Salam..
Nak kongsikan ayat-ayat Al-Qur'an yang diforward oleh sahabat baik..
Untuk bakal ibu-ibu yang masih berusaha mendapatkan permata hati..
Mungkin juga untuk ibu-ibu bidadari syurga macam kami..
Yang masih trauma kehilangan permata hati di dalam kandungan..
Sekadar berusaha..selebihnya kita tawakal kepada yang maha Esa.. .
Doa untuk kuatkan janin..
Amalkan ayat
i)Surah al-kahfi ayat 39
ii) Surah al-Anbiya ayat 89
iii) Surah al-Imran ayat 38
Dibacakan pada air dan diminum.. .Seeloknya diamalkan pada malam jumaat.

Ni pulak dari Kak Ida, cousin babah. Doa supaya terpelihara anak dalam kandungan

" Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin . . .

Credit to http://miyowwii.blogspot.com

Dan untuk mama...sekarang mama pasrah...
Kalau masa mula-mula kehilangan Aisyah dulu, memang meronta-ronta nak secepat mungkin mengandung lagi..
Tapi kalau ditanya hari ni, mama serahkan padaNya...
Sesungguhnya Dia tau bila masa yang sesuai untuk kami menambah ahli keluarga...
Dia pasti tau yang terbaik untuk setiap hambaNya...
Selalu terfikir, kalau Aisyah ada sekarang mesti kalut mama lain pulak ceritanya...
Mungkin bukan mama yang sibuk ke hulu hilir uruskan kakak dan abang ke sekolah. Atau mungkin keadaan jadi lebih kelam-kabut. Wallahulam....
Apa yang pasti, mama makin redha dengan ujian ni...
Sibuk uruskan kakak dan abang akhir-akhir ni, buat mama kurang sikit melayan perasaan teringat Aisyah.. (tapi siang tadi menitik juga air mata bila tetiba rasa rindu sangat kat Aisyah).
Moga mama makin kuat, makin boleh yakin Aisyah dah sangat gembira di sana...
Lagi satu sebab yang sekarang mama dah pasrah... tak eager sangat nak pregnant adalah sebab tetiba terrr beli korset Premium Beautiful (sanggat la mengarut kan alasan tu).
Tapi sampai hari ni pun kekadang mama tak percaya mama dah beli korset tu (antara keje-keje pelik tak terpikir dek akal yang mama buat.)
Harganya dah satu cerita la (buat sape-sape yang arif sangat pasat produk ni..tau kan betapa harganya), yang paling tak percaya sebab untuk sape-sape yang mengenali mama dari zaman sekolah memang tau sangat size badan saya ni macam mana.
Lepas ada Auni, size S boleh sarung lagi.. .Lepas ada Akif, badan dah nampak bertubuh sket (alhamdullillah..memang idaman sejak dulu..), tapi lepas bersalinkan arwah Aisyah..gara-gara pantang yang main-main (pantang penuh emo..ikut suka je), selalu la Auni dan Akif tanya..perut mama ada baby lagi ke? Adoii la.. .
Babah depa pun dah pandai perli perut mama dah buncit...
Baju-baju pun sesetengah brand je boleh pakai size S atau bawah 40.....
Hmmm..so memujuk hati, sesuai la kot ek amik korset tu.. .
Long investment...untuk keharmonian rumahtangga..ecehhhh...
So, harusla mama puas dulu pakai korset tu..., sampai dapat perut idaman baru mengandung semula.. .hehehhehe... .
Tapi member baik dah pesan.. .Jaga-jaga pakai korset tu, sebab pengalaman ramai orang..pakai korset tu cepat lekat... .Aminnnn..(sukanya saya...lagi la mama dapat mengurangkan gundah gulana, rasa bersalah tetiba membeli benda alah tu..)
Cuma..bukan untuk niat promosi (mama memang tak reti berniaga)..
Pakai korset ni badan memang rasa best sangat. Kemas, padat. Macam pakai bengkung dalam pantang...
Untuk orang macam saya memang la sangat suka. Harapnya pembelian korset tu tak la sia-sia.. Harap mama rajin memakainya dan paling penting kesannya...akan ada lah perubahan pada perut saya tu...hihihi... .
Macam-macam sungguh la..

Okla, karang lagi banyak pulak merepeknya entri ni. Malam pun dah makin larut, hero dan princess dah lama lena. Nak say goodbye.. .Nanti lain kali update lagi. Bye.


This entry was posted on 10:48:00 PM and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

    zuliana abd rahman said...

    Wow bestnya mamaonie dah ada beautiful la...Yana pun ada 1 set.Sebenarnya ada extra lg 1 set tp tak tahu nak jual kat sape lg.(Kalau yana tahu Fad nak beli beautiful bolehlah yana bagi 'harga kawan2' ;p).

    Fad, memang best pakai beautiful ni.Rasa badan 'kemas' sgt dan macam dipeluk rasanya.Pada yg pernah pakai tentu faham apa yg yana maksudkan.Masa pantang Siti Hawa dulu yana pakai gak korset ni tapi kejap ajelah sbb plan nak conceive lagi kan takut nak pakai sgt kot-kot dah 'ada' kat dalam kan.Tapi mmg betul kata kawan Fad, ramai yg pakai beautiful ni cepat lekat.Tapi bergantung pd rezeki dr Allah juga kan.

    Fad, yana pun rindukan Siti Hawa juga.Semalam bila tengok cerekarama 'Aku Ingin Terbang' tiba2 air mata mengalir teringatkan anak yg Allah dah jemput 'pulang' ke pangkuanNYA.Masa tu scene mak dan abang Rizki tu meninggal (kalau Fad tengoklah cerita tu smlm).Tiba2 jadi sayu pulak bila mengingatkan anak hanya pinjaman.Takpelah..mudah2an ada penawar buat Fad nnt ye.Yang penting mamaonie kena happy2 selalu.

  1. ... on January 29, 2012 at 9:17 AM  
  2. mamaonie said...

    Yana..
    sungguh ke yana ada? mesti dpt lg murah kan beli kat yana..hihihi..dah bukan rezeki kiter..tak pe la..kalau ada org lain tanya lg..fad boleh tnya yana pulak.. .Tapi tu la..iru antara keje tak terpk dek akal yg tiba-tiba fad buat..tapi alhamdullillah setakat ni fad puas hati..mmg best pakai nya.. .
    Yana, fad tgk jugak citer tu semlm..tp maybe tak melayan sepenuh hati (maklumlah sambil tu melayan blog) ataupun dh melepaskan sepenuh hati rasa rindu tak tertanggung tu.. .entah la. Selalu doa padaNya..moga diperkenankan dapat berjumpa bidadari kiter suatu hari nanti kan...moga berbaloi menanggung rindu ni..emm..entah lah... .

  3. ... on January 29, 2012 at 9:35 PM  
  4. wanie amerie said...

    minta izin nk kongsi jgk ayat2 fad bg ni.. manalah taukan, mudah2an dipercepatkan.. tp wanie pun sama mcm fad, skrg dah malas nk layan perasaan sedih2 ni lagi & redha bila smpi masanya nanti adalah penganti utk wanie semula. setiap aturan Tuhan tu adalah yg terbaik, Dialah yg mengetahui kenapa & mengapa kita x dikurniakan lg zuriat.
    Yana, wanie selalu kalo dgr lagu 'kisah hati' nyanyian Alya mestilah meleleh habis.

  5. ... on January 29, 2012 at 10:55 PM