Showing posts with label Our life.. Show all posts
Showing posts with label Our life.. Show all posts
Salam..
Actually plan nak update blog semalam...
Tapi rasa macam kena aura Mel Gibson dalam 'The Beaver' pulak...(saya sangat la mudah terpengaruh ngan cerita yerr....psiko sungguh..mengada-ngada kan...).
A little bit depress...rasa nak tido jerrr..tak mo buat apa-apa...
Sebabnya..
Empat hari cuti yang dah dilalui.... .
Sangat seronok..syukur alhamdullillah..
Cuti idaman kami...
Makan, tido, layan tv, spent berempat jer....
Siap pergi camping dekat waterfall lagi..
Bbq, mandi-manda sungai sepuas hati, best sangat..
(tapi..sebab mama tak suka outdoor activity..so, kiterorg camping setengah hari jer...heheheh)
Then, ada pergi kenduri kawin ngan atuk n nenek ...
1st time pi kenduri bawak pak n mak mertua (kebetulan tuan umah, satu opis.. cousin pak mertua...)
semua orang boleh kenal mama I yang vogue lagi bergaya (kalah menantu dier ni..mekap pun tak berapa reti)
Ada jugak jalan-jalan kat shopping complex..
Pusing-pusing cuci mata, sakitkan kaki, penatkan badan...
(window shopping beriya-iyer..sebab hanya beli stoking mama jer..)
Breakfast, makan-makan kat taman...sambil kakak dan adik main playground...
(sempat jugak pow babah belikan mainan buble 5 hinggit sorang..sampai umah tak sampai setengah jam abis semua tumpah..huhuhu)
Dan akhirnya...babah pun pulang...
Seriously part akhir tu paling tak suka...
It is the same feeling for the past 6 years..
The emptiness...
Benci-benci..benci...
Dan inilah kekadang buat mama rasa tak suka nak hadapi cuti panjang-panjang...
Menyampah memujuk diri..bahawa inilah realiti hidup kami yang sebenarnya...
Penat ajar anak-anak..babah akan balik bila kerja babah dah habis... .
Dan atas semua alasan di atas..mama prefer tido jer atas sofa semalam...
Rasa nak cepat jer masa berlalu...
Boring tengok keliling babah dah tak de...
Tengok bilik yang kemas..dah tak de orang melingkar main gadget..phone ke, ipad ke, laptop ker..
Tengok dapur yang tersusun..mama dah tak yah kalut masak untuk suami nak makan...
Tengok sekeliling rumah yang bersih..dah tak de orang menyepahkan tools..nak baiki paip la, lampu la, cuci akuarium or trim bunga ...
Sedih tengok anak-anak melanggok depan tv dah tak de orang layan main bola, basikal ..
Bencinya..tak terluah dek kata-kata...
Tapi bila rasional baru buat mama terfikir..
Mama lebih beruntung dari yang lain..
Babah sentiasa ada bila kami perlukan..cuma dier jauh dari mata...
Babah akan pulang hujung minggu..bila kerjanya selesai..
Mama, Auni dan Akif hanya perlu bersabar je...
Insya Allah masanya akan tiba...Kami akan macam keluarga yang lain...
Hari-hari indah akan berulang lagi..pastinya lebih dari empat hari ni... .Insya Allah






Muka budak-budak excited camping sebelum mandi..





Anak abah..Akif Hilmi




Salam... .
Kami sekarang berada di kg tanjung serindit, satu kampung nelayan dekat dengan Panggerang Johor. Ni kampung asal atuk jamil. Datuk sebelah babah. Majoriti orang kat sini nelayan, ada jugak yg kerja dekat ladang kelapa sawit. Ni tempat percutiaan favourite kami sekeluarga. Walaupun bunyinya macam balik kampung jer..tapi sebenarnya kami tak de keluarga terdekat pun kat sini. Atuk masih kerja di shah alam. Rumah ni pun hanya berpenghuni bila cuti sekolah. Seronok kat sini sebab suasananya aman damai, tenang dan part paling best..makanan seafood yang segar, sedap dan murah. Seronok sangat-sangat....

Seven years back, dalam cuti yang sama (musim cuti krismas) kami berada di sini. Masa inai masih merah dijari, setelah kenduri di kedua-dua belah selesai (mama 11 dec, babah 19 dec) kami di bawa ke sini. Untuk diperkenalkan ke keluarga sebelah johor pulak. Secara kebetulan, di waktu itu juga..mama period yang terakhir sebelum conceived kakak auni... .(hmm..how i wish that magic could be repeated)..

Sedar tak sedar, tu cerita 7 tahun yang lalu. Last two weeks, kami celebrate anniversary yg ke tujuh. Sungguh tak percaya. Tujuh tahun yang penuh ceritanya. 6 tahun dari usia perkahwinan ini, mama dan babah jalani sebagai weekend couple. Babah di atas gunung, mama di lembah. Hanya hujung minggu masa kami bersama. Sejak 6 tahun yang lepas, babah tak pernah lepaskan peluang travel 300 km selama 3 jam untuk mengisi hujung minggu bersama kami. Kalau di rumah lama, jumaat jam 9 malam babah sampai dan isnin 4.30 pagi babah bertolak pergi. Penat sungguh rutin waktu tu.. .Dan menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu jarak jauh ni, tanpa pembantu mahupun ahli keluarga terdekat, dah macam-macam pengalaman mama lalui. Diganggu tengah malam oleh orang asing bermotor yang mengaku kawan babah sbb konon-konon mahu meminjam duit atau kereta untuk membawa pulang isteri yang baru lepas bersalin di hospital (nauzubillah , sangat menakutkan..mujur Allah melindungi kami waktu itu), membawa kakak auni yg waktu itu berusia setahun lebih ke klinik tengah-tengah malam sbb tak berenti nangis dari siang, rumah bergelap sbb fius terbakar tengah malam (mujur jiran ada no technician, melayang 400 mengganti fius waktu itu ) dan macam-macam pengalaman pahit manis dilalui.. .Sungguh kadang kala mama pun tak percaya mama lalui. Banyak yang pahit dari manisnya.. .Di awal-awal kami mula berjauhan, mmg mama byk nangis. Tak sabar, asyik merungut, selalu bersedih..sungguh torture emosi. Kakak auni n akif yang paling terseksa...kekadang faham babah jauh tengah bekerja, kekadang meragam sbb perlukan babah yang selalu tiada. Susah nak pujuk diri waktu tu..sbb selalu fikir, bila kahwin akan selalu bersama babah..tak sangka rancangan Dia adalah sebaliknya... .Hmmm....Akhir-akhir ni je mama rasa makin sabar menghadapi dugaaan ini...semakin tenang dan yang paling penting redha menjalani hidup ini. Mujur sewaktu diuji kehilangan Aisyah, babah ada kerja di samping kami, maka banyak masa babah habiskan dengan kami. Sebab itu mama nekad berpantang mengikut babah, biarpun masing-masing tak tau mcm mana nk lalui waktu pantang itu... .

Harapnya segala ini cepat berlalu. Tak putus-putus kami berdoa, semoga kami akan menjadi keluarga sebenar mcm org lain. Auni dan akif akan punya babah bila-bila masa mereka perlukan...

Dan setelah tujuh tahun, kami kembali semula ke sini. Dalam mood merayakan ulangtahun sambil menghabiskan baki cuti. Kebetulan hari bersejarah, 2 minggu yang lepas..11 dec, babah ada function melibatkan menteri..tak berkesempatan bersama kami. Maka minggu ni, harapnya kami dapat meluangkan sepenuh masa yang ada bersama.... .

For my other half, en Saiful...thanks for those 7 wonderful years... .for the ups and down, through the thick and thin... .May this wonderful life being bless by Allah and last forever untill Jannah... .Amin... Babah...mama, auni, akif (and late aisyah ) always love u... .