Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Salam...
Wahhh..tajuk ala-ala kaunselor perkahwinan....hihihi..
(Ok..ok kena start serius takut hilang feel..)

Insya Allah, kalau dizinkan Dia tahun ni kami akan sambut anniversary yg ke 10..
Pada mama, pompuan biasa dari latarbelakang keluarga sederhana,
Ni antara milestones besar dalam hidup..
Kenal sejak zaman matriks, kawen lepas abis study,
Skrang dah ada 3 permata hati,
Siap sorang 'di sana' lagi..
Alhamdulillah besarnya nikmat yang Dia bagi..
Tapi nasib saya tak seindah orang-orang di sekeliling,
Orang-orang penting yang saya sayangi..
Pelbagai dugaan ditempuhi sejak bergelar isteri..

Perempuan biasa seperti saya setelah dijabkabulkan biasanya kompas hidup berubah seratus peratus,
Segalanya untuk suami dan keluarga,
Apatah lagi kalau suami  kekasih pilihan sendiri..,
Bila menimang anak pertama,
Segala perancangan masa hadapan  tertumpu pada anak,
Yang terbaik untuknya dunia dan akhirat,
Saya tahu ada jugak perempuan di luar sana walau berstatus isteri masih liar,
Tapi normalnya, kebiasaannya memang sekeping hati perempuan ni,
Bila dah berstatus isteri dan ibu, segala apa yang dilakukan mesti berdasarkan dua tanggungjawab penting ni..
Kalau persekitarannya dikelilingi yang baik-baik,
Pasti dalam jiwanya nampak segala apa yang dilakukan untuk bekalan di sana..
Sehabis boleh, kudrat dan tenaga dilakukan yang terbaik untk suami dan anak-anak,
Tanggungjawab utama digalas sehabis baik...rumah di kemas agar selesa, makanan disediakan agar tak kelaparan, penampilan di jaga agar mata sentiasa sedap memandang..
Malah anak-anak juga sehabis boleh dirapi agar sentiasa berbau wangi..
Belum lagi pengorbanan lain isteri lakukan,
Membanting tenaga mencari rezeki untuk kehidupan yang lebih baik,
Mengikut suami walau di mana ceruk dunia,
Segalanya datang dari hati yang mahukan suami sentiasa bahagia..

Tapi..
Betulkan seorang lelaki kadang-kala tak begitu,
Baru bertatih dalam perkahwinan..anak-anak baru mengenal dunia..
Dah rasa bosan...rimas, tak betah berada di rumah..
Pening dengan kerenah anak-anak,
Hilang rasa menarik terhadap isteri..
Ada suami tak punya hati,
Bukan ingin membantu si isteri melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak,
Malah dijadikan alasan si isteri makin tak pandai melayan,
Tak terfikir seketika di benak..si isteri bukan saja penat dengan kerja-kerja di pejabat,
malah sudah habis kudrat melayan anak-anak..
Ada lelaki walau usia perkahwinan dah mencapai jubli perak,
Punya keluarga bahagia..menantu dan cucu,
Tiba-tiba punya rasa ingin menambah isteri,
Paling menyakitkan jiwa..alasan di beri kerana ingin merebut pahala..
.Bernikah dengan warga asing dan ingin membimbingnya ke syurga..
Padahal, tanggungjawab yang sedia ada masih belum sempurna..
Membimbing di sana dalam keadaan sentiasa berpura-pura..
Menambah pahala tapi dalam masa meninggalkan derita pada yang sudah lama berjasa..
Sungguh tak faham kan...

Atas semua ni la..
Buat jiwa makin tak mengerti..
Kenapa sekeping hati lelaki..
Tak punya rasa kesian pada si isteri..
Tak punya rasa cita dan harapan yang sama ingin membimbing keluarga ke arah yang diredhaiNya..
Tak punya rasa teruja bersama-sama isteri mencorak amanah kurniaan ilahi..
Tak punya rasa takut akan hakikat yang satu..
Hidup ini hanya sementara, segala yang dilakukan akan disoal di akhirat kelak..
Segala bukti Dia tunjukkan..
Kapal terbang paling canggih hilang sampai hari ni tak dapat di kesan..
Kemalangan atas kapal laut penumpang yang sepatutnya boleh diselamatkan  jika manusia mengikut peraturan..
Anak masih di dalam rahim ibu..sudah dipanggil pulang menemui pencipta..
Kenapa, kenapa dan kenapa..
Hanya keseronokkan dunia di cari (walau atas pelbagai alasan dan label....menambah pahala, sekadar ingin mengambil berat)
LaranganNya jangan menghampiri zina di langgar jua...
Kenapa kan...

Untuk dua anak lelaki..(mahupun si perempuan)
Andaikata blog ini di baca suatu hari nanti..
Mama nak Akif dan Elman faham..
Fahamilah hati seorang wanita bergelar isteri..
Moga apa yang dirasai isteri mampu jua Akif dan Elman rasai..
Kalau hari ni mama tak mahu Akif dan Elman menyakitkan sesiapa..
Mama harap sampai berpisah nyawa, Akif dan Elman jua tahu ia sesuatu yang tak wajar dilakukan...

Akhir kata..
Bila dah tulis berjela begini..
Baru terasa memang betul teori barat..
Men from Mars , Women from Venus..
Berbeza karakter, jiwa dan  hati..
Selagi tiada kesedaran dalam sekeping hati seorang lelaki bergelar suami..
Selagi itulah sentiasa menjadi misteri dan tanda tanya si isteri...

Okla..till then..
Byeeeee...





Salam....
Lately memang jarang sangat menyinggah kat sini... .
Nak tengok rumah kawan-kawan pun macam tak de mood sangat....
Angkara tuan badan yang rasa tak de pe sangat nak citer...
Pusing-pusing....kisah anak-anak, keje tak sudah- sudah, life yang biasa-biasa...
Sungguh la tak kreatif nya saya ni... .
(orang buat blog, kiter pun nak jugak...tapi tak reti meng update... .sungguh la hampess kan...)
Anyway, citer lain dari yang lain lately pun...kisah semalam mama dan babah onie ke sekolah....
Meluahkan kepada cikgu kelas bahawa anak saya tak sudah-sudah dibuli....
Dan nak masuk lima bulan sekolah...tak larat mama dan babah dengar citer si kakak auni...
Kejadian terkini....kawan sekelas bukak beg sekolah..amik purse si kakak...koyakkan gambar kakak dan mama dalam purse tu dan sebat duit belanja dia...
Adoi la panas hati dengar bab koyak gambar mama...( kalau setakat gambar kakak..tak kisah sangat kot....heheheh)
Sungguh la ganas nya anak-anak skrang...
Banyak berani yerr...
Patut la kalau sembang ngan cikgu-cikgu skrang (hidup dikelilingi cikgu....jiran keje cikgu, kakak keje cikgu)...memang depa kata stress...
Mengenangkan perangai budak-budak tak makan saman....Keras kepala... .
Dok membanding-bandingkan masa zaman kiter mula- mula sekolah dulu....macam tak pernah mintak duit orang...dengar citer kawan kena pow pun macam tak pernah...
Jauh sekali kisah...bukak beg sekolah, amik purse dan koyakkan gambar kawan dan mama nya....huuuhhhhh.....
Tabik spring kat cikgu-cikgu semua....
Kerjaya kalian la yang paling mencabar..... .
Moga dipermudahkan olehNya..dapat menabur bakti, mendidik anak-anak bangsa..... .
Ok la, habis sudah citer kakak...
Hidup lately pun dikelilingi mereka yang mempunyai masalah pelik-pelik....complicated...... .
Takut nak citer kat sini...(nanti jadi saham akhirat pulak)..
Yang jadi complicated sebab ia adalah kisah benar terjadi pada orang-orang rapat....
Dah dinasihat macam tak jalan jer....
Tu yang jadi lagi bosan rasanya lately....
Dunia..dunia...
Kalau semua orang ingat, hidup ni persinggahan jer....kat Sana kekal abadi....amalan kat sini semuanya untuk di sana nanti...
Mungkin lah...tak de sape nak buat bukan-bukan kan....mungkin lah..... .
Hmmmmmmm.........
Ok la, dah macam-macam lak entry ni...
Lain kali update lagi...bye!



Salam...
Tetiba terjumpa artikel pendek ni pagi ni...
Sukanya baca....nak share kat sini...

Wanita dunia ketika MEMASUKI SYURGA akan mampu MENGALAHKAN KEJELITAAN para bidadari syurga.... . Siapakah WANITA DUNIA ITU? Mereka adalah WANITA SOLEHAH...

Aishah r.a berkata :
" Wanita-wanita solehah akan berkata kepada bidadari syurga...
Kami MELAKUKAN SOLAT sedangkan kamu tidak...
Kami BERPUASA sedangkan kamu tidak....
Kami BERSEDEKAH sedangkan kamu tidak..
Kami WANITA SOLEHAH DI DUNIA mengalahkan bidadari syurga..."

Inilah yang menyebabkan bidadari pun cemburu..
Dunia adalah PERHIASAN dan sebaik-baik PERHIASAN ialah wanita solehah...
Di dunia lagi bidadari MENCEMBURUI KESOLEHANNYA...
Dan di akhirat bidadari SUDI MENJADI KHADAMNYA....

Moga kiter mampu beramal dengan nya..penguat motivasi untuk sentiasa memperbaiki diri.... . Insya Allah.. .


Salam...
Yea..we finally at the last day of 2011..
Tahun penuh dugaan..byk sangat-sangat cabaran..or bahasa mudahnya..tahun yang tak berapa best bagi mamaonie.. .

The first 6 months of 2011...agak menyeronokkan...
Officially jd mak long..dpt 2 anak saudara dari belah babah (eventhough belah mama dh 9!)
Kami sahabat baik bercuti ke Sabah bersama family..best..best..best..sungguh meriah ngan anak masing-masing..
Back to Sabah after 1 week return to KL!
Ikut babah back to school..holiday kat utara..penang, kedah, perlis...
The sweetest thing ever....confirm pregnant a day before my 30th birthday ..(syukur alhamdullillah)
The next 6 months..semuanya nampak kacau bilau...
Office kena pecah masuk...habis hilang digital kamera (Alloo..ofis gomen yer...yg siap ada pak guard, cctv ngan kena ada kad pekerja or fingerprint kalau nk accesss.... .Sakit kepala n hati biler tak de sape nk bertanggungjawab)
Find out collegue rupanya dok sebat duit projek all this while...(tension sbb byk lg nk buat tp budget tak cukup...tobat tak mo keje ngan dier lg..huhuhu)
First time masuk pertandingan..tak ingat kena slash ngan juri...mcm keje saya sia-sia je selama ni..(demoralized sungguh daa..)
Pi interview utk promotion tp tak dpt (pelik gak ngan mereka yg dpt..tp nk buat camne...rezeki kami belum tiba)
Plan nak berhijrah tapi tertangguh lagi...tak tau apa cerita, masih tak dapat berita dari sana...sungguh hati ini tak sabar nak mulakan kehidupan baru di tempa baru... .
Dugaan terhebat dari mu Ya Allah...anak dalam kandungan hanya dipinjamkan selama 6 bulan..kerdil sungguh rasa diri..lemah sgt emosi...masih belajar terima hakikat bahawa ini yang terbaik buat kami.. .

Sungguh tahun ni tahun ujian buat mamaonie.. .Terlalu banyak yang dingini tapi tak dapat.. Masih memujuk hati untuk positifkan diri...Allah punya perancangan yang lebih baik buat kami.. .Mungkin tahun ini usaha tak setekun mana, amalan tak sehebat mana... .Moga setiap peristiwa yang dilalui menjadi iktibar buat mama..panduan menempuh hari-hari mendatang... .

Mohon kedatangan 2012 membawa lebih banyak rahmat dan bahagia dariNya.. .Moga kami menjadi insan yang lebih hampir denganNya.. .Mohon agar segala urusan dipermudahkan oleh Nya.. .

Akhir kata..selamat tahun baru semua!

p/s: 1.1.2012 is my supposed-due date.. .how mama & babah wish to hold you tight in our arm Aisyah, but somehow we know you're smilling happily from jannah right now... .Miss u!