Showing posts with label Oz. Show all posts
Showing posts with label Oz. Show all posts
Salam..
Sepanjang petang dok membebel kat sini..
Tetiba tak leh save la pulak!!
Dah tak de perkataan boleh diluah...
Geram, menyampah, benci cukup lengkap..
Apa la malangnya nasib kan..
Dah la nk update punya susah..
Biler idea mencurah- curah, macam- macam dugaan muncul..
Sabar aje la bebanyak kan..
Huhuhu..

Anyway, kami sedang menikmati Summer yang huru hara..
Sekejap panas sampai 22 degree..
Bahang matahari punya la terik sebab intensity nya tinggi, humidity tak setinggi tempat kiter..
Tapi kekadang macam minggu ni suhu drop semula bawah 10 degree..
So, berlapis- lapis la baju kami lagi..
Ni semua buat rindu sangat- sangat kat Malaysia tanah air tercinta..

Anyway, kat sana dah mula cuti sekolah kan..
Tengok fb semalam, baru perasan result UPSR dah keluar..
Seronok tengok mak ayah express rasa gembira kat fb..
Happy anak- anak dapat straight A..
Kalau tengok semua tu, teringat kiter pun pernah melalui moment tu kan..
Suka- suka sangat..
Bilerr setiap kali exam dapat straight A..
Happy dapat gembirakan mak abah..
Happy rasa berbaloi konon- konon pulun study..
Happy dapat kalahkan sepupu sepapat dan tak lupa juga anak- anak jiran..
Hihihi ( jahat sungguh reason happy tu..macam bagus sangat jer)
Tapi biler dah jadi mak orang ni..
Baru perasan lebih rasa takut nak hadapi semua tu..
Terjumpa pulak satu post kat fb yang cerita suasana amik result semalam..
Mak ayah masam muka kat anak sebab tak dapat straight A..
Budak- budak menangis sebab resultnya 4A..
Serius dah sampai tahap macam ni?
Hebatnya persaingan sekarang kan..
Frankly said..memang tak kisah anak- anak nanti berapa A pun..
Personal opinion..tak rasa result exam sekolah nanti akan tentukan solid future life..
Apa yang penting dierorang usaha..
Dan bila dah ada pengalaman menyekolahkan anak kat sini..
Memang lagi rasa tak penting pun deretan A yang dapat..
Lagi puas dan seronok biler balik sekolah anak bercerita apa yang depa belajar tadi..
By the way, mama percaya setiap orang punya situasi tersendiri..
Tak berniat nak membandingkan sistem sekolah dulu dan sekarang, sistem sekolah dua negara..
Tak relevan langsung pun nak buat gitu..
Cuma seronok nak berkongsi macam mana approach sistem kat sini dalam persekolahan kanak- kanak..
Mungkin...mama ada masalah selektif memori..
Mungkin juga waktu kakak sekolah kat sana mama tengah pening mengandungkan Elman..
Tapi apa yang mama hanya ingat betapa sepanjang sekolah kat sana..
Suasana kalutnya pagi- pagi nak hantar dier..
Kat pagar cikgu sambut dengan kata- kata "cepat, cepat loceng nak bunyi"..
Salam tak de, senyum pun kadang- kadang..
Sepanjang sekolah kami, ibu bapa tak terlibat sangat ngan aktiviti..
Siap surat untuk hari sukan ada kata- kata 'murid- murid yang tidak terlibat, tidak perlu hadir' ( waktu tu punya la suka sebab malasnya nak mengorbankan hari cuti)..
Homeworks dia tak banyak, dan dier pun tak reti sangat nak citer apa belajar kat sekolah..
Sepanjang tahun boleh dikatakan kena buli..
Duit belanja kawan amikla, kawan cakap jangan sape- sape kawan dengan kakak la, kasut sekolah kena sorok, balik rumah kaki ayam..mama jumpa ustazah ( sebab sek petang), dier cakap..biasa la tu puan...tak leh komen biasa dengar respon gitu..
Kesimpulannya..rezeki kakak masa kat sana..pengalaman yang dia lalui agak memilukan...

Sampai sini..memang mama nervous sangat- sangat..
Pulun ajar simple sentence sebab english dier tak bagus sangat..
And it turn out, she is super happy schooling here..
Alhamdulillah..
Exam memang tak de ( hanya year 3 and 5)..
Homework at least 3 pieces a week,
Homework masa school holiday optional..buat dapat gift ( last term dier dapat pencil case)
Tak buat its ok sebab revision untuk term tu aje..
Every early term dapat personalised letter dari class teacher..
Briefing theme untuk term tu, activity akan buat, event yang parent boleh join..
End of term pun sama...cerita progress secara overall anak- anak kami..
Part paling suka..encouraging efforts from school untuk parents involved dalam aktiviti sekolah..
Either officially or not, we are most welcome to join..
Every once in fortnight ada jer invitation letter..
Naidoc Week ( aboriginals activity, aktiviti untuk orang asli Australia), Junior Athhlette Carnival, Remembrance Day, Book Week, Culture Day and the list go on and on..
Macam Junior Athlette Carnival tu sukan untuk kindy class sampai year 3 ( school dier dari infant class, under age 3 sampai year 6)
Open event ikut age..
Kiranya acara lumba lari semua students boleh masuk, berapa kali nak lari..
Hadiah sticker warna- warni and at the end of the day dapat ice block untuk semua ( ice cream actually)
Fun..its really fun..
Teachers obviously passion..
Kenal semua students..
Balik sekolah, majoriti teachers ada kat halaman sekolah..
Willing to have a chat with parents..
Even si Akif yang start sekolah tahun depan..
Orientation sejam seminggu dah bermula...
Its not an usual orientation..
Sebab mama ditunjuk progress dier sepanjang orientation tu..
Every simple things..colouring, cara dier eja nama, social skill dier, dinilai..
As a preparation untuk teachers kenal future students..
We re quite impressive..
For us..it show how serious the teachers want to know their future students..
Akif officially start kinder class in end of january 2014 ( school holiday kat sini start a week before christmas)..
Tapi preparation dari sekolah dah lama mula..
Since kakak dapat personal aid untuk language ( tutor one by one), alhamdulillah adiknya pun sama..
Bersyukur sangat- sangat..
Social life kakak pun ok..
Ramai kawan, depa pun suka datang sembang ngan mama biler balik sekolah ( rasanya sebab character Aussie kids or even western kids yang very brave ngan confidence nak sembang ngan adults)
Setakat ni tak pernah kakak balik menangis kena buli..
So basically, sebab apa lagi yang mama cakap tak kisah sangat berapa A yang kakak score dalam exam..
Sebab rasa kepuasan yang tak terluah biler kakak membebel balik sekolah..
Cerita pasal cara- cara nak planted beansprout, balik bawak pancake dengan resepi nya, cerita pasal world war dan kenapa kiter kena hargai veteran perang, dan paling tak boleh lupa biler dier berdebat ngan babahnya pasal sustainablity ( kebetulan babahnya tengah buat master in sustainable agric)..
So, pada kami..dier dah paham apa yang dier belajar, dan dier boleh kongsi ilmu tu...
It is trully priceless moments buat saya seorang ibu...

Alhamdulillah, anak- anak kami ada pengalaman sekolah kat sini..
Tapi memang tak tipu rasa risau tu sentiasa ada..
Bila pikir dierorg akan kembali ke sistem competition sekolah kiter..
( bukan setakat dierorang..competition antara mak ayah yang lagi hebat sebenarnya)..
Konfiden dierorang boleh adapt..harapnya dierorang kuat macam kat sini..
The only malaysian kat school ( in fact kat whole Orange, kami jer melayu Malaysia)..
Eksotik tapi kuat hadapi cabaran..
Doa kami moga segala dipermudahkan..
Dan apa yang paling penting, pengalaman dierorang kat sini..
Dapat tolong dierorang dalam kehidupan kemudian- kemudian nanti..

Okla..ni la jadinya biler lama tak update..
Dah macam novel entri ni..
So, before nak say goodbye..
Sebab ni citer pasal sekolah..
Nak share gambar sekolah depa kat sini..
Insya Allah nanti jumpa lagi..
Till then..byeeeeee...
Selamat berhujung minggu dan bercuti panjang semua!!

Kakak hujung sekali waktu Junior Athlette Carnival Day ( Miss Chambers, class teacher kakak jaga garisan permulaan. Beautiful and very nice lady)

Posing lepas besukan..

With dearest classmates..dah macam Abo kids nampaknya dier..

Akif (Jimmy) masa kinder orientation

Bowen Public School..sket- sket gambar compound sekolah..ada 3 playground kat sekolah tu..asing ikut tahap umur..( lupa nak citer ada 4 sekolah dalam longkungan 5 km radius dari sekolah ni..betapa sekolah jadi main concernat sini. Class kakak hanya ada 13 orang jer..compared sekolah lama 45 orang..huhuhu


Salam...
Tenggelam timbul blog ni kan...
Harap- harap malam ni berjaya la jua mencoretkan sesuatu di sini..
Niat nak update sokmo blog ni..
Apakan daya..si tuan rumah masih terkedek- kedek membiasakan diri dengan 'kerjaya baru'..
Hidup di tempat orang, banyak aje pengalaman baru..
Selalu ada cerita..
Cuma tak tau kenapa rasa 24 jam yang diberi selalu tak cukup...
Fuhhhh..harapnya selepas ini lebih bersemangat nak berceloteh kat sini...

Waaaa...panjang betul mukadimah..
Alhamdulillah..dah nak 6 bulan kami kat sini..
Segalanya bertambah baik..
Rumah makin lengkap, anak- anak makin betah ngan suasana baru..
Si Akif insya Allah dah nak sekolah..
Si Kakak Sofia..Alhamdulillah..setiap term menang award respectful learners untuk year 2..
Berkat sekolah kat malaysia ( tekanan sepanjang tahun?! Hihihi)
Ataupun Aussie kids yang memang rileks sentiasa ( laid back..typical lifestyle of westerners!)
Buktinya..setakat ni dalam kelas hanya dier saja yang tau membaca...
School is fun place, so basically no pressure for the kids to become super genius... .Hmm..we're kind of agreed with this...
And...our rainbow baby, Elman turned one today! Alhamdulillah..
Makin keleteh, makin banyak ragam..
Paling penting makin sihat sejak dok sini...
Our HoneyBear celebrating his first birthday today!

Babah makin busy..
Lecture, assignment, labwork, fieldwork..
Sebelum pukul 9 pagi keluar rumah..
Lepas maghrib dalam kul 8 malam baru sampai rumah...
Student life..what else to expect..

And me..tuan rumah..
Still ups and downs..
Obviously I'm not an adventureous person..
Tak lasak sangat..
Enam bulan kat sini..
Sangat- sangat lama rasanya..
Sangat kagum ngan diri sendiri..
Bangun pagi kadang- kadang rasa happy..
Bersemangat nak lalui hari baru..
Kadang- kadang rasa down sangat..
Tak mau bangun..bosan..
Nak menjerit rasanya..
Nak berada di tempat yang familiar..
Di kalangan rakan- rakan, kaum keluarga..
Layan fb pun kekadang rasa down..
Jeles tengok apa yang jadi kat sana..
Banyak sangat peristiwa yang kami ketinggalan..
Kelahiran dua anak saudara baru..
Sahabat dunia akhirat ( insya Allah) pun sama ( saya antara orang terawal yang tau dier pregnant..boleh rasa down biler pikir masih tak sempat jumpa baby)
Kenduri kawin sepupu sepapat, kawan opis...
Majlis tunang..
Belum lagi fikir hari raya..
Huhuhuhu..

Mungkin Dia tau yang hati ni tak tenang..
Slowly..mama kat sini enjoy melayan tv..
Setiap hari ada jer program kesukaan..
Termasukla satu talk show yang memang sentiasa dinanti- nanti..
Program ni memang famous kat US..
Mungkin juga di Malaysia..
Definately ni bukan rancangan ceramah agama..
( lamanya tak dengar..tak tengok.. .nak layan youtube.. data internet terhad. Student maa...seminimum mungkin belanja kami).
Dr Phil..mungkin ramai dah tengok kan..
Talk show yang bincang macam- macam masalah harian..
Kisah benar, individu sebenar...
Dari yang biasa- biasa macam cara nak displinkan anak-anak, hubungan dengan mertua, drugs..
Sampaikan yang pelik- pelik...confession of killer, sex abuse, medium man ( bomoh bahasa kita) yang interact dengan roh dan sampaikan mesej kat audiens, penderaan anak yang tak terpikir dek akal ( kurung dalam bilik kalau nakal berhari- hari tak bagi makan..sampai budak tu makan perabot dalam bilik tu sebab lapar sangat!)..
SubhanAllah...
Masa mula- mula tengok..mam pikir.rosaknya akhlak depa..
Tapi masih berpikiran terbuka nak kongsi masalah untuk cari penyelesaian..
Makin hari tengok..makin membuka minda mama..
Sesungguhnya..berbanding dieorang..hidup mama jauh lagi baik!
There is nothing more i could ask for..
Ini yang diimpikan sejak dulu..
Nak sentiasa bersama..sebelum tido ada kat sebelah, bangun tido masih kat situ...
Anak- anak tak mencari biler babah kerja jauh..
Memang ini yang Allah makbulkan..
Walau jauh beribu batu dari keluarga..
Ekslusif untuk kami jer..
Walau hidup skrang fokus anak- anak jer..
Tak de kawan, tak de keluarga ( orang melayu pun tak de!)..
Tak de gossip- gossip sambil lunch, tak de shopping- shopping puaskan nafsu..
Yang penting 3 permata hati ada!
Tak boleh bayangkan ( macam dalam program tu) seksanya jiwa seorang ibu biler tau anak kena bunuh dan si pembunuh tak nak bagitau mayatnya di mana!
Walau kekadang rindu nak makan macam- macam..
Nasik kerabu, tempe..segala bahan yang susah nak jumpa kat Orange..
Tapi setidaknya dapur sentiasa berasap..
Anak- anak alhamdulillah kenyang setiap malam..
Makin hari kami pun makin terrer baca ingredient kat label packaging..
Sebab nak cari tanda halal memang sikit sangat!
Walaupun setiap kali tengok bil rasa sakit hati..
Risau budget untuk benda lain kena tarik..
Tapi setidak-tidaknya kami masih dok rumah yang selesa..
Masih ada air panas untuk mandi biler sejuk..
Bukan duduk dalam tunnel sama dengan tikus bertahun- tahun! ( siap ada design dapur, living room, master bedroom lagi..adoiii horrornya)
Sikit sebanyak program tu changing point untuk mama..
Untuk lebih tenang kat sini..
Memikirnya kelebihan..counting the bless..
Bersyukur!
Bukan fokus kepada kekurangan..apa yang kami tak de..
Harapnya semua ni jadi motivasi untuk diri sendiri..
Penguat semangat biler rasa down..
Penenang jiwa yang Allah bagi..
Bersyukur dengan apa yang ada..
Lalui segalanya dengan jiwa yang positif..
Insya Allah segalanya pasti akan mudah kan..

Okla..panjang sangat dah ni..
Time to go..
Terlepas sudah keluh kesah..
Harapnya betul- betul membawa ketenangan yang dicari..
Insya Allah nanti cerita lain pulak..
Till we meet again..byeeee....
Canola farm..subhanAllah..cantik kan!

Our must have picture family potrait!


Salam...
Punya la lemau mood nak mengupdate blog ni...
Padahal banyak je citer- citer best yang happen last few weeks..
Malam ni pun rasa tak mo citer banyak..
Macam nak share gambar- gambar jer dan biarkan ianya berceloteh...
Okla kalau gitu..apa lagi...
Enjoy the pictures!



Kat atas ni kompilasi gambar open house kamii...
Tetamunya kawan- kawan pakistan yang macam biasa speaking urdhu sesame dieorang ( tak leh buat apa dah)..
Malam pulak kawan- kawan vietnam..
Alhamdulillah makanan semua kami masak ' from the strach'..
(Macam tak percaya...Rasa ada bakat terpendam nak bukak bisnes catering lepas ni..)
Hahahahahha

Okla...next story..
The most interesting among all..
Ni gambar- gambar masa Dress up day, Book Week skool kakak..
Actually the whole Orange, skool kat sini celebrating the Dress up day..
Kids and teachers need to dress up looks like the favourite book character...
So colourful..
Siap teacher ada yang dressing Neytiri Avatar lagi..( daring you...tak sesuai kat Mesia)
Principal pulak dress up like a Snow White..alahai sportingnya kan..
Then the have a parade on that day..
So much fun..
Kakak kami pilihkan baju chef..
And its turn up, coincidentally...without planning her bff Jorden pun sama..
Boleh pulak, in the whole school depa jer pakai baju chef..
Macam- macam kan...

Anyway, before say goodbye..
Nak share kompilasi gambar terkini..
Last weekend kami lepak sekejap kat Summer Creek..
Since its officially spring in Aussie..
The weather is so pleasant..
Siang around 16 degree..malam dalam 5,7 degree..
Seronok..
And the scenary around Orange is .trully breathtaking..
Spectacular..
Colourful flower trees everywhere..
Hopefully mama boleh amik dan share banyak lagi gambar Spring kat sini..
Till then..enjoy the pictures..
Byeee.....


Salam...
(Ketandusan idea nak bagi title apa..
So..mari merepek- repek dulu yer..)

Alhamdulillah..
Menempuh lagi satu hari penuh barakah..
Jumaat Penghulu Segala Hari..
Hari yang paling dinanti- nanti waktu kerja dulu..
Sebab sangat teruja nak tunggu hujung minggu..
Suka sangat sebab macam- macam plan dah dirancang untuk hujung minggu..
Hari ni pun mama rasa seronok lebih dari biasa..
Sebab ini jumaat terakhir second term school kat sini..
Kakak cuti 2 minggu mulai esok..
Yeehaaaa!
Walaupun sebenarnya tak de beza sangat kakak skool ke tidak..
( maklumlah mama tak keje kat sini.. .tak kalut sangat uruskan kakak)
Tapi pada mama macam saya..
Anak cuti sekolah memang sesuatu yang ditunggu- tunggu..
Konon- konon nak bawak anak pi zoo..
Tengok binatang kat sini..
Dengar citer..zoo kat sini open zoo..
Tapi rasanya..tak pe la kot..
Dok luar rumah 10 minit pun menggigil..
Ni nak jalan berjam- jam dekat zoo..
Tangguh dulu la nampaknya...
Mungkin waktu summer nanti lagi sesuai bawak depa pi zoo..
Insya Allah.

So..
Lagi citer best kat sini..
Kami baru dapat bil elektrik kat sini..
Sini bil elektrik setiap 3 bulan..
So, kiranya ni bil untuk Autumn..
Amik ko..AUD 930.00
Kira duit kiter dalam RM2800
Huhuhuhuuh..
Terduduk rasanya..
Tapi biler tanya Coordinator Student Resident..
Dier impress bil kami sangat murah..
Sebabnya..segala kat umah guna elektrik..
Stove ( dapur masak), water boiler ngan heater..
Kebanyakkan umah..stove dan water boiler guna gas..
Heater guna kayu ( umah ada chimney..cerobong. Macam best jer kan)
So, umah kami yang semua elektrik..
Tambah ada baby ( sebab selalu kalau ada baby..heater mesti 24 jam)..
Bil tak sampai AUD 1000 dikira murah..
Adoiiiii nak pengsan..
Lagi nak pengsan sebab katanya before hujung tahun bil akan naik 30% lagi..
( belum lagi bil winter sebab winter banyak guna heater)
Uwaaaaa..mahalnya kos sara hidup kat sini...
Lagi buat saya tak sabar nak balik Malaysia..

Selain pasal bil elektrik
Lagi citer yang kami rasa best kat sini..
Tetiba Australia tukar Prime Minister..
Very simple procedure ( from the eyes of foreigner macam saya..)
Election Leader Labour Party..
Julia Gilliard kalah ( dier currently PM)..
Kevin Rudd menang..
Esok terus swore jadi PM..
Bukan GE pun..
( GE dierorg september ni.. .so Kevin Rudd still akan bertanding lagi)
Julia Gilliard tarik diri dari politik ( dengan fews menteri yang pro dia..terus lepaskan portfolio)..
Sesuatu yang agak mengkagumkan pada saya..
Betapa pemimpin mempunyai karakter berjiwa rakyat sebenar..
Berkhidmat untuk rakyat..
Rakyat dah tak perlukan..tak undi..
Maka lepaskan jawatan..
Prime Minister tu..
Bukan jawatan menteri biasa..
Hmmmmm..
Bagus kan..

Ok la..
Panjang sangat dah entri ni..
Insya Allah nanti update lagi..
Kat bawah ni sikit- sikit gambar kat sini..
Till then..
Byeeeee


Orange Farmer Market.. .Pasar Tani kiter lagi meriah kot....

CBD Sydney ( Central Bussiness District) dari View Darling Harbour

Nak selit jugak..Future Olympian..( not sure which country they will represent..hihihi)


Salam..
Huuuhhhh..akhirnya kuat jugak semangat nak menconteng kat sini...
Betapa gloomy atau mandomnya kat sini..
Begitu mandom jugak la rasa nak update blog ni..
Dengan keadaan badan membungkus berlapis- lapis selimut..
Memang tak de mood nak buat apa- apa..
Sungguhla sebagai anak jati Malaysia..
Kami memang surrender ngan keadaan macam ni..
Suhu tiap - tiap hari -3 hingga 8 degree..
Tambah pulak cam last week..
Hujan all the way ( pagi sampai malam..isnin sampai jumaat!)
Serius gloomy!
And somehow..some people said..this is the wettest winter for the past 30 years!
Wahhhh..unbeliaveable..
En Somi cakap..sebab ada orang Malaysia mai..
Maka hujan rahmat pun datang..
( alhamdulillah..cuma part kain baju langsung tak leh sidai tu yang benci sangat- sangat..huhuhu)
So, biler tengok keliling..
Rumput dah menghijau..
Siap ada sebatangi pokok tepi jalan dah berbungga..( konfuse agaknya..ingat dah spring)..
Macam- macam betul la..
Anyway, last weekend kiterorag ada jemputan tea..
Kebetulan jumpa one this lovely...
Mrs Brittina..
And its happen..she actully coming from Malaysia ( Petaling Jaya Mali!)
( tapi dah 18 tahun dok Oz..siap husband Dutch man lagi..citizenship sini lagi)..
Very convincingly...persuade kiterorg stay sini..
"Don't ever think to return back to Malaysia.."
Spontan mama jawab.." But I miss my family"
"Its true..for the first few years you will feel all that things. It even take me 7 years to really settle down about the missing issue"..
Hohohohoho..
7 years??..I won't be that strong..
Dengan cuaca gini..
Lagi, lagi la rasa nak berjemur kat tepi pantai..
(Pulau Langkawi ke, Redang ke, Port Dickson ke, Bagan Lalang pun boleh la..
Huhuhuhuhuhu...)
Entahla..
Not long enough to make any decision yet ( we just arrive 3 months)..
Memang kekadang dok sini rasa best sangat- sangat..
Country life..
Tenang, aman, damai..
Tak de traffic jam, pemandangan cantik, kehidupan yang boleh dikatakan zero stress..
Umah skrang luas..
Anak- anak ada tempat berlari, memanjat, menjerit..
Sekolah bagus..
Teachers sangat membantu, kawan- kawan kakak yang super bubbly,school sillibus fun and easy learning..
( they are more towards characacter development..manners etc than academia achievement..school is a fun place for kids!)
Tetapi..
Ada jugak bangun pagi kekadang rasa nak menjerit..
Rasa terperangkap kat sini..
Jiwa dan raga meronta- ronta..
Nak berada di tempat yang saya biasa..
Nak bersama orang- orang yang saya rindui..
Keluarga..
Nak gossip- gossip ngan gelak- gelak ngan kawan- kawa....
Nak round- round ngan makan sepuas hati..
Ia sangat menyiksa jiwa!
Rasa semua kegembiraan yang saya rasa sekarang..
Is just a plain happy..
Its a sad story actually..
Tapi biler betul- betul pikir..
Baru teringat..
Happiness is really subjective..
Its our decision to choose what are the things that will make us happy..
This peacefulness..tranqulity of this place..
This togetherness...
Its all what we think..
After all..our previous life was not great at all..
Hectic life..
Kuar umah sebelum ada matahari..
Balik umah lepas matahari pergi..
Benci perasaan try and error taska yang sesuai untuk anak- anak..
Belum masuk lagi..perasaan takut ngan bimbang malam- malam biler tinggal bertiga jer ngan budak- budak...
Ya Allah..harapnya tak akan dilalui lagi pengalaman tu..
Entahla..
Tak sampai lagi sampai tahap terpikir nak settle down sini..
We have long wayyyy to go..

Okla..
Merepek- repek dah entri ni..
Merepek dan gloomy macam weather kat sini
( weather madness..dierorang panggil)..
Okla...
Nanti sambung lagi..
Tata..





O
Rupa frost belakang umah pagi ni....waktu ni suhu dah -1 degree ( malam tu -5 huhuhu)

This is somewhere between Mudgee and Bathurst ( on the way back from Sydney).. A breathtaking view...( cameramen amateur..nak amik gambar pun tak berapa reti)

Somewhere around Lithgow..

Last but not least..

Anak bujang saya..hasil make over kakak dier...


Salam..
Suka- suka mencipta penyakit baru..
(Check dengan en wiki tak de pun phobia ni..)
Anyway, saja nak citer..
Sejak dari mula boleh memandu...
Rasanya benda yang paling mama tak suka adalah melalui roundabout...
Memandangkan saya orang bandar baru bangi..
Maka roundabout dan saya memang tak boleh lari...
Masih ternampak- nampak...
Roundabout yang super horror dan super busy macam kat seksyen 7 ke jalan reko,
Roundabout ukm,
Or even roundabout tol bangi..
Mama actually tak pernah accident lagi kat roundabout...
Cuma..kalau memang nak drive kat roundabout..jantung berdegup lain macam...
Benci..benci..benci...
Cuma berita baiknya..rumah kami terletak kat kawasan perumahan agak luar di bangi..
Nak pi opis tak yah lalu roundabout..
Yeehaaaaa....sukanya..
So, biler dah dok sini..
Dari mula- mula jawatan home manager..
En Suami lantik jadi driver ( mak supir katanya.. buruk kan bunyi nya..).
Mula- mula memang la suka..
Yeaaa...dapat pegang stereng semula ( walaupun tak de international permit license..gamble!)
Sebab jadual dier yang ada masanya buzy..
Mama 3 beranak la kena angkut kakak pi skool...
Baru mama perasan fobia ni datang semula..huhuhuhu..
Orange ni walaupun pekannya kecik..
Rasanya setiap setengah kilometer mesti ada roundabout.. .
Banyak sangat- sangat..
Walaupun roundabout nya tak horror macam Bangi..
Tapi kalau peak hour macam waktu antar kakak skool..memang sangat banyak keter..
Dan walaupun driving kat sini lagi best sebab mostly attitude drivers nya sangat cool..
But still human kan..
Ada juga kekadang yang bawak macam apa...
Huhhh..geram la juga...
Actually dari umah kami ke skool kakak dalam 3 km jer...
Tapi kena lalu 4 roundabout..
Dan speed limitnya hanya 50 km per hour...
(Sangat- sangat la rileks kan...)
Selalunya tak kena hon kalau bawak slow..
Tak de keter potong tepi ( off road)..
Jauh sekali buat line baru!
( tak leh lupa perasaan benci driving balik opis serdang -bangi....3 line higway kekadang boleh jadi 7 especially bulan poser... .sangat- sangat la sakit hati!)
Dan kat sini memang jangan la pepandai nak langgar speed limit..
Sebab camera nya from point to point..bukan ada satu jer macam AES kat sana...
( which mean..kamera tu akan kira..sepatutnya kiter sampai next kamera bape minit.. .tak la perlahan biler dah nak sampai kat kamera jer)..
So, berbalik ke kes fobia mama..
Kekadang tu kena juga hon kat roundabout..
Kekadang mama konfuse biler nak masuk..orang belakang hon..
Kekadang mama terlalu laju masuk tak perasan keter lane sebelah..kena la jugak hon..
Kekadang tak buat apa- apa pun kena hon.. ( basically ni sebab racist..women + asian + wearing scarf which must be muslim.. Hmmmmmmm)
Benci tau..
Sampai termimpi- mimpi..
Anyway..mama kalau dah trauma tu memang ada satu cara jer la boleh atasinya..
Lalu jer roundabout yang selalu kena hon tu sampai terrer...
Hahahahahahhaha..
Macam this weekend...monday morning kena hon lagi..
Balik umah..macam down..
En somi kata its ok..stop driving for a while..
And then kakak bagitau ada piknik kat skool tuesday morning..so apa lagi mama excited la nak drive untuk hilangkan rasa down tu...
Alhamdulillah..tak de apa- apa pegi dan balik dari piknik..
Piknik tu pun sangat la best..
Its actually reward day for the whole school..
So they got free hamburger for the day..
Sebab kakak akan dapat hamburger la mama dan adik-adik datang..
Kesian kat dier nanti tak de makanan ( for sure tak halal kan)..
But its really fun..
Dapat kenal kawan-kawan kakak yang super cute dan super friendly..
Non stop talking..
And also kenal- kenal few of her teachers..
Seronok sangat mama rasa..
We really looking forward for the next reward day ( not necessary another picnic)..
Okla...macam merepek dah entri ni..
Esok pun mama nak drive lagi..
Bawak hero- hero ke playgroup pulak..
Ada 3 roundabout kena lalu untuk jalan esok..
Yeaaa!! ' sukanya ' saya ( huhuhu)..
Okla nak say final goodbye..
Ni nak tunjuk a few roundabout kat sini..
Roundabout yang selalu kena hon tu nanti next time mama amik gambar yer..
Till then..
See ya'....
Dua dari berpuluh- puluh roundabout kat Orange!

Piknik time! Meet Mr Jaxson..chubby, bright and bubbly fella who turns to be Auni best fren..(and also Rackell..sweet girl in stripe jumper)
Mr Moo's and Mr Sheared Sheeps having grazing land side by side together.. ( just at our back yard..)


Salam...
Alhamdulillah sejak bercuti panjang ni..kami suami isteri banyak masa dihabiskan bersama..
Weekdays dan weekend actually dah tak de beza sebab En Suami selalu ada..
In fact, dier lebih free during weekdays sebab selalunya hujung minggu banyak diguna untuk pulun siapkan assignment..
But somehow..
Weekend memang hari yang amat kami nantikan juga...
Sebab selalunya hari hujung minggu terutamanya Sabtu kami sekeluarga akan jadi Garage Sale Hunter...
Yippie!!

I do admit since we living here Ii can't never get enough of these two things..
The Op Shop and The Garage Sale...
( Op Shop maybe dah kurang sket sebab selalunya cari baju je kat kedai tu...rasanya banyak jugak dah baju kami)
Yang bestnya tentang Garage Sale ni adalah selain boleh bershopping barang- barang elok dengan harga yang murah, kami dapat jalan- jalan sekitar Orange dan juga bergaul dengan Aussie...
Seronok, kami suka...
So, kalau nak pi garage sale kat sini..pagi- pagi sabtu kami dah kena beli newspaper Daily Central..
Sebab kat situ la ada senaraikan di mana rumah yang akan adalan garage sale untuk hari tu...
Opss..rasa nak citer..
Walaupun Orange ni kecik ada 30 000 jer populasi ( tu pun campur foreigners samada yang dah dapat citizenship ataupun orang- orang macam kami)..
Kat sini ada stesen tv sendiri yang ada 5 channels ( ekslusif untuk suburb Orange sahaja),
Ada 5 newspaper, 3 darinya free yang hanya citer pasal Orange saja bukan New South Wales pun...
Hmmm..kami sangat la impress
Dok bayangkan macam kawasan Bandar Baru Bangi & Kajang ( untuk capai populasi 30 000 orang ke dah lebih)
Ada channel tv sendiri..ada newpaper sendiri..
( Rasanya dari dulu dok Bangi..lately, Buletin Bandar Baru Bangi adalah kot.. Newspaper yang macam Star atau Harian Metro tu tak de lagi..)
Ok..so back to the Garage Sale..
Suka kalau rezeki murah hari tu..macam- macam barang kami boleh bawak balik..
(Betul la macam orang kata..dok Oz, tak leh buat harta..barang mahal..
Tapi orang tak pernah pulak bgtau kami..nak cari barang second hand yang tip top quality nya sangat la merata- rata...)
Ni antara contoh barang berbaloi yang pernah dapat..
Fischer Price Smart Response Swing dengan harga $20...
Kalau barang- barang macam buku ngan mainan memang tak yah cakap la..
Satu children book kadang- kadang 50 cent..
Mainan macam playdoh full set tu kami dapat $5..
Tu yang sebab nape kami suka sangat jalan- jalan garage sale...
This is the best thing we have so far
Change and bath table for the price of $20..
Dari anak sulung teringin nak benda ni..alhamdulillah boleh dapat jugak dengan harga yang murah dan elok lagi..
and for all those things that is why we really looking forward garage sale every weekend!
Heeeeeee...

By the way,
Beside garage sale..
Ada lagi satu rutin kami yang berlaku tiap hujung minggu..
Jemputan makan di rumah kawan- kawan baru..
Mungkin kami baru sampai..ramai yang sudi menjemput makan sebagai tanda perkenalan..
Almost every week mesti ada..
Kekadang kat umah orang pakistan..kekadang kat umah orang thailand dan semalam kami dapat jemputan dari orang India..
Alhamdulillah...murah rezeki kan..
Kami memang suka menerima jemputan macam ni sebab boleh merasa makan yang sedap- sedap..
Walaupun rasanya dah 5 rumah pakistan kami pergi..tak de pun yang menghidangkan makanan yang sama..
Suka..dapat rasa macam- macam makanan..
Merasai makanan tradisional masyarakat lain di rumah mereka sendiri..sambil- sambil tu tengok budaya mereka..
One obvious thing...kalau makan- makan macam tu..pompuan dan lelaki tak akan bercampur..
Mesti diasingkan di bilik lain- lain..
First thing happen terperanjat jugak..
Sebab dari dulu kalau pi makan ada anak kecik mesti makan gilir- gilir..
Tapi kat sini..jangan harap...
Memang makan sambil bersilat dengan en Muhammad yang sibuk nak merasa makan jugak..
Stress jugak kekadang..tapi nak buat camne kan..
Tak pe la budaya mereka..kiter ikut jer la kan..
Cumanya..citer tak best malam tadi..
Walau makanan yang dihidang..subhanAllah lazatnya...
Mama sakit hati!!
Bukan sebab nak kena pegang Muhammad ( malam tadi bijak dah..bawak fleece blanket suh dier merangkak kat bawah)..
Tapi sebab malam tadi...dok berkumpul dengan keluarga pakistan dan India ni..depa pakat cakap urdhu selama 3 jam!
Serius benggang..
Menguap tak tau cakap la..
Dok ulang alik makan sampai abis semua makanan tuan umah hidang..
Sakitnya hati sebab dengar en suami gelak- gelak kat bilik sebelah..
Sangat la inconsiderate kan...
Geram tau..
En suami kata memang tak patut jugak..
Bukan semua tau bahasa urdhu ( walaupun tu bahasa filem hindi, dan saya big fan of hindi films...tapi tengok citer hindi saya baca subtitle yer..)
Dierorg patut sedar adanya kiter..
Bukan nak dierorg layan macam permaisuri...
But hello..all the time for 3 hours sembang sesama korang dalam bahasa tu..masak sungguh rasanya..
Huuuhhhh...
Baru tau macam mana beza nya attitude people negara maju ngan negara baru nak maju ni..
Sebab cakap gitu..
Mama selalu join gathering young mommies kat sini..
Then seminggu sekali pi bawak akif ngan Elman pi playgroup..
Kekadang biler dierorg leka bersembang dan terlalu laju, mama lost jugak..
Tapi dierorg akan sentiasa meraikan kiter..
Always said..we' re sorry for left you out..
Sometimes dok citer semula..walaupun actually mama tau apa yang dierorg sembangkan..
Huhuhuhuhu...
Hopefully it will never happen again..
Yang en suami..elok jer dierorg meraikan sesame dierorg..
Maybe sebab semua bekerja dan si isteri- isteri semalam adalah stay at home mother..
Yang kurang bercampur dan kurang berbahasa english..
So..boleh sesuka hati bersembang biaq pi saya sorang- sorang..
( siap ada anak sorang kawan tu pi bawak segala mainan dengan mama. Dengan akif dier tak nak layan....adehh budak ni. Kesian kot mak cik ni tak de orang nak layan..huhuhu)

Ok la..panjang pulak entri ni..
Biler- biler senang mama upload lagi..
Nak end kan entri ni ngan gambar- gambar kat sini...
Lovely place..beautiful scenary..
In one of the paper yg citer pasal autumn kat sini..
Mama suka sangat quote ni..
Autumn is the spring when every leaves is a flower...
Its true indeed..
Till then byeeee....



Salam..
Entri pukal seperti biasa ( maklumla update blog seminggu sekali..memang pukal la jawabnya)..
Banyak nak citer ( ayat selalu guna)..
Tapi memang tak de masa..
Malam- malam kat sini sejuk..
Pada orang yang macam saya..
Memang lepas dinner, dok dalam sejuk- sejuk..
Cepatla kan mata ni nak lelap..
Padahal..si anak bongsu dah settle..
Macam- macam keje la boleh buat..
Ini tak..mama nya join sama..
Hahahahhah...

Anyway,
Rasa makin panas ek bahang pilihanraya kat sana..
Dok tengok fb macam - macam benda post kat newsfeed..
Mengarut- ngarut pun ada..
Cepatla kan semua ni habis..
Dan harap habisnya pun dengan tenang, aman sejahtera..
Kawan- kawan kat sini pun ada yang tanya..
Do you have postal voting this weekend?
Erkk..serious feel guilty..
Tak kot..pi mengundi..
And somehow...tak tau biler Embassy conduct kat sini..
Kalau London, last weekend..most probably Sydney lebih kurang la kot...
So, kekawan...kami serahkan masa depan pada kalian..
Harapnya apa- apa parti yang memerintah lepas ni..
Bawa kemajuan, kekalkan kemakmuran dan ke amanan...
Aminnnnnnn....
Kat sini...GE september nanti..
Maybe..keadaannya tak complicated macam kiter..
Maklumlah developing country..
Lagipun...kat sini tak de banyak sangat kaum macam kat sana..
So, satu isu..racist, dah boleh eliminate..
Cumanya..kalau tengok keadaan kat sini..
Kesian sangat kat orang- orang aborigin..
Depa orang asli Australia..
Penduduk asal negara ini..
Macam yang kiter tau..
Australia ni kan settlement British..
Asalnya untuk hantar pesalah dari Britain jer ( lama dolu- dolu..18th century)
Dari situ populasi nya expand jadi Aussie hari ni..
Mungkin observation kami terlalu singkat ( maklumlah baru sebulan setengah kat sini)
Tapi memang kami nampak..betapa Aborigin dilayan double standard..
First week kat sini pun kami dah dapat warning..
Aborigin ni teruk..pemalas, suka mencuri, kasar and etc..
Nak pilih umah pun jangan cari kawasan Aborigin..
Hmmmmm...sebab tak pernah lagi deal ngan Aborigin..
So, tak leh komen apa..
Harap- harap kiter kat sana tak sampai tahap macam ni la kan...
Bumi nenek moyang kiter..
Harap- harap semua orang mendapat layanan sama rata..
Adil selayaknya..
Aminnnnnnn...

Okla..actually nak share gambar- gambar lagi ni..
Few interesting things happen throughout this week..
Mama kena teeth extraction, Auni start new school term, finally mama drive alone kat Orange..
Nantila kan..slow- slow citer..
Hehehhehehehhe....

Ok..ok..
Nak tunjuk highlight of this week..
Piknik nasik lemak kat adventure park!
( amik hang...depa kalau piknik makan fruits and snacks jer...maklumlah playground. Tetiba Asian ni makan nasik pulakkk....)
Sambil- sambil tu nak selit Orange dari kanta lensa kamera kami...
Nanti kemudian- kemudian mama update lagi..
Byeeeeeeeee...

Beriyer- iyer piknik nasi lemak..heeee...

Sikit-sikit gambar town Orange...

Selamat Mengundi semua..demi masa depan saya dan kawan- kawan sebaya.....


Salam...
Baru rasa lega sket nak update..
Rasa kat sini masa sekejap sangat..
Baru masuk Isnin..eh tetiba dah Ahad la...
Mungkin juga sebab kat sini malam yang terlalu cepat..5.30 pm dah maghrib, isyak skrang 6.50 pm...
Huhuhu..
Tak terkejar rasanya..
Tambah pulak dengan si Muhammad yang makin banyak akal..
Langsung tak mo diletak- letak...kalau boleh nak didukung sepanjang masa..
Sungguh ada masa- masa mama rasa nak menjerit..
Penat la..letih badan dibuatnya...terkejar- kejar melayan dia, siapkan segala bagai kerja umah lagi..
Ya Allah..besar sungguh dugaanMu..
Tapi bila petang ni tau ada member masa U baru kehilangan baby..
Umur 3 bulan kat nurseri....tersentap sungguh rasa..
Sebak rasa dada...
Sungguh tak sanggup bayangkan apa yang kawan tu tengah rasa..
3 bulan macam baru masuk kerja..maybe baby pun baru nak mengenal dunia taska..
Ya Allah...mesti sedih yang tak terluah kan...
Harap ibu dan bapa nya tabah ( walau tak mudah dengan kata- kata)..
Sungguh Dia tau yang terbaik buat kiter...
Mungkin sebab pengalaman hampir serupa ( tapi dugaan kami tak seberapa)..
Mama terus lain bile melayan kerenah Muhammad..
Biarla dier menangis membuat ragam..
Mama dan babah tak mau menangis lagi riindukan kehilangan anak..
Ia terlalu sedih untuk diungkap..

Okla..sebenarnya tak mo citer sedih..
Hari ni nak bawak kawan- kawan jalan sini..
Ziarah rumah kami..tempat kami berlindung..
Nak citer jugak..apa yang buat kami sibuk sangat sekarang..
Adalah sebab..
Kami tengah sibuk..
Susun..kalih...kemas..pindah...
Segala yang ada dalam rumah ni ( setelah hampir sebulan yerr..)
Segalanya untuk en Winter..
Maklumlah..datang dari negara panas..
Kena sejuk sket suhu 3 degree pun dah rasa membeku..
Ni kan pulak suhu bawah 0 degree..yang dengar citer siap ada salji..
Grrrrrrrr.....'excitednya' kami..
Maka bersungguh- sungguh la kami memaksimumkan segala bagai ruang, peralatan dan paling penting heater di rumah...
Harapnya mampu la ia menjadi tempat kami berlindung di masa winter nanti...
Ok..jom jalan- jalan umah..

Tara..ni pandangan depan umah ( dengan keter tua kami..)..
Alhamdulillah..
Ada rezeki dok umah dan tempat macam ni...
Rumah ni kecik jer..4 bilik, tapi alhamdulillah fully furnished..
Ok la..tak tau nak kata apa...
jemput la masuk yer...
Ikut pintu depan tu..belah kiri..laundry room..
Belah kanan..ada patio ..
Patio tu asalnya penuh dengan kerusi...2,3 bijik dieorang letak..
Tapi sebab dah jadi parking macam- macam benda..en suami pi pindahkan ke tempat lain...

Masuk umah..mula- mula jumpa dining hall ni...
Sebab mungkin hall ni nanti jadi bilik utama waktu winter (sebab kat situ ada reverse aircond)..
Maka..kerja- kerja penyusunan intensif kat sini..
Meja makan kami ketepikan..
Living hall kami susun..
Harap- harap memenuhi matlamat la nanti biler masa memerlukannya...

Ini master bedroom umah ni...
Mama suka sangat sebab dari tingkap boleh nampak pokok cantik tu..
Tapi sebab bilik ni macam cold room waktu malam...sungguhla tak lena nak beradu..
Bilik ni tetiba jadi bilik aktiviti...segala wardrobe dipindah ke sini..masukkan sekali segala mainan bebudak ni...
Gambar kecik kat atas tu..bilik tetamu..
Kami tinggalkan satu katil untuk sesiapa berkunjung..( jom..jom..)

Maka sekarang..bilik kaler- kaler tu la tempat kami beradu..
Sebab nak jimat heater..angkut bebudak tido sekali ( terperanjat kawan- kawan kat sini especially Aussie...depa baby pun dah tido sendiri !)..
Over kan kaler- kaler...
Tu actually mink blanket....tapi punya tak tahan sejuk kami taram jadi bedsheet...
Hahahha..sesuka hati...
Bilik belah kanan tu..bilik paling best pemandangannya..
Jadi bilik study en somi...
( terpaksa beralah la kan....sebab dier kami kat sini..huuuu)..
Ni pulak gambar patio kat belakang..
Sangat luas boleh jadi tempat piknik..
Ada satu tangga dari garage ( tapi tak boleh guna sebab jadi stor uni)
Kat sini jugak la boleh tengok tasik kecik tempat mandi manda itik- itik petang...
Patio ni jugak mengadap graving land..tempat cik moo dan mr goaty makan- makan...
Sangat- sangat mendamaikan....
Okla..nk tunjuk tempat paling penting..
Tadaaa..tempat saya menuntut ilmu...
Ceruk dapur...
Tengokla..segala yang penting depa provide...alhamdulillah...
Kami pulun beli barang masak jer..
Paling best kat dapur ni..
Sambil basuh pinggan boleh feeling feeling...
Tengok tasik tepi tingkap...
Hihihihihihi......

Ok la..panjang sangat pulak entri ni..
Rasa habis satu umah mama dah tunjuk ( kecik jer kan)...
Ni la usaha kami setakat ni..
Harap en winter ada belas kasihan nanti....
Tak mengganas sangat...tak bagi sakit pelik- pelik...aminnnnn
Cukupla kot usaha kami setakat kemampuan....

Okla...dah tengah malam kat sini..
Kemudian- kemudian mama update lagi..
Till then..byeeeeee.......


Salam..
Pejam celik pejam celik..
Dah seminggu kami kat sini...
Yeaa!!
Things get better with time...alhamdulillah..
Sukanya mama dah seminggu, tak sabar nak tunggu hari terakhir kat sini..( obviously tak adventourouskan...huhuhu)..
Anyway..nk citer sket- sket 'flashback' apa yang kami dah capai seminggu ni...

1st day arrive..
Perjalanan flight ( KL - Sydney) alhamdulillah ok..
Muhammad tido dengan lena dalam bassinet..akif n auni well behaved..
Custom n immigration inspection goes well ( sungguh sydney airport paling dahsyat inspection nya seperti yang dikata.. .kami memang tak bawak 1 pun makanan dan declare everything yang dibawa..tu yg kebulur biler tiba)
Part kalut..masa nak tukar domestic flight (Sydney- Orange)
Masa very limited..international flight kami lambat sket..
Terminal lain- lain..mengangkut luggage naik turun tangga, keluar masuk train..
Tetiba mama bersama anak- anak terperangkap dalam lif.. .
Sangat ngeri ok..kat KL pun tak pernah rasa gini...
Nasib baik babah kuat perkasa, berjaya kopakkan pintu lif tu..
Sampai domestic terminal on time..
Naik flight kecik yg boleh nampak kipas kat luar ngan seat tak sampai 20 kot..
Sangat la berdebarnya..tapi alhamdulillah kami selamat sampai..

Sampai Orange terus bawak pi rumah..
Campus cottage yang sangat cantik..
Alhamdulillah fully furnish..cuma tak sangka jauh dari segala- galanya..
Pi town beli groceries..amik apa yg teringat jer..
Sebab tak cukup bahan..campur penat..rasa first day tu makan ntah apa- apa..huhu

Jalan- jalan baru perasan ada satu umah kat sini berpenghuni ( yea kami ada jiran),
Prof Kevin and his wife Bertha..
Dah dok sini 25 tahun..
Bertha invite mama untuk weekly young mommies gathering..
Cuma yang tak berapa best..Kevin dah bagitau every tuesday dier adakan bible class kat rumah dier..
So mama pun nervous la pulak nak pi join apa- apa gathering ni..(lagipun nak angkut anak- anak saya yang sangat baik ni, macam susah jerr)..


Kami dapat visit dari presiden persatuan muslim kat sini ( kat U ada 17 orang, kat Orange dalam 30 orang)
Anwar Khan...budak pakistan..
Dan dapat tau..kalau nak makanan halal boleh kirim kat persatuan selalu..
Ada yang ulang alik Sydney boleh dapatkan fresh products yang halal tu...

Babah bawak kakak register skool,
School dier cantik..
Cumanya baru tau kami kena bayar lagi certain fee..
Since babah punya visa is 573, kami actually dah bayar 5K Aussie dollar..
Its huge money ( abih pecah segala tabung, derma kilat bagai dari family)..
Rasa tak berbaloi nak mai sini sedangkan everything kat sana percuma..
Sangat mencabar rasanya nak buat keputusan..
Tapi akhirnya kami amik risiko..bayar jugak dan bawak dier kat sini..
Tetiba tau pulak kena bayar lagi...
Huuhh sedihnya...

Jalan- jalan buat groceries lagi..
Dapat tau ada satu brand ayam halal kat sini..
Syukur..akhirnya dapat jugak rasa ayam...( macam kebulur sangat bunyik nya kann.. Hihihi)
Dan akhirnya someone citer kat babah Halal board Aussie actually ada keluarkan list..
Items apa yang halal kat sini ( tak semestinya ada simbol halal)..
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan...
Lega la jugak..

So, skrang mama cuba sebaik mungkin menikmati apa yang sedang dilalui..
Insya Allah hati makin tenang dan selesa di sini..
Harapnya kehidupan kami makin dipermudahkan setiap hari..
Till then..bye!


Fresh market jual ayam halal..yeaa!!


Orange Town, NSW...Kajang lagi happening kot...hihihi...

Our backyard..lupa pulak banyak biri- biri kat sini...( kalaulah boleh tangkap kan.. Heheheh)


Salam..
Berblogging dari Orange, New South Wales, Australia..
( lepas ni boleh bukak blog travelog perantauan lak...berangan jer la..satu blog pun tak leh update selalu..hihi)

Anyway, ni la sebab utama kenapa banyak sangat yang mama dan keluarga lakukan lately...cuti jadi surirumah sepenuh masa, sewakan umah, berhentikan kakak auni sekolah dan macam- macam la...
Alhamdulillah...niat nak bersama babah sepanjang masa dah termakbul..
Niat nak menjaga Muhammad sepenuhnya juga diperkenankanNya..
Cuma ia berlaku jauh dari bumi Malaysia...
Di bumi kangaroo ni..Australia atau lebih glamer Oz..

Alhamdulillah kami selamat sampai sini selasa lepas..
Setelah menempuh 8 jam perjalanan dari KL ke Sydney..
Tambah 1 jam lagi dari Sydney ke Orange
( sungguhla trauma perjalanan nak tukar flight dari Sydney ke Orange tu..insya Allah lain kali la citer..)
Akhirnya..officially mama fully housewife also lagi glamer.. home manager..
Babah insya Allah akan mengikuti pengajian di sini..
Kami akan ada banyak masa untuk dihabiskan di sini...
Walau dah 4 hari di sini..mama masih rindu sangat- sangat Malaysia ( mungkin amik masa lama lagi kot nak hilang homesick ni..)
Since mama ni bukanlah adventerous orangnya..
First day kat sini banyak merendam air mata jer..
Teringat mak n ibu mertua boleh menitis air mata..
Jalan- jalan town tengok orang layan kiter pun jadi sedih..
Nak beli groceries..amik cab..mak ampun mahal lal sungguh...hati jadi sayu..
Anak lapar..tak mampu nak telan apa yang mama masak.. ( maklumlah masak tak cukup rencah) pun buat rasa nak nangis..
Apatah lagi kat Orange ni barang basah memang tak de halal,
Rencah- rencah Asian sangat sikit..dari Indian jer..tapi sket sangat yang ada tanda halal..
Minuman macam Milo ke apa ke juga tak de tanda halal..
Apatah lagi Nugget..( sebab si Akif mengamuk nak makan nugget..rutin makanan dier. Manalah nak cari yang halal..)
Ada yang bagitau..kat Town Bathurst, 45 km dari sini..mungkin ada yang halal..
Tapi kalau amik cab..kuar 2km jer dah 50 Aussie Dollar..ni 45 km..bape pulak
agaknya...sungguh tak mampu..
Malaysian so far yang dierorg tau tak de..
Muslim community kat Uni ni ada 17 orang je..
Memang jauh sangat la kan tempat yang kami datang ni..
Huhuhu...
Rumah memang sunyi sangat- sangat..
Jiran ada satu jer..jauh..anak umur dah 18 tahun..( anak-anak tak de kawan)..
Jauh dari town..apatah lagi home community..
Dah biasa dok tepi PLUS highway..tetiba dok kampung ni..tiap- tiap malam mama rasa down...sunyi sangat- sangat..takut pun ada...
Kiranya..walau best macam mana dok overseas..memang doa mama tiap- tiap hari..cepatla masa berlalu..mama nak balik Malaysia..
Ok la..byk sgt komplen nampaknya...tak mo citer banyak dah..
Sila la layan .gambar- gambar yang sempat diamik setakat ni...
Till then, tata..


Tara..introducing another Unsung place call Orange, NSW..


Tempat babah menuntut ilmu...

Rumah tempat kami berlindung..
Anak- anak saya yang asyik bergaduh bertiga jer...