Salam...
Alhamdulillah sejak bercuti panjang ni..kami suami isteri banyak masa dihabiskan bersama..
Weekdays dan weekend actually dah tak de beza sebab En Suami selalu ada..
In fact, dier lebih free during weekdays sebab selalunya hujung minggu banyak diguna untuk pulun siapkan assignment..
But somehow..
Weekend memang hari yang amat kami nantikan juga...
Sebab selalunya hari hujung minggu terutamanya Sabtu kami sekeluarga akan jadi Garage Sale Hunter...
Yippie!!

I do admit since we living here Ii can't never get enough of these two things..
The Op Shop and The Garage Sale...
( Op Shop maybe dah kurang sket sebab selalunya cari baju je kat kedai tu...rasanya banyak jugak dah baju kami)
Yang bestnya tentang Garage Sale ni adalah selain boleh bershopping barang- barang elok dengan harga yang murah, kami dapat jalan- jalan sekitar Orange dan juga bergaul dengan Aussie...
Seronok, kami suka...
So, kalau nak pi garage sale kat sini..pagi- pagi sabtu kami dah kena beli newspaper Daily Central..
Sebab kat situ la ada senaraikan di mana rumah yang akan adalan garage sale untuk hari tu...
Opss..rasa nak citer..
Walaupun Orange ni kecik ada 30 000 jer populasi ( tu pun campur foreigners samada yang dah dapat citizenship ataupun orang- orang macam kami)..
Kat sini ada stesen tv sendiri yang ada 5 channels ( ekslusif untuk suburb Orange sahaja),
Ada 5 newspaper, 3 darinya free yang hanya citer pasal Orange saja bukan New South Wales pun...
Hmmm..kami sangat la impress
Dok bayangkan macam kawasan Bandar Baru Bangi & Kajang ( untuk capai populasi 30 000 orang ke dah lebih)
Ada channel tv sendiri..ada newpaper sendiri..
( Rasanya dari dulu dok Bangi..lately, Buletin Bandar Baru Bangi adalah kot.. Newspaper yang macam Star atau Harian Metro tu tak de lagi..)
Ok..so back to the Garage Sale..
Suka kalau rezeki murah hari tu..macam- macam barang kami boleh bawak balik..
(Betul la macam orang kata..dok Oz, tak leh buat harta..barang mahal..
Tapi orang tak pernah pulak bgtau kami..nak cari barang second hand yang tip top quality nya sangat la merata- rata...)
Ni antara contoh barang berbaloi yang pernah dapat..
Fischer Price Smart Response Swing dengan harga $20...
Kalau barang- barang macam buku ngan mainan memang tak yah cakap la..
Satu children book kadang- kadang 50 cent..
Mainan macam playdoh full set tu kami dapat $5..
Tu yang sebab nape kami suka sangat jalan- jalan garage sale...
This is the best thing we have so far
Change and bath table for the price of $20..
Dari anak sulung teringin nak benda ni..alhamdulillah boleh dapat jugak dengan harga yang murah dan elok lagi..
and for all those things that is why we really looking forward garage sale every weekend!
Heeeeeee...

By the way,
Beside garage sale..
Ada lagi satu rutin kami yang berlaku tiap hujung minggu..
Jemputan makan di rumah kawan- kawan baru..
Mungkin kami baru sampai..ramai yang sudi menjemput makan sebagai tanda perkenalan..
Almost every week mesti ada..
Kekadang kat umah orang pakistan..kekadang kat umah orang thailand dan semalam kami dapat jemputan dari orang India..
Alhamdulillah...murah rezeki kan..
Kami memang suka menerima jemputan macam ni sebab boleh merasa makan yang sedap- sedap..
Walaupun rasanya dah 5 rumah pakistan kami pergi..tak de pun yang menghidangkan makanan yang sama..
Suka..dapat rasa macam- macam makanan..
Merasai makanan tradisional masyarakat lain di rumah mereka sendiri..sambil- sambil tu tengok budaya mereka..
One obvious thing...kalau makan- makan macam tu..pompuan dan lelaki tak akan bercampur..
Mesti diasingkan di bilik lain- lain..
First thing happen terperanjat jugak..
Sebab dari dulu kalau pi makan ada anak kecik mesti makan gilir- gilir..
Tapi kat sini..jangan harap...
Memang makan sambil bersilat dengan en Muhammad yang sibuk nak merasa makan jugak..
Stress jugak kekadang..tapi nak buat camne kan..
Tak pe la budaya mereka..kiter ikut jer la kan..
Cumanya..citer tak best malam tadi..
Walau makanan yang dihidang..subhanAllah lazatnya...
Mama sakit hati!!
Bukan sebab nak kena pegang Muhammad ( malam tadi bijak dah..bawak fleece blanket suh dier merangkak kat bawah)..
Tapi sebab malam tadi...dok berkumpul dengan keluarga pakistan dan India ni..depa pakat cakap urdhu selama 3 jam!
Serius benggang..
Menguap tak tau cakap la..
Dok ulang alik makan sampai abis semua makanan tuan umah hidang..
Sakitnya hati sebab dengar en suami gelak- gelak kat bilik sebelah..
Sangat la inconsiderate kan...
Geram tau..
En suami kata memang tak patut jugak..
Bukan semua tau bahasa urdhu ( walaupun tu bahasa filem hindi, dan saya big fan of hindi films...tapi tengok citer hindi saya baca subtitle yer..)
Dierorg patut sedar adanya kiter..
Bukan nak dierorg layan macam permaisuri...
But hello..all the time for 3 hours sembang sesama korang dalam bahasa tu..masak sungguh rasanya..
Huuuhhhh...
Baru tau macam mana beza nya attitude people negara maju ngan negara baru nak maju ni..
Sebab cakap gitu..
Mama selalu join gathering young mommies kat sini..
Then seminggu sekali pi bawak akif ngan Elman pi playgroup..
Kekadang biler dierorg leka bersembang dan terlalu laju, mama lost jugak..
Tapi dierorg akan sentiasa meraikan kiter..
Always said..we' re sorry for left you out..
Sometimes dok citer semula..walaupun actually mama tau apa yang dierorg sembangkan..
Huhuhuhuhu...
Hopefully it will never happen again..
Yang en suami..elok jer dierorg meraikan sesame dierorg..
Maybe sebab semua bekerja dan si isteri- isteri semalam adalah stay at home mother..
Yang kurang bercampur dan kurang berbahasa english..
So..boleh sesuka hati bersembang biaq pi saya sorang- sorang..
( siap ada anak sorang kawan tu pi bawak segala mainan dengan mama. Dengan akif dier tak nak layan....adehh budak ni. Kesian kot mak cik ni tak de orang nak layan..huhuhu)

Ok la..panjang pulak entri ni..
Biler- biler senang mama upload lagi..
Nak end kan entri ni ngan gambar- gambar kat sini...
Lovely place..beautiful scenary..
In one of the paper yg citer pasal autumn kat sini..
Mama suka sangat quote ni..
Autumn is the spring when every leaves is a flower...
Its true indeed..
Till then byeeee....



This entry was posted on 2:58:00 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    zuliana abd rahman said...

    Masayaallah..murahnya barang.Kalau dekat memang Yana dah kirim dah.Kat M'sia nie, kena fikir berkali-kali dulu baru nak beli (sbb mahal).Untung Muhammad yer, Yana suka fisher price swing tu tapi setakat suka ajelah sbb tak mampu nak beli dgn rege 'RM' kat sini hihihi..(preloved atau used item pun susah nak dapat price below RM100)

    Untung Fad, tiap-tiap minggu dapat makan free.Masih teringat-ingat pic nasi pakistan haritu.Hai..takde ke orang Pakistan nak berjiran dgn Yana .Nak masak sendiri tak pandai (^_^).

  1. ... on May 14, 2013 at 3:00 PM  
  2. mamaonie said...

    Yana..tu la..ada jugak sedara mara suh kirim. Tapi fad risau jugak, satu sbb tak pernah tanya pos berapa harga. Satu lagi ni barang second hand. Pada kami, ok sbb masih berfungsi n bersih. Tak tau la kalau beli utk org lain, ada yg tak suka second hand. Kalau barang baru..mmg rasanya campur harga pos, lebih kurang jugak kot kat Mesia. Wallahualam. Tapi kalau pinggan mangkuk...terutamnaya Correle, mmg sangat murah. Utk yg outdated sket design...boleh dapat $50, 20 pieces.. .harus fad bawak balik koleksi Correle nanti..heheheh.
    Kalau ada apa- apa yg Yana nak suh fad tengokkan..bagitau jer.. .insya Allah tak menyusahkan pun.. .

  3. ... on May 15, 2013 at 9:05 AM