ada masalah selektif memori..
Mungkin juga waktu kakak sekolah kat sana mama tengah pening mengandungkan Elman..
Tapi apa yang mama hanya ingat betapa sepanjang sekolah kat sana..
Suasana kalutnya pagi- pagi nak hantar dier..
Kat pagar cikgu sambut dengan kata- kata "cepat, cepat loceng nak bunyi"..
Salam tak de, senyum pun kadang- kadang..
Sepanjang sekolah kami, ibu bapa tak terlibat sangat ngan aktiviti..
Siap surat untuk hari sukan ada kata- kata 'murid- murid yang tidak terlibat, tidak perlu hadir' ( waktu tu punya la suka sebab malasnya nak mengorbankan hari cuti)..
Homeworks dia tak banyak, dan dier pun tak reti sangat nak citer apa belajar kat sekolah..
Sepanjang tahun boleh dikatakan kena buli..
Duit belanja kawan amikla, kawan cakap jangan sape- sape kawan dengan kakak la, kasut sekolah kena sorok, balik rumah kaki ayam..mama jumpa ustazah ( sebab sek petang), dier cakap..biasa la tu puan...tak leh komen biasa dengar respon gitu..
Kesimpulannya..rezeki kakak masa kat sana..pengalaman yang dia lalui agak memilukan...

Sampai sini..memang mama nervous sangat- sangat..
Pulun ajar simple sentence sebab english dier tak bagus sangat..
And it turn out, she is super happy schooling here..
Alhamdulillah..
Exam memang tak de ( hanya year 3 and 5)..
Homework at least 3 pieces a week,
Homework masa school holiday optional..buat dapat gift ( last term dier dapat pencil case)
Tak buat its ok sebab revision untuk term tu aje..
Every early term dapat personalised letter dari class teacher..
Briefing theme untuk term tu, activity akan buat, event yang parent boleh join..
End of term pun sama...cerita progress secara overall anak- anak kami..
Part paling suka..encouraging efforts from school untuk parents involved dalam aktiviti sekolah..
Either officially or not, we are most welcome to join..
Every once in fortnight ada jer invitation letter..
Naidoc Week ( aboriginals activity, aktiviti untuk orang asli Australia), Junior Athhlette Carnival, Remembrance Day, Book Week, Culture Day and the list go on and on..
Macam Junior Athlette Carnival tu sukan untuk kindy class sampai year 3 ( school dier dari infant class, under age 3 sampai year 6)
Open event ikut age..
Kiranya acara lumba lari semua students boleh masuk, berapa kali nak lari..
Hadiah sticker warna- warni and at the end of the day dapat ice block untuk semua ( ice cream actually)
Fun..its really fun..
Teachers obviously passion..
Kenal semua students..
Balik sekolah, majoriti teachers ada kat halaman sekolah..
Willing to have a chat with parents..
Even si Akif yang start sekolah tahun depan..
Orientation sejam seminggu dah bermula...
Its not an usual orientation..
Sebab mama ditunjuk progress dier sepanjang orientation tu..
Every simple things..colouring, cara dier eja nama, social skill dier, dinilai..
As a preparation untuk teachers kenal future students..
We re quite impressive..
For us..it show how serious the teachers want to know their future students..
Akif officially start kinder class in end of january 2014 ( school holiday kat sini start a week before christmas)..
Tapi preparation dari sekolah dah lama mula..
Since kakak dapat personal aid untuk language ( tutor one by one), alhamdulillah adiknya pun sama..
Bersyukur sangat- sangat..
Social life kakak pun ok..
Ramai kawan, depa pun suka datang sembang ngan mama biler balik sekolah ( rasanya sebab character Aussie kids or even western kids yang very brave ngan confidence nak sembang ngan adults)
Setakat ni tak pernah kakak balik menangis kena buli..
So basically, sebab apa lagi yang mama cakap tak kisah sangat berapa A yang kakak score dalam exam..
Sebab rasa kepuasan yang tak terluah biler kakak membebel balik sekolah..
Cerita pasal cara- cara nak planted beansprout, balik bawak pancake dengan resepi nya, cerita pasal world war dan kenapa kiter kena hargai veteran perang, dan paling tak boleh lupa biler dier berdebat ngan babahnya pasal sustainablity ( kebetulan babahnya tengah buat master in sustainable agric)..
So, pada kami..dier dah paham apa yang dier belajar, dan dier boleh kongsi ilmu tu...
It is trully priceless moments buat saya seorang ibu...

Alhamdulillah, anak- anak kami ada pengalaman sekolah kat sini..
Tapi memang tak tipu rasa risau tu sentiasa ada..
Bila pikir dierorg akan kembali ke sistem competition sekolah kiter..
( bukan setakat dierorang..competition antara mak ayah yang lagi hebat sebenarnya)..
Konfiden dierorang boleh adapt..harapnya dierorang kuat macam kat sini..
The only malaysian kat school ( in fact kat whole Orange, kami jer melayu Malaysia)..
Eksotik tapi kuat hadapi cabaran..
Doa kami moga segala dipermudahkan..
Dan apa yang paling penting, pengalaman dierorang kat sini..
Dapat tolong dierorang dalam kehidupan kemudian- kemudian nanti..

Okla..ni la jadinya biler lama tak update..
Dah macam novel entri ni..
So, before nak say goodbye..
Sebab ni citer pasal sekolah..
Nak share gambar sekolah depa kat sini..
Insya Allah nanti jumpa lagi..
Till then..byeeeeee...
Selamat berhujung minggu dan bercuti panjang semua!!

Kakak hujung sekali waktu Junior Athlette Carnival Day ( Miss Chambers, class teacher kakak jaga garisan permulaan. Beautiful and very nice lady)

Posing lepas besukan..

With dearest classmates..dah macam Abo kids nampaknya dier..

Akif (Jimmy) masa kinder orientation

Bowen Public School..sket- sket gambar compound sekolah..ada 3 playground kat sekolah tu..asing ikut tahap umur..( lupa nak citer ada 4 sekolah dalam longkungan 5 km radius dari sekolah ni..betapa sekolah jadi main concernat sini. Class kakak hanya ada 13 orang jer..compared sekolah lama 45 orang..huhuhu


Salam..
Nak mula citer ngan hari ni kami 2 kali melayan movie The Impossible ( Naomi Watts, Ewan McGregor)
Citer sebenar tentang tsunami 2004 di Phuket ( filem ni baru lagi..2012)..
SubhanAllah..Masya Allah...hebatnya kuasa tuhan..
Sangat- sangat meninggalkan kesan ( air mata berjurai- jurai..mungkin jugak sebab memang cewek..huhuhu)..
Kalau berkesempatan tengokla..highly recommended..
Anyway, ni bukan satu privilege yer..
Jauh sekali routine untuk stay-at-home mom..
(Menonton movie siap dua kali! Yang kali kedua tu sebenarnya dah 2/3 dah pun citernya)
Hari ni hari magik!
Ataupun sebenarnya hari malas , nak bergolek- golek...
Yang mama rasa kadang- kadang semua orang alami jugak kan...
Malas...penat..letih...nak manja- manjakan diri..
Tak kira la SAHM ataupun working mom!
Satu perkara yang mama sangat suka duduk negara maju ni..
Satu value life yang orang- orang normal kat sini sangat hargai..
Never judge peoples based on their difference..
Never prejudice on their skin colour, belief, race or even jobs!
Atau bahasa kita..
Jangan beza- bezakan orang berdasarkan warna kulit ke, pegangan ke jauh sekali pekerjaan!
So..biler baru- baru ni ada orang bagitau mama..
Dah jadi SAHM kan hidup makin senang..
Boleh tido bila- bila masa..boleh duduk- duduk layan ipad sambil main fb ke main game ke..
Hohohohoho..
Serius??
Sesungguhnya, personally..mama rasa life skrang yang makin lintang pukang..
Dengan 3 anak yang baru nak kenal dunianya, ragam macam- macam, rumah walaupun kecik dari rumah dulu but still rumah kan..so kena la kemas, sapu habuk, vacuum tiap- tiap hari sebab satu rumah carpet dan si kecik yang merangkak ni jenis mengutip masuk mulut..
Kain baju lagi, kekadang kena antar dan amik kakak sekolah...
Kekadang lari pi Woolies buat groceries..
Ngan siang dan malam yang tak sama panjang..
Banyaknya masa nak tido suka- suka, duduk main ipad tengok fb!
Panasnya hati!!
And seriously working mom tak pernah duduk- duduk, rehat sekjap main ipad??
Tak pernah curi- curi tido kat opis??
Seingat mama..life macam ni dulu lagi mudah sebab ada 9 jam yang totally free dari anak- anak..
Masa rehat dari melayan ragam si kecik....
Amik dah petang, bila bawa balik umah..kekadang depa dah mandi..
Tinggal bagi makan bawak tido jer..
Hujung minggu panggil maid sementara datang kemas umah..
Kekadang selalu jugak mengadu dengan en suami..
Biler dah sepenuh jiwa raga SAHM ni..
Pelik life dulu- dulu macam mana....
Tak sangka abis keje sambung keje kat rumah dulu..
Kira larat betulkan..kuat juga kudrat...
Sebab skrang, selalu malam- malam melepek dah flat tak de tenaga...
Apa- apa pun...topik perbandingan SAHM ngan working mom ni memang boring kan..
Dah lapuk..banyak kali baca, dengar depa dok banding..
Pada mama..bottomline everything hidup ni pilihan kiter..
Kiter yang tentukan dan jalani..
Pernah baca SAHM yang dok upah orang buat serba serbi kat umah ( mesti REAL wives Beverly Hills ni)..
Tau jugak working mom yang memang supermom balik keje memang setel serba sendiri..
Semua orang ada reason sendiri..
Dan tak semestinya yang dok umah tak tau apa- apa..tak belajar tinggi..
Study sampai setel doctorate tapi pilih nak dok umah pun ramai sangat yang mama jumpa..
Don't be prejudice..
Doesn't need to judge..
Situasi masing- masing tak sama...
Tak yah nak perli- perli..
Tak yah nak feel power ngan status sendiri..
Its look foolish actually!
( fuhhh bagusnya kalau boleh berdebat camni hari tu...)
( the reason of my life today..saham akhirat insya Allah)

Cukup cakap pasal tu..
Nak cerita pasal benda baru yang belajar kat sini..
Citer pasal panas lain pulak..
Anyway antara benda yang buat excited nak dok oversea dulu..
Adalah sebab nak rasa hidup kat negara 4 musim..
Mula-mula sampai musim autumn..cantik sangat SubhanAllah..
Lepas tu winter..mungkin tak sesejuk orang lain yang dok benua Eropah ke, US ke..tapi sebab saya ni orang kampung memang tak tahan..
Alhamdulillah sempat rasa snow 2 hari..tak banyak tak tebal..nak amik gambar pun tak nampak..
Sekarang musim Spring dan dah rasa kekadang bahang summer..musim panas..
Cuaca kat Orange ni dah dalam 3-22 degree..
Pemandangan sekeliling..subhanAllah memang cantik macam lukisan...
Bunga kaler- kaler..
Dalam masa yang sama...ada hari- hari yang angin pun laju ( bayangkan wind speed 80-100 km/ h.. macam dok tepi laut rumah ni)
Apa yang kami baru tau..
Biler keadaan gitu..angin laju, udara panas, kelembapan rendah..maka macam- macam health hazard warning ada..
Pollen hazard..sebab angin laju ngan udara kering..debunga sangat teruk..
Anak- beranak batuk..kami suami isteri dan si elman lelah...
Sesak dada duduk luar rumah..
Tapi paling menakutkan yang mengancam nyawa..bushfire hazard..
Warning kebakaran hutan..
Sepanjang sebulan ni..dah dua kali bushfire..
200 rumah dah musnah..
The latest..kat Lithgow..our neighbouring region..
Udara kat sini pun macam jerebu..bau asap..
Surprisingly they said..this is only a starter..
We're not even in the bushfire season..
Wuu..takut kan dengar..
Tak pernah tau situasi macam ni..
Baru faham kenapa kat tepi jalan banyak sangat signboard warning bushfire..
Macam signboard speed limit..
So, everyone boleh bersedia..
Macam hari ni maksimum warning..
So, memang tak boleh membakar apa- apa kat luar rumah..
Kesian tengok kat tv situasinya macam mana..
Seetakat ni memang baru sorang mati..( dah 4 hari bushfire kat Lithgow)
Warning system dierorang sangat berkesan..
Tapi tengok rumah musnah, binatang ternakan hangus, ladang selesai..
Meruntun jiwa jugak la..
Kesian sangat..
Takut la nak dibayangkan kalau terperangkap keadaan tu ngan anak- anak..
Nauzubillah!
Moga kami dalam lindunganNya selalu...


Okla..mata dah ngantuk...
Hilang dah keluh kesah..
Penat dah membebel..
Kat bawah ni nak tepek gambar- gambar yang kami amik sepanjang spring ni..
Totally breathtaking ( kamera pun tak leh nak capture sebenarnya)
Banyak lagi gambar..tapi slow- slow la yer..
Insya Allah nanti jumpa lagi yer..
Byeeeee......






Salam...
Tenggelam timbul blog ni kan...
Harap- harap malam ni berjaya la jua mencoretkan sesuatu di sini..
Niat nak update sokmo blog ni..
Apakan daya..si tuan rumah masih terkedek- kedek membiasakan diri dengan 'kerjaya baru'..
Hidup di tempat orang, banyak aje pengalaman baru..
Selalu ada cerita..
Cuma tak tau kenapa rasa 24 jam yang diberi selalu tak cukup...
Fuhhhh..harapnya selepas ini lebih bersemangat nak berceloteh kat sini...

Waaaa...panjang betul mukadimah..
Alhamdulillah..dah nak 6 bulan kami kat sini..
Segalanya bertambah baik..
Rumah makin lengkap, anak- anak makin betah ngan suasana baru..
Si Akif insya Allah dah nak sekolah..
Si Kakak Sofia..Alhamdulillah..setiap term menang award respectful learners untuk year 2..
Berkat sekolah kat malaysia ( tekanan sepanjang tahun?! Hihihi)
Ataupun Aussie kids yang memang rileks sentiasa ( laid back..typical lifestyle of westerners!)
Buktinya..setakat ni dalam kelas hanya dier saja yang tau membaca...
School is fun place, so basically no pressure for the kids to become super genius... .Hmm..we're kind of agreed with this...
And...our rainbow baby, Elman turned one today! Alhamdulillah..
Makin keleteh, makin banyak ragam..
Paling penting makin sihat sejak dok sini...
Our HoneyBear celebrating his first birthday today!

Babah makin busy..
Lecture, assignment, labwork, fieldwork..
Sebelum pukul 9 pagi keluar rumah..
Lepas maghrib dalam kul 8 malam baru sampai rumah...
Student life..what else to expect..

And me..tuan rumah..
Still ups and downs..
Obviously I'm not an adventureous person..
Tak lasak sangat..
Enam bulan kat sini..
Sangat- sangat lama rasanya..
Sangat kagum ngan diri sendiri..
Bangun pagi kadang- kadang rasa happy..
Bersemangat nak lalui hari baru..
Kadang- kadang rasa down sangat..
Tak mau bangun..bosan..
Nak menjerit rasanya..
Nak berada di tempat yang familiar..
Di kalangan rakan- rakan, kaum keluarga..
Layan fb pun kekadang rasa down..
Jeles tengok apa yang jadi kat sana..
Banyak sangat peristiwa yang kami ketinggalan..
Kelahiran dua anak saudara baru..
Sahabat dunia akhirat ( insya Allah) pun sama ( saya antara orang terawal yang tau dier pregnant..boleh rasa down biler pikir masih tak sempat jumpa baby)
Kenduri kawin sepupu sepapat, kawan opis...
Majlis tunang..
Belum lagi fikir hari raya..
Huhuhuhu..

Mungkin Dia tau yang hati ni tak tenang..
Slowly..mama kat sini enjoy melayan tv..
Setiap hari ada jer program kesukaan..
Termasukla satu talk show yang memang sentiasa dinanti- nanti..
Program ni memang famous kat US..
Mungkin juga di Malaysia..
Definately ni bukan rancangan ceramah agama..
( lamanya tak dengar..tak tengok.. .nak layan youtube.. data internet terhad. Student maa...seminimum mungkin belanja kami).
Dr Phil..mungkin ramai dah tengok kan..
Talk show yang bincang macam- macam masalah harian..
Kisah benar, individu sebenar...
Dari yang biasa- biasa macam cara nak displinkan anak-anak, hubungan dengan mertua, drugs..
Sampaikan yang pelik- pelik...confession of killer, sex abuse, medium man ( bomoh bahasa kita) yang interact dengan roh dan sampaikan mesej kat audiens, penderaan anak yang tak terpikir dek akal ( kurung dalam bilik kalau nakal berhari- hari tak bagi makan..sampai budak tu makan perabot dalam bilik tu sebab lapar sangat!)..
SubhanAllah...
Masa mula- mula tengok..mam pikir.rosaknya akhlak depa..
Tapi masih berpikiran terbuka nak kongsi masalah untuk cari penyelesaian..
Makin hari tengok..makin membuka minda mama..
Sesungguhnya..berbanding dieorang..hidup mama jauh lagi baik!
There is nothing more i could ask for..
Ini yang diimpikan sejak dulu..
Nak sentiasa bersama..sebelum tido ada kat sebelah, bangun tido masih kat situ...
Anak- anak tak mencari biler babah kerja jauh..
Memang ini yang Allah makbulkan..
Walau jauh beribu batu dari keluarga..
Ekslusif untuk kami jer..
Walau hidup skrang fokus anak- anak jer..
Tak de kawan, tak de keluarga ( orang melayu pun tak de!)..
Tak de gossip- gossip sambil lunch, tak de shopping- shopping puaskan nafsu..
Yang penting 3 permata hati ada!
Tak boleh bayangkan ( macam dalam program tu) seksanya jiwa seorang ibu biler tau anak kena bunuh dan si pembunuh tak nak bagitau mayatnya di mana!
Walau kekadang rindu nak makan macam- macam..
Nasik kerabu, tempe..segala bahan yang susah nak jumpa kat Orange..
Tapi setidaknya dapur sentiasa berasap..
Anak- anak alhamdulillah kenyang setiap malam..
Makin hari kami pun makin terrer baca ingredient kat label packaging..
Sebab nak cari tanda halal memang sikit sangat!
Walaupun setiap kali tengok bil rasa sakit hati..
Risau budget untuk benda lain kena tarik..
Tapi setidak-tidaknya kami masih dok rumah yang selesa..
Masih ada air panas untuk mandi biler sejuk..
Bukan duduk dalam tunnel sama dengan tikus bertahun- tahun! ( siap ada design dapur, living room, master bedroom lagi..adoiii horrornya)
Sikit sebanyak program tu changing point untuk mama..
Untuk lebih tenang kat sini..
Memikirnya kelebihan..counting the bless..
Bersyukur!
Bukan fokus kepada kekurangan..apa yang kami tak de..
Harapnya semua ni jadi motivasi untuk diri sendiri..
Penguat semangat biler rasa down..
Penenang jiwa yang Allah bagi..
Bersyukur dengan apa yang ada..
Lalui segalanya dengan jiwa yang positif..
Insya Allah segalanya pasti akan mudah kan..

Okla..panjang sangat dah ni..
Time to go..
Terlepas sudah keluh kesah..
Harapnya betul- betul membawa ketenangan yang dicari..
Insya Allah nanti cerita lain pulak..
Till we meet again..byeeee....
Canola farm..subhanAllah..cantik kan!

Our must have picture family potrait!


Salam...
Punya la lemau mood nak mengupdate blog ni...
Padahal banyak je citer- citer best yang happen last few weeks..
Malam ni pun rasa tak mo citer banyak..
Macam nak share gambar- gambar jer dan biarkan ianya berceloteh...
Okla kalau gitu..apa lagi...
Enjoy the pictures!



Kat atas ni kompilasi gambar open house kamii...
Tetamunya kawan- kawan pakistan yang macam biasa speaking urdhu sesame dieorang ( tak leh buat apa dah)..
Malam pulak kawan- kawan vietnam..
Alhamdulillah makanan semua kami masak ' from the strach'..
(Macam tak percaya...Rasa ada bakat terpendam nak bukak bisnes catering lepas ni..)
Hahahahahha

Okla...next story..
The most interesting among all..
Ni gambar- gambar masa Dress up day, Book Week skool kakak..
Actually the whole Orange, skool kat sini celebrating the Dress up day..
Kids and teachers need to dress up looks like the favourite book character...
So colourful..
Siap teacher ada yang dressing Neytiri Avatar lagi..( daring you...tak sesuai kat Mesia)
Principal pulak dress up like a Snow White..alahai sportingnya kan..
Then the have a parade on that day..
So much fun..
Kakak kami pilihkan baju chef..
And its turn up, coincidentally...without planning her bff Jorden pun sama..
Boleh pulak, in the whole school depa jer pakai baju chef..
Macam- macam kan...

Anyway, before say goodbye..
Nak share kompilasi gambar terkini..
Last weekend kami lepak sekejap kat Summer Creek..
Since its officially spring in Aussie..
The weather is so pleasant..
Siang around 16 degree..malam dalam 5,7 degree..
Seronok..
And the scenary around Orange is .trully breathtaking..
Spectacular..
Colourful flower trees everywhere..
Hopefully mama boleh amik dan share banyak lagi gambar Spring kat sini..
Till then..enjoy the pictures..
Byeee.....