Salam...
Masih dlm mood hari raya.. .Hari ni hari Tasyrik yg terakhir, 13 Zulhijjah ...tp masih nk tulis mengenai citer itu.Huhuhu... .Sbb dok sorang-sorang kat opis ni , maka lagi mudahla memikir-mikir yang bukan-bukan. Teringat lepas terjadinya dugaan ini.. macam-macam kata-kata yang mama terima dari orang-orang sekeliling. Kata-kata semangat, kata-kata simpati dan tak kurang jugak kata-kata pelik yang mama tak boleh lupa sampai sekarang. Mungkin dalam keadaan sedih yang amat sangat, susah mama nak merasionalkan setiap kata-kata yang disampaikan. Apa pun semua ni juga jadi pengajaran buat mama, andai diuji, berhadapan dengan orang yang ditimpa musibah yang sama...perlu berhati-hati dengan setiap apa yang dituturkan... .The tongue is a sharper weapon than a sword.. .Tak semua orang mampu menerima setiap kata-kata itu secara terbuka.. .Adakalanya ia lebih menyakitkan .. .Moga-moga dengan terluahnya di sini, mama mampu melupakan kata-kata itu..yang kadang-kala masih tergiang-giang di telinga ini.. .
1. "Sabar yer Fad.. . At least Fad dah ada sorang kat sana, akak ni walaupun dah ada 4 orang, tak tentu boleh jaga akak kat sini.. ."
Realitinya..setiap ibu pasti inginkan anak di hadapan mata.. .Betul ke kami ibu-ibu yang diuji ini mampu merasa lega sebab dah ada yang mampu menarik kami ke syurga nanti..
2. "Tak pe..baru 6 bulan kan.. .kalau 8 bulan mesti lagi sedih... ."
Setiap ibu yang mengandung pasti impikan anak yang sihat dilahirkan pada 9 bulan. Tak de sape boleh terpk..anak dalam kandungan meninggal di usia 6 bulan apatah lagi 8 bulan. Perlu ke dibeza-beza kesedihan itu pada lain-lain stage kehamilan.. .Lagi sedih sebab yang menuturkan itu adalah nurse yang bekerja di wad bersalin.. .Orang yang pastinya menyaksikan kelahiran ataupun kematian setiap hari.. .
3. "Sabar yer Fad, at least Fad dah 2 orang anak. "
Naluri keibuan..anak-anak pasti tak kan ada gantinya. Yang sulung, yang ke tiga mahupun ke sepuluh, kesedihan pasti akan terasa biler berpisah abadi dengan mereka. .. .
4. "Ni mesti sbb puasa hari tu langsung tak tinggal.. ."
Clueless..tak reti nk respon mcm mana.. .Sedih yang amat sangat actually... .Sbb Ramadhan tahun ni paling indah..Ramadhan bersama dier.. .Teringat biler kiter confirm peknen, biler kawan-kawan tanya...mama jawab.. .Alhamdullillah, tahun ni boleh puasa penuh (kata-kata inilah buat mama selalu terjaga mlm masa mula-mula diduga dulu).. .Sedihnya..Aisyah mmg hadir utk teman mama puasa penuh.. .
5. "Lah..menangis lagi ke.. . Tengok dugaan kiter lagi hebat.. (mula bercerita pasal konflik rumahtangga nya )"..
Syaitan cucuk jarum..at least ko tak kehilangan suami... .Allah tgh uji korang, uji ko sbg isteri, dier sbg suami..tgk mcm mana korang hadapi. Mcm mana nk cuba adjust dugaan kiter..rasa sedih kiter..agar sama mcm yg dier rasa..pening-pening.. .
6. "Tak pe Fad..mungkin kalau dier lahir dier tak sihat, dier cacat. Mungkin lagi susah korang nanti.. ".
Sesungguhnya kami tak pernah diuji sehebat itu.. (walaupun kakak Auni confirm hemivertebra L4 - skeolosis..tp untill now, everything masih dalam pengawasan). Tapi untuk menerima kata-kata itu di awal hari tu, rasa pedih sangat. Apatah lagi, sepanjang mengandung, mama tak de apa-apa masalah setiap kali pemeriksaan.. .Ego kami, kalau boleh kami ingin membelai dan menjaganya seperti anak-anak kami yang lain walaupun dier cacat dan tak sihat.. .Wallahualam.. .Allah maha mengetahui.. .Dier pasti tahu sampai tahap mana kesabaran kami biler diuji.. .Sampai sekarang, bagi mama Aisyah tak de cacat celanya.. .Anak mama yang paling comel... .
7. "Petang ni mama bakal dapat cucu lagi.. ."
SMS adik ipar pada ibu nya di hari mama dimasukkan ke hospital untuk induce Aisyah. Sayunya rasa hati. Kelaka ke cerita ibu kehilangan anak dalam kandungan. Moga di buka kan pintu hatinya, untuk kemudian-kemudian hari.. ingat, tak semua perkara boleh dibawa bergurau senda... .
8. "Sabar yer Fad. Ingat..kalau DIER bagi memang dier nak bagi.. .Kalau dier tarik semula, pasti ada la benda yang DIER nak kiter pikir... . Anak itu juga tak mahu dilahirkan, sebab dier tak mampu berjanji denganNya untuk berbuat baik di dunia ini.. ".
Pening kepala mama pikir. Tak terjangkau dek ilmu yang ada pada kata-kata itu. Rasa bersalah membuak-buak biler ingat kata-kata ini. Dosa apa yang membuatkan rezeki yang dijanjikan untuk kami ditarikNya.. .Sedihnya.. .Mama pujuk hati untuk telan kata-kata ini. Secara tak langsung, ia juga ingatkan mama pada satu janji yang pernah dibuat suatu waktu dahulu denganNya.. .Wallahulam.. .
Ni la antara kata-kata yang kalau boleh mama nk erase dari ingatan.. .Kata-kata ni la yang buat mama rasa nak duduk diam-diam dalam rumah..tak mahu jumpa sape-sape. Takut mendengar kata-kata yang buat mama rasa down semula. Moga segala-galanya mama boleh terima..moga mama boleh berfikiran positif..niat mereka adalah untuk mengurangkan kesedihan mama.. .Buat mama kuat, tabah dan redha hadapi segala-galanya.. .
Ok, habis sudah rasa sedih-sedih.. .Back to cerita raya pulak..alhamdullillah meriah dan seronok mcm dulu-dulu. Tapi baru perasan, tahun ni raya, gambar dalam kamera penuh gambar lembu korban je.. .Kami tak berposing langsung.. .hihihi... .Kat bawah ni ada la sket2 gambar yg sempat di snap masa raya.. .Selebihnya aktiviti makan, makan dan makan aje... .
2 jejaka yg sedang rancak bersembang.. .Abang Akif n his bestest cousins..Mukhlis..
Till then, mama harap moga hari-hari mendatang dipenuhi keberkatan dan rahmat dariNya. Salam Aidil Adha buat semua... .
3 comments:
zuliana abd rahman said...
Salam Fad, banyaknya 'tekanan' dari orang sekeliling ye.Yana dulu pun dapat tekanan macam tu juga.Tapi dari sebelah family yana.Sampai MIL tak bagi yana pantang kat rumah mak, biar dia jaga kat rumah yana sendiri.Dia takut yana stress.Iyelah..baru lagi kan.Kita pun belum kuat semangat lagi.
Dalam banyak2 kata dan pertanyaan yang yana terima ada satu yang yana takkan lupakan sampai sekarang."Dahla nak dapatkan anak susah.Dah dapat meninggal pula".Rasa macam nak nangis depan dia masa tu.Seolah2 menyalahkan takdir yang Allah dah tentukan untuk kita.
Fad, yana kalau sedih2 kan.Yana selalu ingat ayat ni jer, "SEMUANYA HANYA PINJAMAN, KITA PUN AKAN MATI JUGA BILA SAMPAI MASANYA NANTI.INSYAALLAH JALAN UNTUK KITA DI SANA AKAN LEBIH MUDAH DENGAN ADANYA ANAK2 KITA DI SANA".Alhamdulillah..hati yana mudah terubat dgn kata2 tu.
Takpe Fad, mereka tak mengalaminya mungkin sebab tu mereka tak faham apa yg kita rasa.Sabarlah...kami(mama iud) kat sini kan ada.Sentiasa faham apa yang Fad rasa.
mamaonie said...
Tu la Yana...benda-benda mcm ni la buat Fad tak mo kuar rumah jumpa sape-sape.. .Takut hati yg tgh rapuh sgt ni mudah sgt terguris dengan kata-kata... .Betulkan..hanya yang melalui, tau apa yg sebenarnya di rasa... .Moga perkongsian ni mampu kurangkan penderitaan dan rindu kita pada mereka... .
zuliana abd rahman said...
Yup betul tu.Yana pun kalau rasa jiwa tak keruan dan rindu menjengah pasti akan luahkan dalam blog nie sebab rakan2 mama angel yg lain pasti akan menjadi 'pemujuknya'.Susah nak share dgn orang yang tak melaluinya sebab mereka tak merasai.
Fad, mula-mula ni memang selalu teringat dan bersedih, lama-lama nanti hati Fad akan terubat juga.Yana dulu pun macam tu juga.Sekarang ni dah okey sikit.Tapi kalau lihat orang dukung baby seusia arwah, teringat juga pada dia.