Salam..
Nak kongsikan ayat-ayat Al-Qur'an yang diforward oleh sahabat baik..
Untuk bakal ibu-ibu yang masih berusaha mendapatkan permata hati..
Mungkin juga untuk ibu-ibu bidadari syurga macam kami..
Yang masih trauma kehilangan permata hati di dalam kandungan..
Sekadar berusaha..selebihnya kita tawakal kepada yang maha Esa.. .
Doa untuk kuatkan janin..
Amalkan ayat
i)Surah al-kahfi ayat 39
ii) Surah al-Anbiya ayat 89
iii) Surah al-Imran ayat 38
Dibacakan pada air dan diminum.. .Seeloknya diamalkan pada malam jumaat.
Ni pulak dari Kak Ida, cousin babah. Doa supaya terpelihara anak dalam kandungan
" Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Amin . . .
Credit to http://miyowwii.blogspot.com
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Amin . . .
Credit to http://miyowwii.blogspot.com
Dan untuk mama...sekarang mama pasrah...
Kalau masa mula-mula kehilangan Aisyah dulu, memang meronta-ronta nak secepat mungkin mengandung lagi..
Tapi kalau ditanya hari ni, mama serahkan padaNya...
Sesungguhnya Dia tau bila masa yang sesuai untuk kami menambah ahli keluarga...
Dia pasti tau yang terbaik untuk setiap hambaNya...
Selalu terfikir, kalau Aisyah ada sekarang mesti kalut mama lain pulak ceritanya...
Mungkin bukan mama yang sibuk ke hulu hilir uruskan kakak dan abang ke sekolah. Atau mungkin keadaan jadi lebih kelam-kabut. Wallahulam....
Apa yang pasti, mama makin redha dengan ujian ni...
Sibuk uruskan kakak dan abang akhir-akhir ni, buat mama kurang sikit melayan perasaan teringat Aisyah.. (tapi siang tadi menitik juga air mata bila tetiba rasa rindu sangat kat Aisyah).
Moga mama makin kuat, makin boleh yakin Aisyah dah sangat gembira di sana...
Lagi satu sebab yang sekarang mama dah pasrah... tak eager sangat nak pregnant adalah sebab tetiba terrr beli korset Premium Beautiful (sanggat la mengarut kan alasan tu).
Tapi sampai hari ni pun kekadang mama tak percaya mama dah beli korset tu (antara keje-keje pelik tak terpikir dek akal yang mama buat.)
Harganya dah satu cerita la (buat sape-sape yang arif sangat pasat produk ni..tau kan betapa harganya), yang paling tak percaya sebab untuk sape-sape yang mengenali mama dari zaman sekolah memang tau sangat size badan saya ni macam mana.
Lepas ada Auni, size S boleh sarung lagi.. .Lepas ada Akif, badan dah nampak bertubuh sket (alhamdullillah..memang idaman sejak dulu..), tapi lepas bersalinkan arwah Aisyah..gara-gara pantang yang main-main (pantang penuh emo..ikut suka je), selalu la Auni dan Akif tanya..perut mama ada baby lagi ke? Adoii la.. .
Babah depa pun dah pandai perli perut mama dah buncit...
Baju-baju pun sesetengah brand je boleh pakai size S atau bawah 40.....
Hmmm..so memujuk hati, sesuai la kot ek amik korset tu.. .
Long investment...untuk keharmonian rumahtangga..ecehhhh...
So, harusla mama puas dulu pakai korset tu..., sampai dapat perut idaman baru mengandung semula.. .hehehhehe... .
Tapi member baik dah pesan.. .Jaga-jaga pakai korset tu, sebab pengalaman ramai orang..pakai korset tu cepat lekat... .Aminnnn..(sukanya saya...lagi la mama dapat mengurangkan gundah gulana, rasa bersalah tetiba membeli benda alah tu..)
Cuma..bukan untuk niat promosi (mama memang tak reti berniaga)..
Pakai korset ni badan memang rasa best sangat. Kemas, padat. Macam pakai bengkung dalam pantang...
Untuk orang macam saya memang la sangat suka. Harapnya pembelian korset tu tak la sia-sia.. Harap mama rajin memakainya dan paling penting kesannya...akan ada lah perubahan pada perut saya tu...hihihi... .
Macam-macam sungguh la..
Okla, karang lagi banyak pulak merepeknya entri ni. Malam pun dah makin larut, hero dan princess dah lama lena. Nak say goodbye.. .Nanti lain kali update lagi. Bye.