Salam..
Memblogging sementara tunggu sup masak..
Sini baru 10.30 malam sebenarnya..
Tapi dah macam tengah malam sangat-sangat..
Semalam secara rasminya Day Saving Time berakhir,
Secara teknikalnya segala jam yang ada perlu dipusing ke belakang,
Kalau sebelum ini beza masa antara Tanah Malaya dan Australia ni 3 Jam,
Bermula semalam hanya 2 Jam,
Mula-mula sampai memang rasa pening,
Sekarang rasa lantaklah kan..tak de kesan sangat pun dalam kehidupan..hihihi

Anyway,
Dengan berakhirnya Day Saving Time,
Petanda musim luruh dah bermula kat sini,
Waktu siang dah makin singkat (Subuh 4.40 am, Isyak 7.15pm),
Suhu dan makin sejuk (sekarang je bawah 10 degree celcius),
Dan paling menyampah,
Suasana makin gloomy,
Tak sukanyaaaaaa....
(heran sungguh la macam mana orang lain boleh dok merantau negara sejuk bertahun-tahun. Sungguh hati meronta-ronta nak balik Mesia rindu sang matahari kat tanah Malaya..huhuhu)

Waktu camni memang rindukan suasana panas Malaysia,
Waktu camni memang teringat sangat cuti-cuti kami kat Gold Coast hari tu..



SubhanAllah seronoknya cuti tu (cuti memang la syok kan..heheh),
Dapat jugak jejak State of Sunshine, Queensland,
Salah satu impian dok bumi kangaroo ni,
Memang nak sangat rasa jejak kaki kat Gold Coast ni,
Awat la famous sangat especially kat orang kita,
Sungguh la bila dah sampai,
Rasa kalau boleh nak suh En Suami pindah university kat sini..hehhehe..

Anyway,
Sket sebanyak perjalanan cuti kami,
Kami amik flight Tiger Air dari Sydney ke Gold Coast,
Hajat hati ingat nak drive keter sendiri,
Bila tengok Sydney-Gold Coast 12 jam perjalanan naik keter,
Adoii terus rasa tak mampu kot nak buat,
Dengan 3 anak kecik,
Mesti banyak berenti,
Sampai sana badan penat,
Buang masa atas jalan je rasanya,
Terus kami cari tiket yang ok..
Pengalaman yang tak best naik airline ni,
Rezeki kami dapat layanan stewardess yang racist,
Nak citer pun rasa sakit hati,
Senang cakap..kalau ada extra money,
Jangan la naik airlines ni,
Budget Airlines kita Air Asia jauh berganda lagi baik dari Airlines ni!

Rezeki kami murah sikit kat part penginapan,
Sebab bukan cuti sekolah waktu tu,
Dapat apartment 2 bilik ngan harga yang berpatutan,
Service apartment yang siap washing machine, dryer, air cond setiap tempat, microwave, kitchen utensils semua ada (haa ..lagi lengkap dari rumah kat Orange!)
Apartment kat Bigera Waters, dalam 15 minit dari Surfer Paradise (CBD Gold Coast)..
Syukur alhamdulillah..

First day sampai tak buat apa sangat,
Cuma sebab ikut Google maps,
Pusing-pusing dari airport ( oo..lupa citer sebab bukan waktu cuti sekolah gak, kami dapat sewa kete yang murah sangat!)
Jumpa masjid kat Gold Coast,
SubhanAllah hampir 2 tahun dok Oz ni,
Macam tak percaya nampak masjid besar tu kat sini,
Besar dan lengkap dengan pelbagai bilik lagi,
Suka sangat,
Ni yang buat lagi nak pindah ke Gold Coast ni..hehhehe

Anyway,
Cuti yang sebenar bermula hari ke dua,
Destinasi kami yang pertama Movie World,
Mak aii..gah sangat la tempatnya,
Sebab hari ahad, jadi sangat la sesak,
Ngan badan yang tak hilang lagi penat , suasana padat, tak tau pulak boleh bawak makanan sendiri,
Seriously tak enjoy kat sini..
The least favourite place,
Tapi still a good place untuk family,
Meriah sini ngan pelbagai rides (permainan),
Character dari movie world pun bersepah ( cat woman , Scooby Do, Green Latern berkeliaran)
Boleh buat budak-budak ternganga jugak la tengok depa.
Macam mimpi jadi realiti.
Mama rasa dari kecik dok tengok kat tv,
Haa ko..
Dok salam depan mata amik gambar lagi..




Ok la.
Tak boleh citer banyak lagi.
Takut tak tersedar subuh pagi esok nanti,
Insha Allah mama akan cuba habiskan citer cuti-cuti ni,
Mana tau boleh jadi panduan sape-sape nak sampai sini..

Till then,
Selamat malam dari 8000 batu jauhnya,
Insha Allah we meet again soon!
Byeeee....






Salam semua
Wah..wah first entry 2015..
Memang blogger tegar sungguh la mama ni kan..
Hihihi

Anyway,
Azam 2 April 2015
Untuk lebih kerap memblogging
Rasa rugi sangat tak manfaat peluang dok negara orang  berkongsi pengalaman kat sini..
Mana la tau boleh jadi kenangan dah tua-tua nanti..
Untuk anak-anak juga..
Boleh jadi rujukan depa mengimbau kisah lama..
Tak pun untuk sape-sape yang nak jejak kampung Orange ni (wahh perasan macam ada orang nak baca!)

So, insya Allah,
Berdasarkan alasan di atas,
Nanti perlahan-lahan nak recap kisah kami  kat sini,
Citer cuti-cuti Gold Coast kami, citer si Elman dengan dunia playgroup dia, Citer Akip Auni di sekolah, citer mama tiap-tiap hari (pasti part tu paling boring..hahahha)
Insya Allah..

So, hari ni nak citer pasal pengalaman kami pi dengar Public Talk kat University..
Pengalaman menyentuh jiwa..
Bukan setakat intipati talknya..
Keadaan nak pi dengar talk tu paling tak leh lupa!
Mama dok mai dengar mengangkut askar-askar sekali!!
Haa..jangan tak percaya..
Kagum kan public talk kat sini..
Boleh angkut anak sekali ...
Ni la budaya barat yang mama rasa kita boleh contohi..
Amalan menuntut ilmu yang dipermudahkan..
Nak dengar talk tapi tak boleh tinggal anak?
Maka bawak la dengan syarat pastikan mereka terkawal..
Budaya yang menang-menang orang kata,
Penganjur ada audience,
Audience tak rasa keadaan menyusahkan,
Anak-anak pun boleh didedahkan dengan suasana majlis ilmu peringkat universiti di usia muda..

Apa pun,
Alasan utama kenapa mama nak sangat dengar talk ni,
Sebab ia anjuran Orange Muslim Association (OMSA)
(Presiden OMSA  adalah En Suami..hihihi)
Dap aihhhh...tujuan utama nak sangat mai
Sebab ilmu kifayah kan..
Tajuk talk hari tu  'Jihadist and Terrorist: The Real Definition in Islam'
Haa..tajuk panas masakini
Hidup dalam zaman Islam difitnah ni,
Kat negara yang sentiasa paranoid dengan islam
Peluang macam ni memang jangan dilepaskan
Peluang melengkapkan diri dengan ilmu bila berhadapan dengan komuniti yang ignorance (buat-buat tak amik tahu apa itu  islam sebenar tapi suka sangat menuduh yang bukan-bukan..huhuhu)

Citer pasal talk tu,
Talk tu disampaikan oleh Dr Dorgan
Muslim Chaplin Charles Sturt Universiti (sekolah en suami)
Chaplin ni mudah citernya ketua community satu agama dalam universiti.
Kira dia adalah ketua muslim community dalam universiti.
Dia bangsa Turki tapi dah lama merantau banyak negara (US pernah duduk, sini pun dah hampir 10 tahun)
Tahu banyak pasal dia sebab En Suami jemput makan tengah hari umah,
Berdebar haii nak masak untuk orang besar,
Nasib baik dia merendah diri je..
Hihihi

Sebagai seorang muslim pun banyak ilmu baru mama belajar dari talk Dr Dorgan tu,
Kisah sebenar Syiah dan Sunni,
Prinsip asas Syiah,
Masalah utama umat islam masakini - Ignorance, Ununity, Poverty ( Sikap tak amik tahu, Sikap tak bersatu dan Kemiskinan),
Segalanya cuba disampaikan secara jelas, padat dan guna isu terkini..
Bila masa Soal Jawab,
Memang berebut audience nak tanya sampai tak cukup masa,
Dan jangan terperanjat la,
Banyak soklan yang pelik-pelik,
Macam dalam media sekarang,
Soklan tentang kisah nabi kita membunuh orang buta,
Bila Dr Dorgan tanya dari mana sumber,
Terketar-ketar tak tau jawab..
SubhanAllah memang satu pengalaman yang bermanfaat,
Rasa rugi tak amik gambar suasana talk tu,
Lagi rugi tak amik gambar si Elman lompat kangaroo tengah hall 15 minit terakhir majlis  (malunya..nasib baik tak kena halau..huhuhu)..

Apa pun memang suka majlis macam ni,
Banyak lagi ilmu nak kena tahu untuk lengkapkan diri,
Banyak lagi isu penting yang perlu dipandang serius dari dok termenung memikir masalah diri..
Mungkin kat sana isu pelaksanaan hudud tak selesai lagi (senyap sket kot minggu ni sebab gst pulak amik alih limelight),
Harap muslim kat Malaysia boleh pandang lagi jauh,
Jangan sebab perbalahan dalaman kita sesuatu isu macam pelaksanaan hudud tu,
Buat mata luar dok perati amik modal nak burukkan lagi islam,
Nauzubillah kan..

Okla,
Panjang sangat membebel ni,
Harap esok dapat membebel lagi citer baru pulak.
hihihi..
Till Then,
Take care semua!!
Byeeee....

 Gambar kesayangan mama
 Dok berendam musim panas (la ni mandi pun dah sehari sekali..grrrrr..)


Elman dengan kawan bulinya..Hororo dan Suzy!