Salam..
Tajuk rojak hari ni..
Setelah lama tenggelam tiba- tiba muncul..
So, kalau kat sana siap banjir yang tak disangka kat Kuantan,
Kat sini kami ya Ampun kepanasan,
Sebab tak tahan,
Dok paksa si babah mencari kipas,
Suhu 30 degree dengan udara kering,
Aduhai peritnya...

Apa lagi kalau dah panas memang amik kesempatan outdoor aktiviti la kan.. .

Ni gambar beberapa minggu lepas,
Panas tapi masih nyaman..
Sebab tu kakak pakai fleece jumper lagi,
Sesuka hati buat padang universiti kami yang punya..
Angkut bebudak ni mengganas main layang- layang la kononnya...

Then,
Kami dapat visit dari pak ngah sekeluarga,
Setelah 9 bulan terpisah..
Ya Allah, tak leh gambarkan betapa sukanya jumpa mereka..
Tak banyak aktiviti dapat buat ( maklumlah ngan 6 budak kecik),
Sempat bawak tengok gua, piknik tepi tasik..
Selebihnya spend kat rumah jer..
Oo..pi Sydney pun sempat jugak..
Tapi tak enjoy sangat kot sebab terperangkap jammed, crowded punya la ramai manusia..
Huhuhu..
Mukhrim dan Elman pertama kali bertemu..

Kat sini pun baru mula cuti sekolah,
Maka mama dah ada pembantu sepenuh masa,
Alhamdulillah..penutup year 2,
Kakak menang award best academic excellant..
Syukur..something yang kami tak jangka,
Dier boleh survive kat sini then excellant lagi kalahkan bebudak Aussie,
Syukur sangat- sangat..
Tang ni paling best..
Kakak masuk paper kat sini untuk satu program sekolah,
Mama sepanjang hidup tak pernah merasa masuk paper,
Tetiba ada gambar dier menepek..
Kelaka la pulak tengoknya..
Walau citer tak de kaitan ngan dier..kami tetap bangga..hahhaha..

Anyway,
Mama sampai kat sini memang sangat obses ngan satu benda,
Pinggan mangkuk apatah lagi yang berjenama..
Correlle, pyrex, corningware, vision..
Mak aii murah sangat-sangat berbanding kat sana..
So, untuk sape- sape nak kirim beli...
Sila- sila boleh tinggalkan komen,
Insya Allah boleh diuruskan dengan shipping sekali..
Tetingin jugak nak bisness ni,
Jadi supplier dari sini,
Tapi masih tak tau nak cari contact kat mana...
So, untuk sape-sape nak borong banyak..sila- sila komen jugak yer..
Mana tau kiter boleh jadi partner..
Hihihihi...
Antara collection correle kat sini..price dalam RM 270 sampai RM 365 termasuk shipping dan courier..

Ok la..
Ni aje setakat ni,
Insya Allah nanti update lagi,
Till then..
Byeeeee


Salam..
Sepanjang petang dok membebel kat sini..
Tetiba tak leh save la pulak!!
Dah tak de perkataan boleh diluah...
Geram, menyampah, benci cukup lengkap..
Apa la malangnya nasib kan..
Dah la nk update punya susah..
Biler idea mencurah- curah, macam- macam dugaan muncul..
Sabar aje la bebanyak kan..
Huhuhu..

Anyway, kami sedang menikmati Summer yang huru hara..
Sekejap panas sampai 22 degree..
Bahang matahari punya la terik sebab intensity nya tinggi, humidity tak setinggi tempat kiter..
Tapi kekadang macam minggu ni suhu drop semula bawah 10 degree..
So, berlapis- lapis la baju kami lagi..
Ni semua buat rindu sangat- sangat kat Malaysia tanah air tercinta..

Anyway, kat sana dah mula cuti sekolah kan..
Tengok fb semalam, baru perasan result UPSR dah keluar..
Seronok tengok mak ayah express rasa gembira kat fb..
Happy anak- anak dapat straight A..
Kalau tengok semua tu, teringat kiter pun pernah melalui moment tu kan..
Suka- suka sangat..
Bilerr setiap kali exam dapat straight A..
Happy dapat gembirakan mak abah..
Happy rasa berbaloi konon- konon pulun study..
Happy dapat kalahkan sepupu sepapat dan tak lupa juga anak- anak jiran..
Hihihi ( jahat sungguh reason happy tu..macam bagus sangat jer)
Tapi biler dah jadi mak orang ni..
Baru perasan lebih rasa takut nak hadapi semua tu..
Terjumpa pulak satu post kat fb yang cerita suasana amik result semalam..
Mak ayah masam muka kat anak sebab tak dapat straight A..
Budak- budak menangis sebab resultnya 4A..
Serius dah sampai tahap macam ni?
Hebatnya persaingan sekarang kan..
Frankly said..memang tak kisah anak- anak nanti berapa A pun..
Personal opinion..tak rasa result exam sekolah nanti akan tentukan solid future life..
Apa yang penting dierorang usaha..
Dan bila dah ada pengalaman menyekolahkan anak kat sini..
Memang lagi rasa tak penting pun deretan A yang dapat..
Lagi puas dan seronok biler balik sekolah anak bercerita apa yang depa belajar tadi..
By the way, mama percaya setiap orang punya situasi tersendiri..
Tak berniat nak membandingkan sistem sekolah dulu dan sekarang, sistem sekolah dua negara..
Tak relevan langsung pun nak buat gitu..
Cuma seronok nak berkongsi macam mana approach sistem kat sini dalam persekolahan kanak- kanak..
Mungkin...mama ada masalah selektif memori..
Mungkin juga waktu kakak sekolah kat sana mama tengah pening mengandungkan Elman..
Tapi apa yang mama hanya ingat betapa sepanjang sekolah kat sana..
Suasana kalutnya pagi- pagi nak hantar dier..
Kat pagar cikgu sambut dengan kata- kata "cepat, cepat loceng nak bunyi"..
Salam tak de, senyum pun kadang- kadang..
Sepanjang sekolah kami, ibu bapa tak terlibat sangat ngan aktiviti..
Siap surat untuk hari sukan ada kata- kata 'murid- murid yang tidak terlibat, tidak perlu hadir' ( waktu tu punya la suka sebab malasnya nak mengorbankan hari cuti)..
Homeworks dia tak banyak, dan dier pun tak reti sangat nak citer apa belajar kat sekolah..
Sepanjang tahun boleh dikatakan kena buli..
Duit belanja kawan amikla, kawan cakap jangan sape- sape kawan dengan kakak la, kasut sekolah kena sorok, balik rumah kaki ayam..mama jumpa ustazah ( sebab sek petang), dier cakap..biasa la tu puan...tak leh komen biasa dengar respon gitu..
Kesimpulannya..rezeki kakak masa kat sana..pengalaman yang dia lalui agak memilukan...

Sampai sini..memang mama nervous sangat- sangat..
Pulun ajar simple sentence sebab english dier tak bagus sangat..
And it turn out, she is super happy schooling here..
Alhamdulillah..
Exam memang tak de ( hanya year 3 and 5)..
Homework at least 3 pieces a week,
Homework masa school holiday optional..buat dapat gift ( last term dier dapat pencil case)
Tak buat its ok sebab revision untuk term tu aje..
Every early term dapat personalised letter dari class teacher..
Briefing theme untuk term tu, activity akan buat, event yang parent boleh join..
End of term pun sama...cerita progress secara overall anak- anak kami..
Part paling suka..encouraging efforts from school untuk parents involved dalam aktiviti sekolah..
Either officially or not, we are most welcome to join..
Every once in fortnight ada jer invitation letter..
Naidoc Week ( aboriginals activity, aktiviti untuk orang asli Australia), Junior Athhlette Carnival, Remembrance Day, Book Week, Culture Day and the list go on and on..
Macam Junior Athlette Carnival tu sukan untuk kindy class sampai year 3 ( school dier dari infant class, under age 3 sampai year 6)
Open event ikut age..
Kiranya acara lumba lari semua students boleh masuk, berapa kali nak lari..
Hadiah sticker warna- warni and at the end of the day dapat ice block untuk semua ( ice cream actually)
Fun..its really fun..
Teachers obviously passion..
Kenal semua students..
Balik sekolah, majoriti teachers ada kat halaman sekolah..
Willing to have a chat with parents..
Even si Akif yang start sekolah tahun depan..
Orientation sejam seminggu dah bermula...
Its not an usual orientation..
Sebab mama ditunjuk progress dier sepanjang orientation tu..
Every simple things..colouring, cara dier eja nama, social skill dier, dinilai..
As a preparation untuk teachers kenal future students..
We re quite impressive..
For us..it show how serious the teachers want to know their future students..
Akif officially start kinder class in end of january 2014 ( school holiday kat sini start a week before christmas)..
Tapi preparation dari sekolah dah lama mula..
Since kakak dapat personal aid untuk language ( tutor one by one), alhamdulillah adiknya pun sama..
Bersyukur sangat- sangat..
Social life kakak pun ok..
Ramai kawan, depa pun suka datang sembang ngan mama biler balik sekolah ( rasanya sebab character Aussie kids or even western kids yang very brave ngan confidence nak sembang ngan adults)
Setakat ni tak pernah kakak balik menangis kena buli..
So basically, sebab apa lagi yang mama cakap tak kisah sangat berapa A yang kakak score dalam exam..
Sebab rasa kepuasan yang tak terluah biler kakak membebel balik sekolah..
Cerita pasal cara- cara nak planted beansprout, balik bawak pancake dengan resepi nya, cerita pasal world war dan kenapa kiter kena hargai veteran perang, dan paling tak boleh lupa biler dier berdebat ngan babahnya pasal sustainablity ( kebetulan babahnya tengah buat master in sustainable agric)..
So, pada kami..dier dah paham apa yang dier belajar, dan dier boleh kongsi ilmu tu...
It is trully priceless moments buat saya seorang ibu...

Alhamdulillah, anak- anak kami ada pengalaman sekolah kat sini..
Tapi memang tak tipu rasa risau tu sentiasa ada..
Bila pikir dierorg akan kembali ke sistem competition sekolah kiter..
( bukan setakat dierorang..competition antara mak ayah yang lagi hebat sebenarnya)..
Konfiden dierorang boleh adapt..harapnya dierorang kuat macam kat sini..
The only malaysian kat school ( in fact kat whole Orange, kami jer melayu Malaysia)..
Eksotik tapi kuat hadapi cabaran..
Doa kami moga segala dipermudahkan..
Dan apa yang paling penting, pengalaman dierorang kat sini..
Dapat tolong dierorang dalam kehidupan kemudian- kemudian nanti..

Okla..ni la jadinya biler lama tak update..
Dah macam novel entri ni..
So, before nak say goodbye..
Sebab ni citer pasal sekolah..
Nak share gambar sekolah depa kat sini..
Insya Allah nanti jumpa lagi..
Till then..byeeeeee...
Selamat berhujung minggu dan bercuti panjang semua!!

Kakak hujung sekali waktu Junior Athlette Carnival Day ( Miss Chambers, class teacher kakak jaga garisan permulaan. Beautiful and very nice lady)

Posing lepas besukan..

With dearest classmates..dah macam Abo kids nampaknya dier..

Akif (Jimmy) masa kinder orientation

Bowen Public School..sket- sket gambar compound sekolah..ada 3 playground kat sekolah tu..asing ikut tahap umur..( lupa nak citer ada 4 sekolah dalam longkungan 5 km radius dari sekolah ni..betapa sekolah jadi main concernat sini. Class kakak hanya ada 13 orang jer..compared sekolah lama 45 orang..huhuhu


Salam..
Nak mula citer ngan hari ni kami 2 kali melayan movie The Impossible ( Naomi Watts, Ewan McGregor)
Citer sebenar tentang tsunami 2004 di Phuket ( filem ni baru lagi..2012)..
SubhanAllah..Masya Allah...hebatnya kuasa tuhan..
Sangat- sangat meninggalkan kesan ( air mata berjurai- jurai..mungkin jugak sebab memang cewek..huhuhu)..
Kalau berkesempatan tengokla..highly recommended..
Anyway, ni bukan satu privilege yer..
Jauh sekali routine untuk stay-at-home mom..
(Menonton movie siap dua kali! Yang kali kedua tu sebenarnya dah 2/3 dah pun citernya)
Hari ni hari magik!
Ataupun sebenarnya hari malas , nak bergolek- golek...
Yang mama rasa kadang- kadang semua orang alami jugak kan...
Malas...penat..letih...nak manja- manjakan diri..
Tak kira la SAHM ataupun working mom!
Satu perkara yang mama sangat suka duduk negara maju ni..
Satu value life yang orang- orang normal kat sini sangat hargai..
Never judge peoples based on their difference..
Never prejudice on their skin colour, belief, race or even jobs!
Atau bahasa kita..
Jangan beza- bezakan orang berdasarkan warna kulit ke, pegangan ke jauh sekali pekerjaan!
So..biler baru- baru ni ada orang bagitau mama..
Dah jadi SAHM kan hidup makin senang..
Boleh tido bila- bila masa..boleh duduk- duduk layan ipad sambil main fb ke main game ke..
Hohohohoho..
Serius??
Sesungguhnya, personally..mama rasa life skrang yang makin lintang pukang..
Dengan 3 anak yang baru nak kenal dunianya, ragam macam- macam, rumah walaupun kecik dari rumah dulu but still rumah kan..so kena la kemas, sapu habuk, vacuum tiap- tiap hari sebab satu rumah carpet dan si kecik yang merangkak ni jenis mengutip masuk mulut..
Kain baju lagi, kekadang kena antar dan amik kakak sekolah...
Kekadang lari pi Woolies buat groceries..
Ngan siang dan malam yang tak sama panjang..
Banyaknya masa nak tido suka- suka, duduk main ipad tengok fb!
Panasnya hati!!
And seriously working mom tak pernah duduk- duduk, rehat sekjap main ipad??
Tak pernah curi- curi tido kat opis??
Seingat mama..life macam ni dulu lagi mudah sebab ada 9 jam yang totally free dari anak- anak..
Masa rehat dari melayan ragam si kecik....
Amik dah petang, bila bawa balik umah..kekadang depa dah mandi..
Tinggal bagi makan bawak tido jer..
Hujung minggu panggil maid sementara datang kemas umah..
Kekadang selalu jugak mengadu dengan en suami..
Biler dah sepenuh jiwa raga SAHM ni..
Pelik life dulu- dulu macam mana....
Tak sangka abis keje sambung keje kat rumah dulu..
Kira larat betulkan..kuat juga kudrat...
Sebab skrang, selalu malam- malam melepek dah flat tak de tenaga...
Apa- apa pun...topik perbandingan SAHM ngan working mom ni memang boring kan..
Dah lapuk..banyak kali baca, dengar depa dok banding..
Pada mama..bottomline everything hidup ni pilihan kiter..
Kiter yang tentukan dan jalani..
Pernah baca SAHM yang dok upah orang buat serba serbi kat umah ( mesti REAL wives Beverly Hills ni)..
Tau jugak working mom yang memang supermom balik keje memang setel serba sendiri..
Semua orang ada reason sendiri..
Dan tak semestinya yang dok umah tak tau apa- apa..tak belajar tinggi..
Study sampai setel doctorate tapi pilih nak dok umah pun ramai sangat yang mama jumpa..
Don't be prejudice..
Doesn't need to judge..
Situasi masing- masing tak sama...
Tak yah nak perli- perli..
Tak yah nak feel power ngan status sendiri..
Its look foolish actually!
( fuhhh bagusnya kalau boleh berdebat camni hari tu...)
( the reason of my life today..saham akhirat insya Allah)

Cukup cakap pasal tu..
Nak cerita pasal benda baru yang belajar kat sini..
Citer pasal panas lain pulak..
Anyway antara benda yang buat excited nak dok oversea dulu..
Adalah sebab nak rasa hidup kat negara 4 musim..
Mula-mula sampai musim autumn..cantik sangat SubhanAllah..
Lepas tu winter..mungkin tak sesejuk orang lain yang dok benua Eropah ke, US ke..tapi sebab saya ni orang kampung memang tak tahan..
Alhamdulillah sempat rasa snow 2 hari..tak banyak tak tebal..nak amik gambar pun tak nampak..
Sekarang musim Spring dan dah rasa kekadang bahang summer..musim panas..
Cuaca kat Orange ni dah dalam 3-22 degree..
Pemandangan sekeliling..subhanAllah memang cantik macam lukisan...
Bunga kaler- kaler..
Dalam masa yang sama...ada hari- hari yang angin pun laju ( bayangkan wind speed 80-100 km/ h.. macam dok tepi laut rumah ni)
Apa yang kami baru tau..
Biler keadaan gitu..angin laju, udara panas, kelembapan rendah..maka macam- macam health hazard warning ada..
Pollen hazard..sebab angin laju ngan udara kering..debunga sangat teruk..
Anak- beranak batuk..kami suami isteri dan si elman lelah...
Sesak dada duduk luar rumah..
Tapi paling menakutkan yang mengancam nyawa..bushfire hazard..
Warning kebakaran hutan..
Sepanjang sebulan ni..dah dua kali bushfire..
200 rumah dah musnah..
The latest..kat Lithgow..our neighbouring region..
Udara kat sini pun macam jerebu..bau asap..
Surprisingly they said..this is only a starter..
We're not even in the bushfire season..
Wuu..takut kan dengar..
Tak pernah tau situasi macam ni..
Baru faham kenapa kat tepi jalan banyak sangat signboard warning bushfire..
Macam signboard speed limit..
So, everyone boleh bersedia..
Macam hari ni maksimum warning..
So, memang tak boleh membakar apa- apa kat luar rumah..
Kesian tengok kat tv situasinya macam mana..
Seetakat ni memang baru sorang mati..( dah 4 hari bushfire kat Lithgow)
Warning system dierorang sangat berkesan..
Tapi tengok rumah musnah, binatang ternakan hangus, ladang selesai..
Meruntun jiwa jugak la..
Kesian sangat..
Takut la nak dibayangkan kalau terperangkap keadaan tu ngan anak- anak..
Nauzubillah!
Moga kami dalam lindunganNya selalu...


Okla..mata dah ngantuk...
Hilang dah keluh kesah..
Penat dah membebel..
Kat bawah ni nak tepek gambar- gambar yang kami amik sepanjang spring ni..
Totally breathtaking ( kamera pun tak leh nak capture sebenarnya)
Banyak lagi gambar..tapi slow- slow la yer..
Insya Allah nanti jumpa lagi yer..
Byeeeee......






Salam...
Tenggelam timbul blog ni kan...
Harap- harap malam ni berjaya la jua mencoretkan sesuatu di sini..
Niat nak update sokmo blog ni..
Apakan daya..si tuan rumah masih terkedek- kedek membiasakan diri dengan 'kerjaya baru'..
Hidup di tempat orang, banyak aje pengalaman baru..
Selalu ada cerita..
Cuma tak tau kenapa rasa 24 jam yang diberi selalu tak cukup...
Fuhhhh..harapnya selepas ini lebih bersemangat nak berceloteh kat sini...

Waaaa...panjang betul mukadimah..
Alhamdulillah..dah nak 6 bulan kami kat sini..
Segalanya bertambah baik..
Rumah makin lengkap, anak- anak makin betah ngan suasana baru..
Si Akif insya Allah dah nak sekolah..
Si Kakak Sofia..Alhamdulillah..setiap term menang award respectful learners untuk year 2..
Berkat sekolah kat malaysia ( tekanan sepanjang tahun?! Hihihi)
Ataupun Aussie kids yang memang rileks sentiasa ( laid back..typical lifestyle of westerners!)
Buktinya..setakat ni dalam kelas hanya dier saja yang tau membaca...
School is fun place, so basically no pressure for the kids to become super genius... .Hmm..we're kind of agreed with this...
And...our rainbow baby, Elman turned one today! Alhamdulillah..
Makin keleteh, makin banyak ragam..
Paling penting makin sihat sejak dok sini...
Our HoneyBear celebrating his first birthday today!

Babah makin busy..
Lecture, assignment, labwork, fieldwork..
Sebelum pukul 9 pagi keluar rumah..
Lepas maghrib dalam kul 8 malam baru sampai rumah...
Student life..what else to expect..

And me..tuan rumah..
Still ups and downs..
Obviously I'm not an adventureous person..
Tak lasak sangat..
Enam bulan kat sini..
Sangat- sangat lama rasanya..
Sangat kagum ngan diri sendiri..
Bangun pagi kadang- kadang rasa happy..
Bersemangat nak lalui hari baru..
Kadang- kadang rasa down sangat..
Tak mau bangun..bosan..
Nak menjerit rasanya..
Nak berada di tempat yang familiar..
Di kalangan rakan- rakan, kaum keluarga..
Layan fb pun kekadang rasa down..
Jeles tengok apa yang jadi kat sana..
Banyak sangat peristiwa yang kami ketinggalan..
Kelahiran dua anak saudara baru..
Sahabat dunia akhirat ( insya Allah) pun sama ( saya antara orang terawal yang tau dier pregnant..boleh rasa down biler pikir masih tak sempat jumpa baby)
Kenduri kawin sepupu sepapat, kawan opis...
Majlis tunang..
Belum lagi fikir hari raya..
Huhuhuhu..

Mungkin Dia tau yang hati ni tak tenang..
Slowly..mama kat sini enjoy melayan tv..
Setiap hari ada jer program kesukaan..
Termasukla satu talk show yang memang sentiasa dinanti- nanti..
Program ni memang famous kat US..
Mungkin juga di Malaysia..
Definately ni bukan rancangan ceramah agama..
( lamanya tak dengar..tak tengok.. .nak layan youtube.. data internet terhad. Student maa...seminimum mungkin belanja kami).
Dr Phil..mungkin ramai dah tengok kan..
Talk show yang bincang macam- macam masalah harian..
Kisah benar, individu sebenar...
Dari yang biasa- biasa macam cara nak displinkan anak-anak, hubungan dengan mertua, drugs..
Sampaikan yang pelik- pelik...confession of killer, sex abuse, medium man ( bomoh bahasa kita) yang interact dengan roh dan sampaikan mesej kat audiens, penderaan anak yang tak terpikir dek akal ( kurung dalam bilik kalau nakal berhari- hari tak bagi makan..sampai budak tu makan perabot dalam bilik tu sebab lapar sangat!)..
SubhanAllah...
Masa mula- mula tengok..mam pikir.rosaknya akhlak depa..
Tapi masih berpikiran terbuka nak kongsi masalah untuk cari penyelesaian..
Makin hari tengok..makin membuka minda mama..
Sesungguhnya..berbanding dieorang..hidup mama jauh lagi baik!
There is nothing more i could ask for..
Ini yang diimpikan sejak dulu..
Nak sentiasa bersama..sebelum tido ada kat sebelah, bangun tido masih kat situ...
Anak- anak tak mencari biler babah kerja jauh..
Memang ini yang Allah makbulkan..
Walau jauh beribu batu dari keluarga..
Ekslusif untuk kami jer..
Walau hidup skrang fokus anak- anak jer..
Tak de kawan, tak de keluarga ( orang melayu pun tak de!)..
Tak de gossip- gossip sambil lunch, tak de shopping- shopping puaskan nafsu..
Yang penting 3 permata hati ada!
Tak boleh bayangkan ( macam dalam program tu) seksanya jiwa seorang ibu biler tau anak kena bunuh dan si pembunuh tak nak bagitau mayatnya di mana!
Walau kekadang rindu nak makan macam- macam..
Nasik kerabu, tempe..segala bahan yang susah nak jumpa kat Orange..
Tapi setidaknya dapur sentiasa berasap..
Anak- anak alhamdulillah kenyang setiap malam..
Makin hari kami pun makin terrer baca ingredient kat label packaging..
Sebab nak cari tanda halal memang sikit sangat!
Walaupun setiap kali tengok bil rasa sakit hati..
Risau budget untuk benda lain kena tarik..
Tapi setidak-tidaknya kami masih dok rumah yang selesa..
Masih ada air panas untuk mandi biler sejuk..
Bukan duduk dalam tunnel sama dengan tikus bertahun- tahun! ( siap ada design dapur, living room, master bedroom lagi..adoiii horrornya)
Sikit sebanyak program tu changing point untuk mama..
Untuk lebih tenang kat sini..
Memikirnya kelebihan..counting the bless..
Bersyukur!
Bukan fokus kepada kekurangan..apa yang kami tak de..
Harapnya semua ni jadi motivasi untuk diri sendiri..
Penguat semangat biler rasa down..
Penenang jiwa yang Allah bagi..
Bersyukur dengan apa yang ada..
Lalui segalanya dengan jiwa yang positif..
Insya Allah segalanya pasti akan mudah kan..

Okla..panjang sangat dah ni..
Time to go..
Terlepas sudah keluh kesah..
Harapnya betul- betul membawa ketenangan yang dicari..
Insya Allah nanti cerita lain pulak..
Till we meet again..byeeee....
Canola farm..subhanAllah..cantik kan!

Our must have picture family potrait!


Salam...
Punya la lemau mood nak mengupdate blog ni...
Padahal banyak je citer- citer best yang happen last few weeks..
Malam ni pun rasa tak mo citer banyak..
Macam nak share gambar- gambar jer dan biarkan ianya berceloteh...
Okla kalau gitu..apa lagi...
Enjoy the pictures!



Kat atas ni kompilasi gambar open house kamii...
Tetamunya kawan- kawan pakistan yang macam biasa speaking urdhu sesame dieorang ( tak leh buat apa dah)..
Malam pulak kawan- kawan vietnam..
Alhamdulillah makanan semua kami masak ' from the strach'..
(Macam tak percaya...Rasa ada bakat terpendam nak bukak bisnes catering lepas ni..)
Hahahahahha

Okla...next story..
The most interesting among all..
Ni gambar- gambar masa Dress up day, Book Week skool kakak..
Actually the whole Orange, skool kat sini celebrating the Dress up day..
Kids and teachers need to dress up looks like the favourite book character...
So colourful..
Siap teacher ada yang dressing Neytiri Avatar lagi..( daring you...tak sesuai kat Mesia)
Principal pulak dress up like a Snow White..alahai sportingnya kan..
Then the have a parade on that day..
So much fun..
Kakak kami pilihkan baju chef..
And its turn up, coincidentally...without planning her bff Jorden pun sama..
Boleh pulak, in the whole school depa jer pakai baju chef..
Macam- macam kan...

Anyway, before say goodbye..
Nak share kompilasi gambar terkini..
Last weekend kami lepak sekejap kat Summer Creek..
Since its officially spring in Aussie..
The weather is so pleasant..
Siang around 16 degree..malam dalam 5,7 degree..
Seronok..
And the scenary around Orange is .trully breathtaking..
Spectacular..
Colourful flower trees everywhere..
Hopefully mama boleh amik dan share banyak lagi gambar Spring kat sini..
Till then..enjoy the pictures..
Byeee.....


Salam..
Tu dia...mai dah pemblog tegar nak menulis..
Hehehhe..
Last entry sebulan lepas..
Baru ni muncul nak mengupdate semula..
Aduih la..
Camne nk up kan blog ni..
Kalau blogger nya malas tahap gaban...
Huhuhuhu...

Ok..panjang sudah mukadimah..
Memandangkan kemeriahan aidilfitri masih terasa..
Orang kat sini semestinya nak citer pasal raya jugak kan...
Anyway sebelum tu nak citer pasal puasa dahulu..
Ramadhan kami di bumi Orange..
Alhamdulillah..berjaya ditempuhi..
Ramadhan pertama tanpa pasar ramadhan..
Tanpa ayam percik, murtabak, air soya dan segala mak nenek makanan femes kat pasar ramadhan ( kalau nak buat boleh jer kan..)
Mula- mula cam feeling syahdu jugak la kan..
Tapi towards end of ramadhan..kami rasa tak de pe dah..
Lagipun..banyak betul jimat ngan melalui ramadhan macam tu..
Makanan tak membazir ( sebab makanan pun tak banyak! Hahahah)
Alhamdulillah, anak dara pun berpuasa dengan cemerlang..
Quite impressive sebab obviously dier determine nak puasa sorang- sorang kat skool...
Si hero pun dapat la 20 hari berpuasa penuh..
Sebab winter, suhu sejuk...puasa pun dalam 10 jam..
Memang mama bet sape- sape sebaya akif yang umur 5 tahun boleh puasa jugak..
Easy peasy kata dier!

Part yang tak syoknya biler nak raya..
Dierorg tak sepakat nak raya biler..
Kekonon nak tengok keputusan anak bulan...
Tapi biler tak nampak..2/3 masjid kat Sydney umum jugak raya Khamis..
Kat Orange yang majoriti Pakistanis..tak nak terima keputusan tu..
Konfuse kami..
Siap solat tarawikh lagi malam tu...macam- macam..
Tanya kawan di Perth, memula dier cakap tak raya jugak..
Tak sampai setengah jam..dier cakap raya pulak sebab Perth dekat Indonesia..so Indonesia raya Khamis..
Alahai pening..pening..
Kami bangun sahur..then surf internet tengok macam mana..
And it happen terjumpa fanpage student malaysia kat Sydney yang announce esok raya..
Hooray..kami Malaysian so, raya la jawabnya!
Kiranya khamis tu..kami jer kat Orange yang raya..
Tak ke pening??
Babah siap jumpa kawan dier kat kuliah..biler tau kawan tu still puasa..maka tak sampai hati nak bagitau kami dah raya..
Aduhai.....
Kiranya babah solat raya di pagi raya kedua..
Jam 7 pagi sebab lepas tu masing- masing sibuk masuk opis..
Raya kami memang syadis..
Dok umah jer sepanjang hari..baju raya yang bawak pun tak de mood nak pakai..
Babah kelas sampai petang, kakak skool macam biasa..
Cumanya sebab MIL dah post nasik impit ngan tauhu kering..
Masakla jugak hidangan wajib raya babah..
Kuah lodeh ngan ayam masak merah..
Adala kot rasa sket raya..
Pe- pe pun tu rezeki kami sambut raya tahun ni..
Ahamdulillah..
Sedih sebab setelah 32 tahun hidup, ni raya paling sunyi..
Jauh dari famili dan kawan- kawan..
Tapi dalam masa yang sama..
Tau..ramai lagi yang lebih malang dari kami..
Apa yang kami lalui dah cukup mewah sebenarnya..
Dan insya Allah..
sabtu ni kami akan adakan open house..fasa pertama untuk kawan- kawan pakistan..
Nak say thank you sebab sudi invite datang umah dulu- dulu..
Dalam masa yang sama nak paksa depa makan makanan malaysia kiter..
Hahahahahha....
( apa punya niat daa)..
Insya Allah kalau berkesempatan nanti mama upload citer dan gambar yer..

Anyway, selain citer pasal raya..
Hari ni actually mama lalui satu pengalaman best..
Dapat jadi invited speaker kat skool kakak..
Theme untuk term ni adalah culture..
So, depa nak belajar pasal culture Malaysian!
Its so funny..its so interesting..
I know i have doing good ( self acclaim nampak!) but Obviously I Can do better!
Sakat kakak..mama tak puas..rasa nak mai lagi esok untuk bercakap..
Menjerit- jerit si anak dara tak bagi..
Takut dier malu sebab cikgu dah tak ajak..
Hahahahhahahah...
The kids are totally bubbly, cheeky and definately lovely...
Hmmmm...macam boleh tukar profession jer kan...Hihihiih
Berangan- anagan....ngan 3 budak kecik pun menjerit..
Ni nak mengadap berbelas- belas budak kecik..huuuuhhhhh...
Hopefully..hopefully... ( finger crossed) mama akan dapat invitation lagi..
Suka sangat rupanya buat kerja macam ni..
Hahahahahahah...

Ok la..berjela- jela dah entry ni..
Lepas sudah rindu dendam..
Insya Allah nanti jumpa lagi..
Till then.....byeeeeeeeeeee

" Selamat Hari Raya..Mohon Maaf Zahir Batin Dari Kami Di Orange, New South Wales"


Salam...
Weee...bersiaran di rumah baru..
Sangat la excited nya nak update sejak 2,3 hari lepas..
Alhamdulillah malam ni berjaya jua dilaksanakan..
So, its countdown towards Ramadhan kan..
Insya Allah lagi 2 hari kiter bertemu bulan penuh rahmat ni..
Pertama kali berpuasa di perantauan..
Perasaan saya adalah jeles kepada semua yang berada di Malaysia..
Hihihihihihi..
Jeles biler teringat betapa meriahnya berpuasa di tanah air tercinta..
Keseronokannya dirasa sebelum puasa lagi...
Majlis makan- makan sebelum puasa kat opis..
Yang kekadang 2,3 round sebab lain- lain version..
( majlis peringkat jabatan, majlis peringkat blok, majlis sesame kawan baik pun ada...)
Kenduri sambut puasa kat umah mak la, mak mertua la, nenek kat kampung la..
Aduhaiii...jelesnya saya...
Belum cerita lagi biler bulan puasa kan..
Pasar ramadahan, majlis berbuka puasa, riuh rendah bangun masak sahur, solat tarawikh..
Tak lupa juga shopping raya!..
Heiiiiiiii rasa macam nak terbang balik Malaysia sekarang jugak jer!

Anyway, cakap pasal majlis sambut raya..
Kat sini kami dapat jugak jemputan dari muslim commitee..
The real gathering..
And its happen the worse for us...
Macam biasa committe tu majoriti Indian..
Dari India, Pakistan dan juga Bangladesh..
Most of the time..dalam 4 jam depa cakap urdhu..
Bagi ceramah agama pun..hujung- hujung tu cakap urdhu..
Part paling tak bestnya..
Ni majlis pot luck..
So, en suami sangat excited goreng macaroni..
Tengok- tengok kat atas meja tu...macaroni kami jer yang tak disentuh..
Kebanyakkan makanan lain adalah Indian Cuisine ( roti, kurma, yogurt, kari) setel..
Hmmmmm...tak reti nak citer perasaan tu..
Memang tak best langsung!
Part best malam tu hanya la..
Dapat kawan baru...Yasmin, she is African..tapi saling tak tumpah macam Melayu ( kulit sawo matang macam kiter)
Dier pun cakap benda sama..
"Its happen, muslim here mostly comes from Indian and they are not really mingle with others muslims.."
Well said Yasmin....nothing to explain..
Sangat la tak teringin nak pi majlis iftar nanti ( jahatkan saya)..
Tengokla macam mana kan..
Anyway, least than 24 hours kiterorang dapat lagi satu jemputan gathering..
Tea at Andrew's House ( Chinese Malaysian yang dah dok sini 20 tahun lebih. This is 3rd time we come to their house)..
They are Aussies, Nepalese and Malaysians at the gathering..
And its really fun..
Sangat la susahnya nak say goodbye..
They make an effort to bring halal foods ( it potluck again)..
We eat, talk, laugh throughout the gathering...
Sangat- sangat seronok..
Sangat- sangat berharap Andrew will invite us to come to this kind of gathering again..
Kelaka kan..dua perasaan yang berbeza pada dua majlis gathering yang tujuannya berbeza..
Entahla..mungkin ini dugaan yang kami kena rasa..
Sangat tak nak fikir pasal gathering yang berkaitan muslim committee buat masa ini..
Sebab ia sangat mengecewakan...
Mungkin rezeki kami lebih baik lain kali..
Insya Allah..
Anyway, biler cakap pasal Ramadhan jugak..
Malam tadi cakap kat en suami..
Baru perasan ini Ramadhan pertama kami yang akan dilalui sepenuhnya 30 hari bersama...
Setelah hampir 9 tahun kawin..
First Ramadhan lepas kawin mama dalam pantang melahirkan Auni..
Maka sepanjang Ramadahan berada di kampung...
Ramadhan tahun seterusnya kami dah jadi weekend couple..
Hujung minggu atau dah nak dekat raya baru puasa bersama..
Ya Allah akhirnya kan.. ( walaupun jauh di bumi Oz ni)..
Harap- harap keberkatannya berlipat ganda buat kami..
Sukanya mama!
(Baru rasa ada point positif nak berpuasa kat sini..)

Okla..kat bawah ni pun nak tepek gambar piknik terbaru kami..
Since sekarang school holiday..
Amik peluang bawak kakak jalan- jalan pusing Orange..
En matahari pun bermurah hati bersinar 2,3 hari ni..
Apalagi..kami pun amik kesempatan la hirup udara luar..
Mood pun lebih ceria sebab hari cerah..
Sukanyaa..
So, kami pi piknik kat Lake Canabolas..
Wow...its really beautiful place..
Absolutely become our favourite spot..
Nanti kemudian mama cerita pasal tempat ni yer..
Okla nak say goodbye..
Till then...
Enjoy the picture and byeeeeeee...







Salam...
(Ketandusan idea nak bagi title apa..
So..mari merepek- repek dulu yer..)

Alhamdulillah..
Menempuh lagi satu hari penuh barakah..
Jumaat Penghulu Segala Hari..
Hari yang paling dinanti- nanti waktu kerja dulu..
Sebab sangat teruja nak tunggu hujung minggu..
Suka sangat sebab macam- macam plan dah dirancang untuk hujung minggu..
Hari ni pun mama rasa seronok lebih dari biasa..
Sebab ini jumaat terakhir second term school kat sini..
Kakak cuti 2 minggu mulai esok..
Yeehaaaa!
Walaupun sebenarnya tak de beza sangat kakak skool ke tidak..
( maklumlah mama tak keje kat sini.. .tak kalut sangat uruskan kakak)
Tapi pada mama macam saya..
Anak cuti sekolah memang sesuatu yang ditunggu- tunggu..
Konon- konon nak bawak anak pi zoo..
Tengok binatang kat sini..
Dengar citer..zoo kat sini open zoo..
Tapi rasanya..tak pe la kot..
Dok luar rumah 10 minit pun menggigil..
Ni nak jalan berjam- jam dekat zoo..
Tangguh dulu la nampaknya...
Mungkin waktu summer nanti lagi sesuai bawak depa pi zoo..
Insya Allah.

So..
Lagi citer best kat sini..
Kami baru dapat bil elektrik kat sini..
Sini bil elektrik setiap 3 bulan..
So, kiranya ni bil untuk Autumn..
Amik ko..AUD 930.00
Kira duit kiter dalam RM2800
Huhuhuhuuh..
Terduduk rasanya..
Tapi biler tanya Coordinator Student Resident..
Dier impress bil kami sangat murah..
Sebabnya..segala kat umah guna elektrik..
Stove ( dapur masak), water boiler ngan heater..
Kebanyakkan umah..stove dan water boiler guna gas..
Heater guna kayu ( umah ada chimney..cerobong. Macam best jer kan)
So, umah kami yang semua elektrik..
Tambah ada baby ( sebab selalu kalau ada baby..heater mesti 24 jam)..
Bil tak sampai AUD 1000 dikira murah..
Adoiiiii nak pengsan..
Lagi nak pengsan sebab katanya before hujung tahun bil akan naik 30% lagi..
( belum lagi bil winter sebab winter banyak guna heater)
Uwaaaaa..mahalnya kos sara hidup kat sini...
Lagi buat saya tak sabar nak balik Malaysia..

Selain pasal bil elektrik
Lagi citer yang kami rasa best kat sini..
Tetiba Australia tukar Prime Minister..
Very simple procedure ( from the eyes of foreigner macam saya..)
Election Leader Labour Party..
Julia Gilliard kalah ( dier currently PM)..
Kevin Rudd menang..
Esok terus swore jadi PM..
Bukan GE pun..
( GE dierorg september ni.. .so Kevin Rudd still akan bertanding lagi)
Julia Gilliard tarik diri dari politik ( dengan fews menteri yang pro dia..terus lepaskan portfolio)..
Sesuatu yang agak mengkagumkan pada saya..
Betapa pemimpin mempunyai karakter berjiwa rakyat sebenar..
Berkhidmat untuk rakyat..
Rakyat dah tak perlukan..tak undi..
Maka lepaskan jawatan..
Prime Minister tu..
Bukan jawatan menteri biasa..
Hmmmmm..
Bagus kan..

Ok la..
Panjang sangat dah entri ni..
Insya Allah nanti update lagi..
Kat bawah ni sikit- sikit gambar kat sini..
Till then..
Byeeeee


Orange Farmer Market.. .Pasar Tani kiter lagi meriah kot....

CBD Sydney ( Central Bussiness District) dari View Darling Harbour

Nak selit jugak..Future Olympian..( not sure which country they will represent..hihihi)


Salam..
Huuuhhhh..akhirnya kuat jugak semangat nak menconteng kat sini...
Betapa gloomy atau mandomnya kat sini..
Begitu mandom jugak la rasa nak update blog ni..
Dengan keadaan badan membungkus berlapis- lapis selimut..
Memang tak de mood nak buat apa- apa..
Sungguhla sebagai anak jati Malaysia..
Kami memang surrender ngan keadaan macam ni..
Suhu tiap - tiap hari -3 hingga 8 degree..
Tambah pulak cam last week..
Hujan all the way ( pagi sampai malam..isnin sampai jumaat!)
Serius gloomy!
And somehow..some people said..this is the wettest winter for the past 30 years!
Wahhhh..unbeliaveable..
En Somi cakap..sebab ada orang Malaysia mai..
Maka hujan rahmat pun datang..
( alhamdulillah..cuma part kain baju langsung tak leh sidai tu yang benci sangat- sangat..huhuhu)
So, biler tengok keliling..
Rumput dah menghijau..
Siap ada sebatangi pokok tepi jalan dah berbungga..( konfuse agaknya..ingat dah spring)..
Macam- macam betul la..
Anyway, last weekend kiterorag ada jemputan tea..
Kebetulan jumpa one this lovely...
Mrs Brittina..
And its happen..she actully coming from Malaysia ( Petaling Jaya Mali!)
( tapi dah 18 tahun dok Oz..siap husband Dutch man lagi..citizenship sini lagi)..
Very convincingly...persuade kiterorg stay sini..
"Don't ever think to return back to Malaysia.."
Spontan mama jawab.." But I miss my family"
"Its true..for the first few years you will feel all that things. It even take me 7 years to really settle down about the missing issue"..
Hohohohoho..
7 years??..I won't be that strong..
Dengan cuaca gini..
Lagi, lagi la rasa nak berjemur kat tepi pantai..
(Pulau Langkawi ke, Redang ke, Port Dickson ke, Bagan Lalang pun boleh la..
Huhuhuhuhuhu...)
Entahla..
Not long enough to make any decision yet ( we just arrive 3 months)..
Memang kekadang dok sini rasa best sangat- sangat..
Country life..
Tenang, aman, damai..
Tak de traffic jam, pemandangan cantik, kehidupan yang boleh dikatakan zero stress..
Umah skrang luas..
Anak- anak ada tempat berlari, memanjat, menjerit..
Sekolah bagus..
Teachers sangat membantu, kawan- kawan kakak yang super bubbly,school sillibus fun and easy learning..
( they are more towards characacter development..manners etc than academia achievement..school is a fun place for kids!)
Tetapi..
Ada jugak bangun pagi kekadang rasa nak menjerit..
Rasa terperangkap kat sini..
Jiwa dan raga meronta- ronta..
Nak berada di tempat yang saya biasa..
Nak bersama orang- orang yang saya rindui..
Keluarga..
Nak gossip- gossip ngan gelak- gelak ngan kawan- kawa....
Nak round- round ngan makan sepuas hati..
Ia sangat menyiksa jiwa!
Rasa semua kegembiraan yang saya rasa sekarang..
Is just a plain happy..
Its a sad story actually..
Tapi biler betul- betul pikir..
Baru teringat..
Happiness is really subjective..
Its our decision to choose what are the things that will make us happy..
This peacefulness..tranqulity of this place..
This togetherness...
Its all what we think..
After all..our previous life was not great at all..
Hectic life..
Kuar umah sebelum ada matahari..
Balik umah lepas matahari pergi..
Benci perasaan try and error taska yang sesuai untuk anak- anak..
Belum masuk lagi..perasaan takut ngan bimbang malam- malam biler tinggal bertiga jer ngan budak- budak...
Ya Allah..harapnya tak akan dilalui lagi pengalaman tu..
Entahla..
Tak sampai lagi sampai tahap terpikir nak settle down sini..
We have long wayyyy to go..

Okla..
Merepek- repek dah entri ni..
Merepek dan gloomy macam weather kat sini
( weather madness..dierorang panggil)..
Okla...
Nanti sambung lagi..
Tata..





O
Rupa frost belakang umah pagi ni....waktu ni suhu dah -1 degree ( malam tu -5 huhuhu)

This is somewhere between Mudgee and Bathurst ( on the way back from Sydney).. A breathtaking view...( cameramen amateur..nak amik gambar pun tak berapa reti)

Somewhere around Lithgow..

Last but not least..

Anak bujang saya..hasil make over kakak dier...



Salam..
Alhamdulillah..kami dapat kunjungan pertama tetamu dari Malaysia minggu lepas..
Nenek a.k.a ibu mertua ku, cik awis dan acu ( dua- dua adik kesayangan en suami)..
Seronoknya tak terucap..
Biarpun baru 2 bulan berpisah..
And actually they have left us 3 days ago..
They fly back to KL last sunday...
Frankly said..i'm not so good with my mother-in-law..
But we 're totally OK..
Mungkin sebab cara kami yang agak berbeza ( from the point of appearence..significantly)
Mama walaupun dah umur 55 tahun..memang tak pernah tinggal mekap setiap masa..
Bangun pagi- pagi..first thing lepas solat memang menghias diri..
Menantu dier ni..satu alat mekap pun tak de..
Pakai lipstick pun nasib baik reti..
( Dulu kalau annual dinner opis..memang petang tu la baru beli lipstick. Itupun lipstick jer. Lepas dinner, lipstick selalu bersepah merata- rata. Biler dah ada anak dara, baru sedekah kat dier..huhhh teruk kan??)..
And the other reason..
(Mungkin mainan perasaan saya jer..)
I'm married to her first son..
Her ever favourite son..
Menantu sulung..cucu sulung untuk keluarga..
Kekadang rasa macam a little bit experiment..
Sebab segalanya baru bagi dier dan juga saya...
Then..kami kawin muda..
Kekadang pikir..takut mama dier rasa kami tak patut kawin lagi..
( tapi dier yang pi merisik..hihihi)
Mungkin dier patut berkhidmat dulu untuk keluarga..
Entahla ( dah sampai jodoh kan..)
After all..kami ni dok jauh sket dari keluarga...
Family dok shah alam..
Adik no 2 ( isteri dan anak) tinggal di Subang ( kerja dengan ayah mereka..bussiness family)
Adik no 3 juga bersama isteri dan anak tinggal serumah di Shah Alam ( dan biras saya kerja di syarikat ayahnya juga)
Yang lain- lain tak kawin lagi..
So dua dok asrama..sorang lagi ada di rumah..
Kiranya kami yang agak jauh di bandar baru bangi..
Dengan keadaan weekend couple..
Menziarah pun kekadang susah..
Maybe sebab tu kekadang rasa tak berapa ok dengan mertua..
( hmmm..panjang pulak citer part ni)..
Anyway..biler mama datang sini..
Things seem so different...
We're totally happy
Eventhough at the first time I'm super freak..
Nervous sangat..
Maklumla first time mertua datang tido kat umah ..
Tak boleh bayangkan macam mana jadinya ( walaupun dah 9 tahun kawin..yer la bangi- shah alam..jauh mana nak mai tido kan)..
Tapi biler dier ada kat Orange ni..
Kami sangat- sangat happy..
And being as usual mom..
She actually taking care of everything..
From the cooking, to the laundry, cleaning the house or even stock up the foods..
( Bunyinya macam saya pulak yang tengah holiday kan)..
Everything..
Kesian sangat dier..
Tapi sebagai menantu yang baik ( self declare..tak larat)..
Ada jugak masa saya bawak dier jalan- jalan kat sini..
Anaknya yang super busy dengan assignment..
Jadi pak supir jer antar kami..lepas tu dok umah diam- diam (2,3 trip jugakla satu round..maklumlah 'roll royce' buruk..mana boleh naik ramai- ramai.. .tambah pulak road restriction kat sini kat agak strong..sape nak bayar kalau kena fined..)
So, basically we have really a good time..
Harapnya ibu mertuaku pun rasa begitu ( kalau ikut luggage dier sepatutnya begitu. Mai sini 2 luggage..bawak balik 5.. . At least she happy doing shopping here)..
Kami pun sempat jalan- jalan Sydney on the last 2 days..
Seronok sangat dengan mama, acu ngan cik Awis..
So, when comse the time to say final goodbye..
We really feel teribly sad..
Balik umah..rasa kosong sangat- sangat..
En somi nampak sangat rasa lost..
Selalu jugak cakap pasal ibunya dua, tiga hari awal..
Kakak pun senang jer menangis biler ingat neneknya...
Sungguh tak suka perasaan ni..
Walaupun dalam keadaan letih buat berbakul- bakul laundry ( depa tinggalkan segala warm clothes..yer la Mesia tengah panas kan..so tak sesuai nak pakai kat sana. Comforters, towels, bedsheet ngan everything..agaknya kalau washing machine tu boleh cakap..harus dier mintak ampun nak rehat. Nasib baik jugak ampaian terhad..so beringat- ingat jugak la biler membasuh tu..)
Mama memang berharap sangat dapat jumpa dierorg summer ni..
Walaupun nenek tak janji..
Tak de plan apa pun lagi...
Tapi insya Allah..kalau ada rezeki, mesti kami jumpa..
Rindu sangat- sangat kat keluarga di Mesia..
Okla..
Nak tido dah..
Bawah ni few pictures yg en awis captured..
Mama sangat suka..
Awesome..
Sampai sini..nanti kiter ' jumpa' lagi..
Byeeeee.....

The best ever memory...splash..splash..in the hill of leaves!
Baru nampak muka cik Awis..(photograper, cleaner, gardener, babysitter..everything dier boleh buat..thanks sangat- sangat yer..)


Salam..
Suka- suka mencipta penyakit baru..
(Check dengan en wiki tak de pun phobia ni..)
Anyway, saja nak citer..
Sejak dari mula boleh memandu...
Rasanya benda yang paling mama tak suka adalah melalui roundabout...
Memandangkan saya orang bandar baru bangi..
Maka roundabout dan saya memang tak boleh lari...
Masih ternampak- nampak...
Roundabout yang super horror dan super busy macam kat seksyen 7 ke jalan reko,
Roundabout ukm,
Or even roundabout tol bangi..
Mama actually tak pernah accident lagi kat roundabout...
Cuma..kalau memang nak drive kat roundabout..jantung berdegup lain macam...
Benci..benci..benci...
Cuma berita baiknya..rumah kami terletak kat kawasan perumahan agak luar di bangi..
Nak pi opis tak yah lalu roundabout..
Yeehaaaaa....sukanya..
So, biler dah dok sini..
Dari mula- mula jawatan home manager..
En Suami lantik jadi driver ( mak supir katanya.. buruk kan bunyi nya..).
Mula- mula memang la suka..
Yeaaa...dapat pegang stereng semula ( walaupun tak de international permit license..gamble!)
Sebab jadual dier yang ada masanya buzy..
Mama 3 beranak la kena angkut kakak pi skool...
Baru mama perasan fobia ni datang semula..huhuhuhu..
Orange ni walaupun pekannya kecik..
Rasanya setiap setengah kilometer mesti ada roundabout.. .
Banyak sangat- sangat..
Walaupun roundabout nya tak horror macam Bangi..
Tapi kalau peak hour macam waktu antar kakak skool..memang sangat banyak keter..
Dan walaupun driving kat sini lagi best sebab mostly attitude drivers nya sangat cool..
But still human kan..
Ada juga kekadang yang bawak macam apa...
Huhhh..geram la juga...
Actually dari umah kami ke skool kakak dalam 3 km jer...
Tapi kena lalu 4 roundabout..
Dan speed limitnya hanya 50 km per hour...
(Sangat- sangat la rileks kan...)
Selalunya tak kena hon kalau bawak slow..
Tak de keter potong tepi ( off road)..
Jauh sekali buat line baru!
( tak leh lupa perasaan benci driving balik opis serdang -bangi....3 line higway kekadang boleh jadi 7 especially bulan poser... .sangat- sangat la sakit hati!)
Dan kat sini memang jangan la pepandai nak langgar speed limit..
Sebab camera nya from point to point..bukan ada satu jer macam AES kat sana...
( which mean..kamera tu akan kira..sepatutnya kiter sampai next kamera bape minit.. .tak la perlahan biler dah nak sampai kat kamera jer)..
So, berbalik ke kes fobia mama..
Kekadang tu kena juga hon kat roundabout..
Kekadang mama konfuse biler nak masuk..orang belakang hon..
Kekadang mama terlalu laju masuk tak perasan keter lane sebelah..kena la jugak hon..
Kekadang tak buat apa- apa pun kena hon.. ( basically ni sebab racist..women + asian + wearing scarf which must be muslim.. Hmmmmmmm)
Benci tau..
Sampai termimpi- mimpi..
Anyway..mama kalau dah trauma tu memang ada satu cara jer la boleh atasinya..
Lalu jer roundabout yang selalu kena hon tu sampai terrer...
Hahahahahahhaha..
Macam this weekend...monday morning kena hon lagi..
Balik umah..macam down..
En somi kata its ok..stop driving for a while..
And then kakak bagitau ada piknik kat skool tuesday morning..so apa lagi mama excited la nak drive untuk hilangkan rasa down tu...
Alhamdulillah..tak de apa- apa pegi dan balik dari piknik..
Piknik tu pun sangat la best..
Its actually reward day for the whole school..
So they got free hamburger for the day..
Sebab kakak akan dapat hamburger la mama dan adik-adik datang..
Kesian kat dier nanti tak de makanan ( for sure tak halal kan)..
But its really fun..
Dapat kenal kawan-kawan kakak yang super cute dan super friendly..
Non stop talking..
And also kenal- kenal few of her teachers..
Seronok sangat mama rasa..
We really looking forward for the next reward day ( not necessary another picnic)..
Okla...macam merepek dah entri ni..
Esok pun mama nak drive lagi..
Bawak hero- hero ke playgroup pulak..
Ada 3 roundabout kena lalu untuk jalan esok..
Yeaaa!! ' sukanya ' saya ( huhuhu)..
Okla nak say final goodbye..
Ni nak tunjuk a few roundabout kat sini..
Roundabout yang selalu kena hon tu nanti next time mama amik gambar yer..
Till then..
See ya'....
Dua dari berpuluh- puluh roundabout kat Orange!

Piknik time! Meet Mr Jaxson..chubby, bright and bubbly fella who turns to be Auni best fren..(and also Rackell..sweet girl in stripe jumper)
Mr Moo's and Mr Sheared Sheeps having grazing land side by side together.. ( just at our back yard..)