Salam..
Akhirnya blogger tegar kembali semua..
Muahahaha
Ya Allah..
Too many things to do, too many stories to share and yet so little time I have..
(ayat cliche orang malas..hihihi)

I'm struggling in anything at the moment..
Yup, Kind of..
Struggling in adapting to the cold weather
(its already August, but seem winter is going to be here forever!..Weather forecast : snow next week!)
Struggling in handling daily routine of my kids (school, teakwood, bowling..penatttttt)
Struggling to overcome food deprive ( musim raya maa..parah tengok semua orang dok update open house + jamuan raya!! uwaaaaa.....)
Struggling in financial (but still in control Insha Allah. As long as there are foods on the table, I guess we should not worry too much, rite? ..)
And yes
I'm struggling to be the best wife and mom (this is a constant battle. After 10 years being his wife and mom to his kids, there a lots of things about him that I still don't know.. . Kind of falling in love again and again:) )

So,
Nak citer apa kali ni??
Macam mana kelam kelibutnya suasana kat sana,
Kami kat sini,
On surface nampak ok, tapi boleh tahan jugak kena tempiasnya..
Impak besar yang kami rasa
Nilai matawang yang menjunam-junam..
Kalau dulu boleh dapat 2.8
Sekarang purata dah cecah 3.5
Fuhhhh sakit tau rasanya..
Tapi bosan lak nak citer banyak..
Sebab segalanya di luar kuasa kita ..
Moga Allah permudahkan segalanya
Bantu para pemimpin kembalikan kesejahteraan negara..

Rasa nak kongsi kisah Aidilfitri kami,
Sedih sebab suasana memang macam bandingkan durian dengan apple,
Tak sepakat pilih tarikh
Setengah masjid nak ikut kata sepakat ulama sedunia,
Setengah msjid nak ikut negara jiran terdekat macam Indonesia,
Setengah masjid nak jugak nampak anak bulan
Kami kat sini tak de masjid pun,
Tapi sebab majoriti kat sini  pakistanis yang ada pengaruh dari suburb Bankstown kat Sydney,
Masjid Bankstown raya sabtu, maka kami warga Orange pun raya sabtu
(padahal masjid Punchbowl dan Malaysia Hall Randwick raya Jumaat!)
Sebab booking dewan hanya sampai pukul 9,
Maka agak kalut jugakla solat sunat dan makan-makan (solat sunat sepatutnya 7 tapi jadi 7.45am)
Part yang best hanyalah,
Pagi jumaat tu Orange diliputi salji!!
Maka kami melaram jugak la baju raya tahun lepas amik gambar dalam salji (jiran Aussie sini tengok pelik je.. .Sanggup Asian ni pakai baju gini dalam suhu negatif 5!)
Dan hari ahad, jemput kawan kawan rapat mai umah makan-makan..
Ala-ala open house..
Makan dari pukul 2 sampai 8!!
Sangat puas hati get together macam tu!!

Maka kesimpulannya,
Walau dalam serba kekurangan,
Raya kami tetap ada kenangan manis yang tak mungkin dilupa..
Syukur ya Allah sebab bagi kami peluang nak lalui semua ni.
Moga jadi ingatan buat kami yang kerdil.
Kasih Sayang dan rahmatNya tetap ada,
Setiap yang terjadi adalah aturan terbaik dariNya,
Asalkan kami tak pernah lupa hakikat kehidupan ni,
Walau bumi mana dipijak, langit mana dijunjung
Sentiasa cuba jadi yang terbaik,
Jauhkan perkara yang dimurka (sekecil-kecil seperti lalai menjaga solat dan sebesar-besar seperti menghampiri zina! nauzubillah)
Amin ya raballamin..

Okla,
Puas sudah membebel.
Harap ini bukan yang terakhir untuk bulan ni (moga ada 8.2 dan seterusnya..hihihi)
Doa kami dari jauh..
Moga keadaan jadi lebih aman dan makmur di sana..
Jauh duduk beribu batu..
Malaysia tetap di hati kami..
Till then,
Bye!!


Kangaroo at vineyard (credit to newzulu.com)
Orange town in snow (credit to resources.news.com.au)
Depan umah kami