Salam...
Entri pertama untuk 2014 ( dah hampir setengah tahun pun!)..
Dalam mood kacau bilau..
Mungkin sebab musim sejuk kat sini yang dah mula..
Hari-hari dalam mood gloomy..
Mungkin jugak sebab dah nak menghampiri detik 'Say Goodbye'..
Segalanya bercampur baur..
Sedih sebab cuti dah nak abis..
Gembira sebab akhirnya dapat jumpa keluarga dan kawan-kawan (hidup dah tak lonely ranger)..
Fobia, paranoid atas sebab-sebab yang terlalu kompleks nak tulis...

Tapi yang pasti..
Harapnya segala urusan pengakhiran kami dipermudahkan..
Segala kenangan di bumi  'Colourful City of Australia' ni tak akan hilang di memori...

Masih dalam mood pengakhiran..
Untuk situasi yang lebih rumit dan menyakitkan..
Untungnya hidup di zaman ledakan teknologi ni..
Jauhnya jasad beribu batu, hati dan jiwa seolah-olah masih bersatu,
Kalau diguna dengan niat yang baik,
Jadi penghubung silaturahim, tempat mengadu melepas rindu,
Walau berbeza zon waktu,
Dengan FB, Whatssup, Google Talk, Facetime, mahupun SMS  jadi tempat berkongsi cerita,
Kalau diguna dengan niat buruk yang tersimpang,
Tempat membiak segala bencana,
Pemangkin hati menghampiri zina..
Nauzubillah kan!

Mood kacau bilau ni pun mungkin sebab hati terjentik cerita duka sahabat di sana..
Menghampiri suasana pengakhiran yang meruntun jiwa..
Dua situasi yang berbeza,
Namun kalau dah namanya pengakhiran pasti ada jiwa yang merana..
Teringat satu pesan yang mengetuk akal fikiran...
Pesan seorang ustaz  terkenal..
"Adakalanya seorang isteri lebih rela perkahwinan berakhir dengan kematian berbanding perceraian.."
Bila difikir dua situasi, memang banyak kebenaran apa yang dirasa seorang isteri..
Sahabat pertama punya suami sakit terlantar bertahun-tahun,
Pelbagai rawatan moden, tradisional dicuba masih tak ditemui ubatnya,
Dalam sedih mengenangkan anak-anak yang kecil,
Hati redha menghampiri pengakhiran perkahwinan yang semakin pasti,
Pulangnya si suami menemui pencipta,
Apatah lagi suami yang baik tiada bandingan,
Pasrah hatinya walau tahu tak mungkin akan bertemu di 'sini ' lagi..
Sahabat kedua punya suami yang tak setia,
Pelbagai pengorbanan dilalui,
Hidup PJJ bertahun-tahun membesarkan anak-anak kecil seorang diri,
Hancur luluh mengenangkan hidup yang tak dihargai,
Walau risau masa depan keseorangan membesarkan anak-anak kecil.
Hati nekad minta pengakhiran perkahwinannya..
Dari lagi membuak benci, dari terus menyimpan dendam,
Rasa hilang seluruh kepercayaan,
Hati pasrah dilepas dari terus dipergunakan..

Sedih mengenangkan kisah dua sahabat yang berbeza,
Masing-masing sedang menempuh ujian hebat yang bukan calang-calang dihadapi seorang wanita,
Doa dari jauh, agar Dia pemilik hati-hati yang merana ini memberi mereka kekuatan yang luar biasa..
Moga masa depan mereka dalam perlindunganNya selalu..
Tak berhenti-henti mengharap agar apa keputusan di buat,
Adalah berdasarkan ilhamNya
Kerana hanya Dia maha mengetahui yang terbaik buat hambaNya..

Okla..
Habis sudah melepas rasa yang terbuku di hati..
Moga sempat berjumpa lagi sebelum kami  menghampiri pengakhiran  musafir di bumi asing ini,
Salam rindu,
Selamat Hari Ibu juga buat ibu-ibu yang diberi nikmat membesarkan permata hati amanah Ilahi,
Till then
Good Byee..



Dua musim berbeza yang sempat kami lalui..syukur Alhamdulillah!



This entry was posted on 3:24:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

    zuliana abd rahman said...

    Seronoknya Fad dapat rasa salji dengan tangan sendiri.Yana kalau nak merasa salji kena pi Genting atau I-city ler (itupun tak penah merasa lagi lol).Anyway..welcome back Fad and family.Insyaalla...dapatlah dapatlah kita jumpa nanti

  1. ... on May 21, 2014 at 11:03 AM  
  2. mamaonie said...

    Alhamdulillah Yana. Sempat jugak rasa walau sekejap. Tapi sejuknya masya Allah mmg tak sanggup nk pegang air lepas tu..hihi. Insya Allah, kalau senang kita jumpa di alam realiti yer nanti!

  3. ... on May 23, 2014 at 6:38 AM