Salam semua
Wah..wah first entry 2015..
Memang blogger tegar sungguh la mama ni kan..
Hihihi

Anyway,
Azam 2 April 2015
Untuk lebih kerap memblogging
Rasa rugi sangat tak manfaat peluang dok negara orang  berkongsi pengalaman kat sini..
Mana la tau boleh jadi kenangan dah tua-tua nanti..
Untuk anak-anak juga..
Boleh jadi rujukan depa mengimbau kisah lama..
Tak pun untuk sape-sape yang nak jejak kampung Orange ni (wahh perasan macam ada orang nak baca!)

So, insya Allah,
Berdasarkan alasan di atas,
Nanti perlahan-lahan nak recap kisah kami  kat sini,
Citer cuti-cuti Gold Coast kami, citer si Elman dengan dunia playgroup dia, Citer Akip Auni di sekolah, citer mama tiap-tiap hari (pasti part tu paling boring..hahahha)
Insya Allah..

So, hari ni nak citer pasal pengalaman kami pi dengar Public Talk kat University..
Pengalaman menyentuh jiwa..
Bukan setakat intipati talknya..
Keadaan nak pi dengar talk tu paling tak leh lupa!
Mama dok mai dengar mengangkut askar-askar sekali!!
Haa..jangan tak percaya..
Kagum kan public talk kat sini..
Boleh angkut anak sekali ...
Ni la budaya barat yang mama rasa kita boleh contohi..
Amalan menuntut ilmu yang dipermudahkan..
Nak dengar talk tapi tak boleh tinggal anak?
Maka bawak la dengan syarat pastikan mereka terkawal..
Budaya yang menang-menang orang kata,
Penganjur ada audience,
Audience tak rasa keadaan menyusahkan,
Anak-anak pun boleh didedahkan dengan suasana majlis ilmu peringkat universiti di usia muda..

Apa pun,
Alasan utama kenapa mama nak sangat dengar talk ni,
Sebab ia anjuran Orange Muslim Association (OMSA)
(Presiden OMSA  adalah En Suami..hihihi)
Dap aihhhh...tujuan utama nak sangat mai
Sebab ilmu kifayah kan..
Tajuk talk hari tu  'Jihadist and Terrorist: The Real Definition in Islam'
Haa..tajuk panas masakini
Hidup dalam zaman Islam difitnah ni,
Kat negara yang sentiasa paranoid dengan islam
Peluang macam ni memang jangan dilepaskan
Peluang melengkapkan diri dengan ilmu bila berhadapan dengan komuniti yang ignorance (buat-buat tak amik tahu apa itu  islam sebenar tapi suka sangat menuduh yang bukan-bukan..huhuhu)

Citer pasal talk tu,
Talk tu disampaikan oleh Dr Dorgan
Muslim Chaplin Charles Sturt Universiti (sekolah en suami)
Chaplin ni mudah citernya ketua community satu agama dalam universiti.
Kira dia adalah ketua muslim community dalam universiti.
Dia bangsa Turki tapi dah lama merantau banyak negara (US pernah duduk, sini pun dah hampir 10 tahun)
Tahu banyak pasal dia sebab En Suami jemput makan tengah hari umah,
Berdebar haii nak masak untuk orang besar,
Nasib baik dia merendah diri je..
Hihihi

Sebagai seorang muslim pun banyak ilmu baru mama belajar dari talk Dr Dorgan tu,
Kisah sebenar Syiah dan Sunni,
Prinsip asas Syiah,
Masalah utama umat islam masakini - Ignorance, Ununity, Poverty ( Sikap tak amik tahu, Sikap tak bersatu dan Kemiskinan),
Segalanya cuba disampaikan secara jelas, padat dan guna isu terkini..
Bila masa Soal Jawab,
Memang berebut audience nak tanya sampai tak cukup masa,
Dan jangan terperanjat la,
Banyak soklan yang pelik-pelik,
Macam dalam media sekarang,
Soklan tentang kisah nabi kita membunuh orang buta,
Bila Dr Dorgan tanya dari mana sumber,
Terketar-ketar tak tau jawab..
SubhanAllah memang satu pengalaman yang bermanfaat,
Rasa rugi tak amik gambar suasana talk tu,
Lagi rugi tak amik gambar si Elman lompat kangaroo tengah hall 15 minit terakhir majlis  (malunya..nasib baik tak kena halau..huhuhu)..

Apa pun memang suka majlis macam ni,
Banyak lagi ilmu nak kena tahu untuk lengkapkan diri,
Banyak lagi isu penting yang perlu dipandang serius dari dok termenung memikir masalah diri..
Mungkin kat sana isu pelaksanaan hudud tak selesai lagi (senyap sket kot minggu ni sebab gst pulak amik alih limelight),
Harap muslim kat Malaysia boleh pandang lagi jauh,
Jangan sebab perbalahan dalaman kita sesuatu isu macam pelaksanaan hudud tu,
Buat mata luar dok perati amik modal nak burukkan lagi islam,
Nauzubillah kan..

Okla,
Panjang sangat membebel ni,
Harap esok dapat membebel lagi citer baru pulak.
hihihi..
Till Then,
Take care semua!!
Byeeee....

 Gambar kesayangan mama
 Dok berendam musim panas (la ni mandi pun dah sehari sekali..grrrrr..)


Elman dengan kawan bulinya..Hororo dan Suzy!



This entry was posted on 10:47:00 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: