Salam...
Yea..we finally at the last day of 2011..
Tahun penuh dugaan..byk sangat-sangat cabaran..or bahasa mudahnya..tahun yang tak berapa best bagi mamaonie.. .

The first 6 months of 2011...agak menyeronokkan...
Officially jd mak long..dpt 2 anak saudara dari belah babah (eventhough belah mama dh 9!)
Kami sahabat baik bercuti ke Sabah bersama family..best..best..best..sungguh meriah ngan anak masing-masing..
Back to Sabah after 1 week return to KL!
Ikut babah back to school..holiday kat utara..penang, kedah, perlis...
The sweetest thing ever....confirm pregnant a day before my 30th birthday ..(syukur alhamdullillah)
The next 6 months..semuanya nampak kacau bilau...
Office kena pecah masuk...habis hilang digital kamera (Alloo..ofis gomen yer...yg siap ada pak guard, cctv ngan kena ada kad pekerja or fingerprint kalau nk accesss.... .Sakit kepala n hati biler tak de sape nk bertanggungjawab)
Find out collegue rupanya dok sebat duit projek all this while...(tension sbb byk lg nk buat tp budget tak cukup...tobat tak mo keje ngan dier lg..huhuhu)
First time masuk pertandingan..tak ingat kena slash ngan juri...mcm keje saya sia-sia je selama ni..(demoralized sungguh daa..)
Pi interview utk promotion tp tak dpt (pelik gak ngan mereka yg dpt..tp nk buat camne...rezeki kami belum tiba)
Plan nak berhijrah tapi tertangguh lagi...tak tau apa cerita, masih tak dapat berita dari sana...sungguh hati ini tak sabar nak mulakan kehidupan baru di tempa baru... .
Dugaan terhebat dari mu Ya Allah...anak dalam kandungan hanya dipinjamkan selama 6 bulan..kerdil sungguh rasa diri..lemah sgt emosi...masih belajar terima hakikat bahawa ini yang terbaik buat kami.. .

Sungguh tahun ni tahun ujian buat mamaonie.. .Terlalu banyak yang dingini tapi tak dapat.. Masih memujuk hati untuk positifkan diri...Allah punya perancangan yang lebih baik buat kami.. .Mungkin tahun ini usaha tak setekun mana, amalan tak sehebat mana... .Moga setiap peristiwa yang dilalui menjadi iktibar buat mama..panduan menempuh hari-hari mendatang... .

Mohon kedatangan 2012 membawa lebih banyak rahmat dan bahagia dariNya.. .Moga kami menjadi insan yang lebih hampir denganNya.. .Mohon agar segala urusan dipermudahkan oleh Nya.. .

Akhir kata..selamat tahun baru semua!

p/s: 1.1.2012 is my supposed-due date.. .how mama & babah wish to hold you tight in our arm Aisyah, but somehow we know you're smilling happily from jannah right now... .Miss u!


Salam... .
Kami sekarang berada di kg tanjung serindit, satu kampung nelayan dekat dengan Panggerang Johor. Ni kampung asal atuk jamil. Datuk sebelah babah. Majoriti orang kat sini nelayan, ada jugak yg kerja dekat ladang kelapa sawit. Ni tempat percutiaan favourite kami sekeluarga. Walaupun bunyinya macam balik kampung jer..tapi sebenarnya kami tak de keluarga terdekat pun kat sini. Atuk masih kerja di shah alam. Rumah ni pun hanya berpenghuni bila cuti sekolah. Seronok kat sini sebab suasananya aman damai, tenang dan part paling best..makanan seafood yang segar, sedap dan murah. Seronok sangat-sangat....

Seven years back, dalam cuti yang sama (musim cuti krismas) kami berada di sini. Masa inai masih merah dijari, setelah kenduri di kedua-dua belah selesai (mama 11 dec, babah 19 dec) kami di bawa ke sini. Untuk diperkenalkan ke keluarga sebelah johor pulak. Secara kebetulan, di waktu itu juga..mama period yang terakhir sebelum conceived kakak auni... .(hmm..how i wish that magic could be repeated)..

Sedar tak sedar, tu cerita 7 tahun yang lalu. Last two weeks, kami celebrate anniversary yg ke tujuh. Sungguh tak percaya. Tujuh tahun yang penuh ceritanya. 6 tahun dari usia perkahwinan ini, mama dan babah jalani sebagai weekend couple. Babah di atas gunung, mama di lembah. Hanya hujung minggu masa kami bersama. Sejak 6 tahun yang lepas, babah tak pernah lepaskan peluang travel 300 km selama 3 jam untuk mengisi hujung minggu bersama kami. Kalau di rumah lama, jumaat jam 9 malam babah sampai dan isnin 4.30 pagi babah bertolak pergi. Penat sungguh rutin waktu tu.. .Dan menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu jarak jauh ni, tanpa pembantu mahupun ahli keluarga terdekat, dah macam-macam pengalaman mama lalui. Diganggu tengah malam oleh orang asing bermotor yang mengaku kawan babah sbb konon-konon mahu meminjam duit atau kereta untuk membawa pulang isteri yang baru lepas bersalin di hospital (nauzubillah , sangat menakutkan..mujur Allah melindungi kami waktu itu), membawa kakak auni yg waktu itu berusia setahun lebih ke klinik tengah-tengah malam sbb tak berenti nangis dari siang, rumah bergelap sbb fius terbakar tengah malam (mujur jiran ada no technician, melayang 400 mengganti fius waktu itu ) dan macam-macam pengalaman pahit manis dilalui.. .Sungguh kadang kala mama pun tak percaya mama lalui. Banyak yang pahit dari manisnya.. .Di awal-awal kami mula berjauhan, mmg mama byk nangis. Tak sabar, asyik merungut, selalu bersedih..sungguh torture emosi. Kakak auni n akif yang paling terseksa...kekadang faham babah jauh tengah bekerja, kekadang meragam sbb perlukan babah yang selalu tiada. Susah nak pujuk diri waktu tu..sbb selalu fikir, bila kahwin akan selalu bersama babah..tak sangka rancangan Dia adalah sebaliknya... .Hmmm....Akhir-akhir ni je mama rasa makin sabar menghadapi dugaaan ini...semakin tenang dan yang paling penting redha menjalani hidup ini. Mujur sewaktu diuji kehilangan Aisyah, babah ada kerja di samping kami, maka banyak masa babah habiskan dengan kami. Sebab itu mama nekad berpantang mengikut babah, biarpun masing-masing tak tau mcm mana nk lalui waktu pantang itu... .

Harapnya segala ini cepat berlalu. Tak putus-putus kami berdoa, semoga kami akan menjadi keluarga sebenar mcm org lain. Auni dan akif akan punya babah bila-bila masa mereka perlukan...

Dan setelah tujuh tahun, kami kembali semula ke sini. Dalam mood merayakan ulangtahun sambil menghabiskan baki cuti. Kebetulan hari bersejarah, 2 minggu yang lepas..11 dec, babah ada function melibatkan menteri..tak berkesempatan bersama kami. Maka minggu ni, harapnya kami dapat meluangkan sepenuh masa yang ada bersama.... .

For my other half, en Saiful...thanks for those 7 wonderful years... .for the ups and down, through the thick and thin... .May this wonderful life being bless by Allah and last forever untill Jannah... .Amin... Babah...mama, auni, akif (and late aisyah ) always love u... .





Salam..Rindunya.... .rindu nk berada di sini.. .tempat mama mengadu kesedihan... .tempat mama meluahkan kerinduan... Tempat mama berkongsi kisah dengan teman-teman yang sama-sama diuji...tempat mama mengintai kisah-kisah mereka dan pelajari rencana yang maha Esa aturkan adalah yang terbaik buat kami... .Sungguh, di sini terapi paling berkesan buat mama (selain mengadu denganNya).. .rindunya.. .insya Allah, dengan saki baki 2011 yang ada ni..., dalam mood bercuti panjang ni... (kami dh berada di kampung pun!!), moga diberi kesempatan menjenguk sini selalu.. .berkongsi cerita-cerita seperti dulu.... .aminnnn.... .
Anyway, bulan December bulan penuh makna... .bulan ulangtahun perkahwinan kami..(.7 tahun...mcm tak percaya..) .bulan terakhir mama 'bersenang lenang' menikmati rutin sekarang sbb kakak auni dh msk darjah 1 tahun dpn (waaa...ada kena bangun pkl 5.30 pagi tahun dpn sbb dh ada 2 tempat kena singgah pagi-pagi..), bulan superbusy kat opis.. (maklumlaa ...saya yang menurut perintah...segala mak nenek report kena setel...tambah-tambah nk cuti panjang) dan yang paling-paling meruntun hati..bulan yang sepatutnya kami sambut kedatangan Aisyah...(hmmm..rindunya mama..minggu ni tak sempat la nk jenguk adik sayang.. .rasa sedih tu ada lg rupanya..tak kuat mana lagi mama rupanya... .)
Hmmm....moga-moga mama boleh cerita satu-satu nanti... .aminnnn.. .
Ok la..nnt sambung cerita lagi...till then..bye... .



Salam..
Mood kacau bilau sejak semalam.. .
Kisahnya, pergi majlis kenduri..tiba-tiba sahabat baik tanya bila mahu melawat baby baru member. Terpinga-pinga tak tau cerita. Sahabat tanya tak dapat mesej ke...isteri member dah selamat bersalin semalam. (Kami sama due, juga anak ketiga... ).Gembira dengar berita ni..syahdu pun ada... . Bersembang tak ingat dengan member tu semalam..tapi tak sepatah pun bgtau yang segalanya dah selamat... .Hmmm...terlupa barangkali atau mahu menjaga hati, takut mama sedih semula... .

Tengah seronok makan dan bersembang pun jumpa lagi seorang member. Terperanjat juga mama bila baru tahu dier sedang berbadan dua. 2,3 kali jumpa sebelum ini di opis...macam-macam benda dah cerita dengan dier. Paling tak boleh lupa..last sekali jumpa..sebelum berpisah, mama sempat beritahu dier...tak pe la anak ke 4 nnt kiter sama-sama pregnant... .Ingat lagi dier gelak-gelak je.. .Rupa-rupanya dah berisi waktu tu..5 bulan lagi.. .Hmmm..terlupa juga mungkin...atau macam tadi..mahu menjaga hati, tak mahu mama sedih semula.. .

Hmmm..waktu-waktu macam ni la mama inginkan butang reset. Kalau hidup semudah itu, mahu aje ditekan butang tu sekarang. Mahu kembali ke keadaan dulu-dulu. Sebelum kami diuji. Bukan niat mahu melupakan Aisyah (tak mungkin sayang...), cuma kami tak mahu mereka di sekeliling terus melayan kami dengan pelik sebegini. Insya Allah kami sudah redha. Makin kuat menerima ketentuan ini. Semakin menyakini, apa yang terjadi adalah yang terbaik untuk kami. Waktu-waktu macam ni la mama rasa ingin lari jauh-jauh. Tak mahu dijumpa sesiapa yang mengenali kami..mahu mereka juga melupakan cerita itu. Biar kami dilayan normal semula.. .Hmm..entah la...tak tahu bagaimana mahu diluah... .

Hmm..tapi inilah realiti kehidupan.. .Tak akan wujud butang reset itu. Apa yang terjadi, akan terus terjadi..life's going on.. .Moga kami terus tabah..moga kami diberi kesempatan untuk menyampaikan kepada semua bahawa kami sudah benar-benar OK. Aisyah sudah riang di sana. Di tempat terbaik bersamaNya... .


Salam..
Wah..wah..sangat la seriusnya tajuk entri ni. Ilmu pun tak tinggi mana. Tapi sbb terrr tengok rancangan Ustazah Pilihan semalam.. (tak pernah tgk 1 episod pun, tetiba tengok episod akhir la pulak..) terasa nak menulis pasal ni.. . Last assignment ustazah-ustazah tu adalah berkaitan dengan pernikahan di sempadan, so secara tak langsung ada la kaitan dengan tajuk entri ni. Secara kebetulan jugak, kami berhadapan dengan sahabat baik yang sedang menghadapi ujian ini. Moga diberi kekuatan oleh Nya, berdasarkan jugak input yang dapat dari rancangan tu..boleh la sket sebanyak diterangkan pada dia tentang apa yang perlu diketahui dalam poligami. Baik mama tulis elok-elok kat sini..mana tau point ni boleh jugak guna untuk berdebat dengan mana-mana lelaki yang menyimpan hasrat berpoligami... .

Pernikahan dalam poligami yang kami tengok dalam rancangan tu berlaku di sempadan. Antara alasan splastik yang banyak lelaki pakai bila ditanya kenapa pilih bernikah di sini adalah sebab leceh nak berhadapan dengan urusan mahkamah di tempat sendiri. Urusan mahkamah yang menjurus kepada permohonan mendapatkan kebenaran berpoligami atau bernikah lagi. Sungguh la, bagi mama kalau dengar alasan ni memang la pasangan tu bernikah banyak didorong atas dasar nafsu semata-mata. Sebabnya, adakah mereka sedar urusan mahkamah tu sebenarnya adalah untuk memastikan si lelaki benar-benar layak berpoligami khususnya dari segi kewangan dan secara tak langsung jugak nak menjamin si perempuan dari teraniaya di kemudian hari.. .Hmmm.....susah nak cakap kan, bila dah namanya cinta..segalanya nampak indah. Sesuatu yang tak pasti hujung pangkal pun nampak remeh. Bak kata Mursyidah malam tadi..pasangan bernikah tu terburu-buru menikmati kelazatan madu, tapi terlupa akan sengatan lebahnya. Sungguh, satu perumpamaan yang sangat indah.... .

Kebanyakkan pernikahan di sempadan tu jugak berlaku atas alasan tak mendapat keizinan isteri, wali dan yang lebih penting ayah dan ibu. Sungguh la mama tak faham...bukankah mendirikan perkahwinan itu suatu ibadah, sesuatu yang lebih afdal dimulakan dengan langkah kanan. Kalau dah tidak mendapat restu ibu dan ayah , adakah masih dikira bermula dengan langkah kanan? Dan seperti yang kita maklum, restu ibu dan ayah lah yang membawa berkat dalam kehidupan. Andai berkat tiada dalam perkahwinan, di mana mahu diperolehi rahmatNya?bagaimana pula dengan kebahagiannya nanti?. Nauzubillah...sungguh la tinggi risiko yang diambil. Bak kata salah seorang ustazah malam tadi...andai si perempuan mengandung dan tidak diketahui ahli keluarga..bukankah masalah lebih besar boleh terjadi. Bukankah boleh mengundang fitnah. Fuhhh....fikir-fikirkan lah. Keizinan dari isteri..sesuatu yang sangat subjektif. Mungkin isteri tidak izinkan kerana dia tahu kemampuan sebenar suami (maklumlah dah bertahun bersama), mungkin kerana rasa pedihnya jiwa raga membayangkan berkongsi kasih dengan perempuan lain... dan yang paling pasti mungkin atas rasa tamak tak mahu berkongsi si suami , kekasih hati dengan sesiapa. Analoginya, sedangkan harta kesayangan seperti baju atau kereta pun tak mahu berkongsi milik apatah lagi teman duniawi yang dah berjanji sehidup semati.. .Hmmm... susah nak bicara aspek ini..yang mengalaminya saja mampu berkata-kata.. Keizinan dari wali pulak perlu ada ilmu untuk dibicara.. .Mamaonie tak punya pengetahuan cukup untuk mengupasnya..namun yang pasti segala yang ingin dilakukan perlu berlandaskan syariat..barulah sah apa yang terjadi..insya Allah datanglah berkat dan kebahagian dalam rumahtangga nanti.

Alasan unik kenapa bernikah di sempadan jugak adalah kerana ingin menyelamatkan akidah pasangan. Kes ni juga melibatkan mereka yang kembali ke agama fitrah, Islam atau lebih dikenali golongan muallaf. Teringat bicara tetamu Islam Destinasiku, Radio Ikim minggu lepas (Subhanallah..sungguh mama tak boleh ingat namanya), lebih kurang gini bunyinya..Allah sayangkan hamba-hambanya..adakalanya manusia diberi hidayah melalui perkahwinan dan adakalanya terjadi muallaf yang memeluk islam melalui perkahwinan agak lambat memahami syariat yang terkandung di dalam islam. Hmmm..dari awal mungkin sudah boleh jangka apa yang terjadikan. Permulaan yang nampak sempurna, niat bernikah, berpoligami kerana ingin menyelamatkan akidah. Tapi kenapa terjadi secara sembunyi? kenapa pasangan di bawa lari? Apa mesej awal yang ingin ditunjukkan kepada golongan saudara baru ini? Sungguhkah mampu membimbing dan menunjuk ajar mereka kemudian hari andai jemputan awalnya ke agama fitrah sedikit meragukan? Hmm...secara tak langsung, di sinilah terpakai hadis di bawah..

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

Niat tak pernah menghalalkan cara....wallahualam.. .

Sungguhla berkobar-kobar mama bila menulis pasal ni.. .Moga semangat ini dapat dikekalkan dan moga ilham lebih mencurah-curah andainya perlu untuk berdiskusi mengenainya suatu hari nanti. Moga pasangan yang diuji dariNya dengan ujian ini..diberi kekuatan olehNya jua untuk tabah menghadapi hari-hari mendatang.. .Aminnn.. .Badan pun dah penat, mata pun dah ngantuk..till then,moga kita berjumpa lagi..Insya Allah.



Salam .... .
Ini cerita hari ahad..tp baru mlm ni nk update..(sangatla hampess..)
Tapi lagi hampes sbb rasa tak mo citer pun pasal hari tu,...saja-saja letak title tu sbb tak tau nak taruk apa...hihihih.. .
Breakfast hari tu biasa-biasa jer... .Auntie Bai nak tunaikan janji pada kakak Auni..konon-konon nak antar pancake breakfast kat rumah, tapi terus belanja makan kat McD (tak aci..tak aci...ni bukan home-made la auntie..). Masa mama belek-belek kamera tadi..baru perasan gambar bawah ni... Gambar ni masa tengah breakfast hari tu... .
Ni gambar baby Ayris.. .Sangatla comel..badannya bam-bam.., cara dia tengok orang tak mcm baby 3 bulan.. . First time jumpa mmg geram sangat-sangat.. . Yang tak disangka-sangka..tiba-tiba hari tu babah nak pegang dier.. .Masa babah amik dier, macam-macam dah mama rasa, macam-macam yang mama pikir..(apalagi syaitan cucuk jarum laa)..kalau tak mesti babah dapat pegang baby sendiri lagi tahun ni..nak buat mcm mana, dah tak de rezeki ..huhuhu.. .
Babah yang mama kenal..tak suka dukung baby.. .Anak buah mama yang berderet-deret tu pun boleh kira sape je yang dier dukung waktu kecilnya..apatah lagi anak member-member.. . sepanjang ingatan mama, mcm dier tak pernah dukung sape-sape (nasib baik anak sendiri, dier pegang dukung..heheh). Ermmm...maybe baby Ayris comel sangat atau pada mama..mungkin ada lagi 'side' babah yang mama tak kenal lagi.... .
Teringat sepanjang diduga ini..hanya 3 kali babah nangis.. .Mula-mula dalam kereta, masa beritahu ayah dier baby kami dah tak de.. .Masa kat klinik, mula-mula Dr beritahu, sangat la dia macho..siap membebel kat mama apa puncanya (maybe terperanjat sgt waktu tu..).Tak sure apa yang ayah mertua beritahu, dier teresak-esak nangis masa bercerita.. .Lepas-lepas tu dier jadi macho la sangat.. .Paling tak larat, dalam labour room... sambil-sambil mama tahan sakit kena induce, macam-macam lawak dier buat... .Sebab mama nekad nak berpantang dengan babah, dan-dan tu dier google resepi-resepi ibu berpantang.. .Macam-macam website kami jumpa, banyak yang kelaka dari apa yang nak dicari.. .Sampai la Aisyah selamat dikebumikan, mama dah tak pernah tengok babah sedih lagi.. .Sampai la suatu hari kami gaduh , mama tercakap babah mesti tak sedih hilang baby, sebab mama tak pernah nampak babah nangis lagi..terus waktu tu dier nangis. .Kata-kata yang mama tak boleh lupa..mana mungkin dier tak sedih, Aisyah dier sembahyangkan, Aisyah dia pangku bawak ke tanah perkuburan dan dia jugakla yang letakkan Aisyah di tempat persemadiannya..liang lahad.. Mana mungkin dier tak sedih.. Sudahnya lepas peristiwa tu, mama jadi tak boleh nangis.. .Bila sedih je..mesti babah marah.. Macam yang mama bagitau member baik di opis, bagus jugak babah macam tu..kalau tak mama yang cenggeng ni memang lagi menjadi-jadi la menangisnya.. .huhuhu... .
So, bile tengok babah pegang Ayris..mama tak boleh teka apa babah rasa.. .Dalam kereta pun tak henti-henti cerita pasal sukanya dier pada Ayris...something yang memang bukan peel babah.. . Mungkin babah betul-betul gembira jumpa Ayris, mungkin babah tengah sedih ingat Aisyah atau mungkin babah rindu sangat-sangat nak pegang baby girl lagi... .Hmmmm..sungguh perkenalan selama 11 tahun pun buat mama tak kenal betul-betul babah lagi.... .
Hari ni pun rasa rindu pada Aisyah.. .Pelik kan rindu ni.. .Mama tak sempat belai Aisyah pun.. Aisyah, Allah pinjamkan 6 bulan jer..tapi tak tertanggung rasa rindunya.. .Kalau la Allah uji minta mama pulangkan semula harta yang dipinjam selama 3 tahun, 6 tahun, 11 tahun atau 30 tahun ..nauzubillah..mesti mama tak boleh tanggung rindunya... .Tak boleh dan tak mo imagine macam mana... .Mohon diri dikuatkan selalu..ingat setiap yang direncana buat kiter, adalah tanda kasih sayangNya... .
Sebelum berenti nak share satu mutiara kata...
"Sibukkan diri dalam usaha memperbaiki kelemahan diri...kita pasti tak kan sempat melihat keaiban orang lain... ."
Semoga mampu beramal dengan nya... . Aminnnn.. .
P/S: Rasa mcm ditikam-tikam, dirobek-robek dada tengok fb.. macam-macam status kawan-kawan ngan baby baru masing-masing.. .Sendiri tengok, sendiri rasa, sendiri sedih, sendiri cari masalah.. .Bila la hati ni betul-betul boleh terima...segala yang terjadi, telah terjadi...hidup mesti diteruskan...biarla mereka dengan cerita-cerita gembira mereka... .hmmmmmm .... .


Hari-hari lalui perkara yang sama… .
Bangun pagi - siapkan anak (kalau nasib baik, depa tak banyak kerenah, mudah disiapkan…nasib tak baik, kena main drama.. tabur janji dengan macam-macam perkara)
Kalut antar anak pi sekolah- drive dengan ‘tenangnya’ nak elak punch card yg selalu merah..(salah lalulintas ni ….alasan tipikal yang tak sudah-sudah)
Masuk Opis-mulakan lab sambil mengadap computer (report, paper, jurnal + kekadang fb, blog ngan newspaper..hihihi)
Rehat, Lunch - makan + solat..sekali makan , nasik + ayam goreng jer, RM5, kalau 1 minggu?? 1 bulan?? huuuuuuuuhhhhh baik tak yah kira.. (tu lupa nk mention menu breakfast..nasik lemak + telur goreng.. RM 2 sehari…)
Petang- lagi sekali berperang atas jalan raya (sakit hati, pening kepala..)
Sampai umah-bersilat siapkan macam-macam benda-makan malam, kain baju, kerja sekolah anak, kemas mainan, kemas umah, siapkan segala benda utk esok..baru 10 mlm dah melepek tak de tenaga....
Badan penat, fizikal letih, emosi tak stabil...sudahnya nak layan anak-anak pun tak seberapa...(benci.. benci..benci...)

Bosan..penat..stress..speachless….

Kalau hidup caturannya di tangan kita…nak saja hentikan semua ni…
Jeles, dengki, cemburu ngan ibu-ibu yang ada peluang dok rumah selalu..
Layan anak sepenuh masa..didik mereka sendiri..
Kekadang menyampah..kenapa diri tak kuat, tak yakin..rezeki ada di mana-mana…
(syaitan cucuk jarum..abis segalanya nak minta kat cik abang ke.. nafsu baju baru, tudung baru, tupperware baru dan segala bagai barang yang tak de penghujung listnya..huuhhh sape nk sponsor nanti...).

Tolongla Ya Allah..permudahkan la urusan hambamu ini… .Moga segala perbuatan dan amalan harianku adalah bekalan pahala buatku mengadapMu nanti.. .Bantu la aku mengikhlaskan hati, tabahkan diri.... . Bantu la kami dalam menjalani kehidupan ini... .


60 Hari Yang dah Berlalu...
60 Hari Yang penuh Warna-warni...
Warna Duka, Sedih, Bingung....yang mungkin Hitam, Kelabu dan Biru Tua..Mencengkam Jiwa..
Warna Sabar, Redha dan Pasrah..yang mungkin Biru, Hijau dan Ungu .. Menjengah Datang dan Pergi..
Warna Bersalah, Marah dan Kecewa..yang mungkin Merah, Oren dan Kuning...Kadang-kala Menganggu Jiwa...
Namun yang Pasti..warna RINDU yang Tak Pernah Bertepi..Semestinya si Merah Jambu.. Tersemi Kukuh di HATI... .
Aisyah Bt Saiful Zaimi...15 Mei 2011 -17 September 2011 (saat terpisahnya 2 jasad di alam dunia).. . Moga adik damai di sana. Mama pinta perkenanNya..agar kiter bertemu lagi... .Doakan mama dan babah sejahtera di sini, Moga syafaat adik menjadi pemberat timbangan kami di sana nanti... .
Wahai Hati..tenanglah dengan ujian tak seberapa ni.. .Lepaskan la segala-galanya pergi.. .Ya Tuhan, Ya Rabbi..bantulah aku menyakini..Ini yang TERBAIK buat kami... .
kata-kata indah dari seorang teman...
"Semuanya hanya pinjaman, kita pun akan mati juga bila sampai masanya nanti. Insya Allah jalan untuk kita di sana akan lebih mudah dengan adanya anak-anak kita di sana".
~thanks Yana, for this wonderful reminder.. .Penenang hati, pengubat jiwa.. .Al-fatihah buat puteri-puteri kita.. ..






Salam...
Masih dlm mood hari raya.. .Hari ni hari Tasyrik yg terakhir, 13 Zulhijjah ...tp masih nk tulis mengenai citer itu.Huhuhu... .Sbb dok sorang-sorang kat opis ni , maka lagi mudahla memikir-mikir yang bukan-bukan. Teringat lepas terjadinya dugaan ini.. macam-macam kata-kata yang mama terima dari orang-orang sekeliling. Kata-kata semangat, kata-kata simpati dan tak kurang jugak kata-kata pelik yang mama tak boleh lupa sampai sekarang. Mungkin dalam keadaan sedih yang amat sangat, susah mama nak merasionalkan setiap kata-kata yang disampaikan. Apa pun semua ni juga jadi pengajaran buat mama, andai diuji, berhadapan dengan orang yang ditimpa musibah yang sama...perlu berhati-hati dengan setiap apa yang dituturkan... .The tongue is a sharper weapon than a sword.. .Tak semua orang mampu menerima setiap kata-kata itu secara terbuka.. .Adakalanya ia lebih menyakitkan .. .Moga-moga dengan terluahnya di sini, mama mampu melupakan kata-kata itu..yang kadang-kala masih tergiang-giang di telinga ini.. .


1. "Sabar yer Fad.. . At least Fad dah ada sorang kat sana, akak ni walaupun dah ada 4 orang, tak tentu boleh jaga akak kat sini.. ."
Realitinya..setiap ibu pasti inginkan anak di hadapan mata.. .Betul ke kami ibu-ibu yang diuji ini mampu merasa lega sebab dah ada yang mampu menarik kami ke syurga nanti..

2. "Tak pe..baru 6 bulan kan.. .kalau 8 bulan mesti lagi sedih... ."
Setiap ibu yang mengandung pasti impikan anak yang sihat dilahirkan pada 9 bulan. Tak de sape boleh terpk..anak dalam kandungan meninggal di usia 6 bulan apatah lagi 8 bulan. Perlu ke dibeza-beza kesedihan itu pada lain-lain stage kehamilan.. .Lagi sedih sebab yang menuturkan itu adalah nurse yang bekerja di wad bersalin.. .Orang yang pastinya menyaksikan kelahiran ataupun kematian setiap hari.. .

3. "Sabar yer Fad, at least Fad dah 2 orang anak. "
Naluri keibuan..anak-anak pasti tak kan ada gantinya. Yang sulung, yang ke tiga mahupun ke sepuluh, kesedihan pasti akan terasa biler berpisah abadi dengan mereka. .. .

4. "Ni mesti sbb puasa hari tu langsung tak tinggal.. ."
Clueless..tak reti nk respon mcm mana.. .Sedih yang amat sangat actually... .Sbb Ramadhan tahun ni paling indah..Ramadhan bersama dier.. .Teringat biler kiter confirm peknen, biler kawan-kawan tanya...mama jawab.. .Alhamdullillah, tahun ni boleh puasa penuh (kata-kata inilah buat mama selalu terjaga mlm masa mula-mula diduga dulu).. .Sedihnya..Aisyah mmg hadir utk teman mama puasa penuh.. .

5. "Lah..menangis lagi ke.. . Tengok dugaan kiter lagi hebat.. (mula bercerita pasal konflik rumahtangga nya )"..
Syaitan cucuk jarum..at least ko tak kehilangan suami... .Allah tgh uji korang, uji ko sbg isteri, dier sbg suami..tgk mcm mana korang hadapi. Mcm mana nk cuba adjust dugaan kiter..rasa sedih kiter..agar sama mcm yg dier rasa..pening-pening.. .

6. "Tak pe Fad..mungkin kalau dier lahir dier tak sihat, dier cacat. Mungkin lagi susah korang nanti.. ".
Sesungguhnya kami tak pernah diuji sehebat itu.. (walaupun kakak Auni confirm hemivertebra L4 - skeolosis..tp untill now, everything masih dalam pengawasan). Tapi untuk menerima kata-kata itu di awal hari tu, rasa pedih sangat. Apatah lagi, sepanjang mengandung, mama tak de apa-apa masalah setiap kali pemeriksaan.. .Ego kami, kalau boleh kami ingin membelai dan menjaganya seperti anak-anak kami yang lain walaupun dier cacat dan tak sihat.. .Wallahualam.. .Allah maha mengetahui.. .Dier pasti tahu sampai tahap mana kesabaran kami biler diuji.. .Sampai sekarang, bagi mama Aisyah tak de cacat celanya.. .Anak mama yang paling comel... .

7. "Petang ni mama bakal dapat cucu lagi.. ."
SMS adik ipar pada ibu nya di hari mama dimasukkan ke hospital untuk induce Aisyah. Sayunya rasa hati. Kelaka ke cerita ibu kehilangan anak dalam kandungan. Moga di buka kan pintu hatinya, untuk kemudian-kemudian hari.. ingat, tak semua perkara boleh dibawa bergurau senda... .

8. "Sabar yer Fad. Ingat..kalau DIER bagi memang dier nak bagi.. .Kalau dier tarik semula, pasti ada la benda yang DIER nak kiter pikir... . Anak itu juga tak mahu dilahirkan, sebab dier tak mampu berjanji denganNya untuk berbuat baik di dunia ini.. ".
Pening kepala mama pikir. Tak terjangkau dek ilmu yang ada pada kata-kata itu. Rasa bersalah membuak-buak biler ingat kata-kata ini. Dosa apa yang membuatkan rezeki yang dijanjikan untuk kami ditarikNya.. .Sedihnya.. .Mama pujuk hati untuk telan kata-kata ini. Secara tak langsung, ia juga ingatkan mama pada satu janji yang pernah dibuat suatu waktu dahulu denganNya.. .Wallahulam.. .

Ni la antara kata-kata yang kalau boleh mama nk erase dari ingatan.. .Kata-kata ni la yang buat mama rasa nak duduk diam-diam dalam rumah..tak mahu jumpa sape-sape. Takut mendengar kata-kata yang buat mama rasa down semula. Moga segala-galanya mama boleh terima..moga mama boleh berfikiran positif..niat mereka adalah untuk mengurangkan kesedihan mama.. .Buat mama kuat, tabah dan redha hadapi segala-galanya.. .

Ok, habis sudah rasa sedih-sedih.. .Back to cerita raya pulak..alhamdullillah meriah dan seronok mcm dulu-dulu. Tapi baru perasan, tahun ni raya, gambar dalam kamera penuh gambar lembu korban je.. .Kami tak berposing langsung.. .hihihi... .Kat bawah ni ada la sket2 gambar yg sempat di snap masa raya.. .Selebihnya aktiviti makan, makan dan makan aje... .



2 jejaka yg sedang rancak bersembang.. .Abang Akif n his bestest cousins..Mukhlis..


Boring la sembang..mari kiter lumba panjat.. .Huru hara seperti biasa.. .



Posing sambil tekun tgk acara korban...

Alhamdullillah jugak, teratak anak mama dah siap sebelum raya.. .(Makin rindula mama nak ke sana...) .Ini aje harta dunia yg mama n babah mampu beri pada Aisyah.. .Tiada susu, kain baju mahupun mainan mcm kakak dan abang sempat rasa... .

Till then, mama harap moga hari-hari mendatang dipenuhi keberkatan dan rahmat dariNya. Salam Aidil Adha buat semua... .

Teratak anak mama.. .Al fatihah ~ Arwah Aisyah Bt Saiful Zaimi, 17 Sept 2011, 19 Syawal 1431H
(mcm tak percaya je..kubur kecil itu milik anak kami)


Salam.. .
Best.. best topik ikim.fm pagi ni. Rasa nak amik tepon cal je bagi pendapat. Nasib baik dengar betul-betul. Tajuk sebenar topiknya.."setia kawan...depan kawan, belakang lawan.." .Fuhh..kalau senario mcm tu, tak de input la pulak.. .Pernah terjadi (mungkin salah sendiri) tapi dah tak mo kenang-kenang dah... .Semua dah selesai, kami happy family sekarang..hihihi... .

Dok dengar topik ni...terus teringat sahabat, rakan dan taulan yang pernah mama kenal. Hikmah di sebalik musibah, terjadinya peristiwa ni...macam-macam kawan dan sahabat mama perolehi... .

1) Dah 7 tahun keje sini...selalu senyum je dari jauh (tak pun mama lari..sebab mak cik ni terkenal dengan mulut laser nya..hihihi) tiba-tiba kami boleh sembang mesra.. .Masing-masing berkongsi cerita..(dier pun pernah IUD masa 7 bulan, peristiwa 16 tahun lepas).. .Macam-macam nasihat dier bagi.. . Alhamdullillah..seronoknya dapat kenal lebih mesra.. .

2) Sahabat setia dari tadika pun sentiasa contact mama waktu peristiwa ni.. .Dari mula mendapat berita Aisyah dah tak de..mama bersalin..sampai la Aisyah selamat dikebumikan... .Secara kebetulan, kami sakan beraya tahun ni.. .Ke hulu-hilir macam zaman sekolah dulu (walaupun mama bawa kakak sekali).. . Jadinya peristiwa ni, dier tak berenti-renti contact mama.. ..Sesunguhnya..memang nikmat paling berharga punya sahabat macam ni.. .

3) Sebab peristiwa ni..kawan baik sebantal sepinggan waktu kat U dulu tiba-tiba contact. Ya Allah seronoknya.. .ntah mana mak cik ni pergi, dah lebih 5 tahun tak contact-contact. Rindu serindu nya ngan waktu muda-muda dulu.. .Tapi sampai skrang asyik tak dapat nk bergayut ...dok main sms je.. .masing-masing sibuk mengejar anak dah skrang..hihihii.

4) Sibuk pk diri sendiri, baru tau member baik waktu sekolah..kembar kawan-kawan panggil..rupa-rupanya tgh berjuang dalam perjalanan menjadi ibu. Dah berapa kali mencuba kaedah IVF, yang terbaru berjaya..tapi diuji dengan tanda-tanda keguguran.. .Berminggu-minggu dok spital, alhamdullillah...keadaan dapat distabilkan. mama doa agar Allah kurniakan dia rezeki menjadi ibu.. .Merasa seronoknya memiliki permata hati... .

5) Yang paling terharu...sahabat baik kat opis ni beritahu...masa terjadinya ujian pada mama hari tu..dier pun menangis sampai 3 hari.. .Majlis Open house Raya yang patut dia host pun dibatalkan atas sebab bersedih atas apa yang terjadi.. .SubhanAllah...betul-betul terharu.. .Tak sangka ada yang sudi berkongsi rasa sedih tu, rasa apa yang mamaonie tengah lalui. Syukur ya Allah atas nikmatmu..mengurniakan sahabat sebegini dalam hidupku.. .

6) Kat sini pun mama dapat kawan baru.. .Lega bila tau mama tak keseorangan.. .Ramai lagi yang diuji macam mama..malah ujian yang mereka lalui lagi hebat... .Kehilangan pada full term pregnancy, kehilangan anak pertama, Kehilangan anak yang dah 9 bulan, setahun, dua tahun mahupun lebih lama dari tu hidup bersama kita dan tak kurang juga kehilangan teman sejati duniawi iaitu suami mahupun isteri.. .Sesungguhnya..lepas apa yang terjadi..macam-macam kehidupan dunia mama pelajari.. .


Hari ni pun mama nak lawat kawan baik yang baru dapat cahaya mata. Dulu dengan dia la, kami selalu bertukar-tukar cerita.. .kebetulan mengandung waktu yang lebih kurang sama. Dia anak ke 4, mama sepatutnya anak 3. Mama gembira, segalanya selamat..(walaupun mamanya 3 minggu berkampung kat hospital).. .Mama harap mama kuat nak melawat nanti... .Rasa jeles memang ada..tapi bak kata Imam Muda Asraf pagi tadi...jangan ada sekelumit rasa dengki dalam hati, boleh mengundang murka Allah nanti.. takutnya.. .Moga mama sentiasa ingat kata-kata itu.. .Dan sentiasa ingat juga... Dia tau yang terbaik untuk kami... .

Okla..tak tau nk merepek apa lagi.. .Moga kiter semua dikurniakan sahabat, rakan taulan yang baik-baik..untuk menikmati keindahan dunia ini.. .Semoga persahabatan ni dirahmatiNya.. .Buat yang diuji, moga kiter sentiasa diberi kekuatan olehNya untuk hadapi hari-hari yang bakal dinikmati.. .




Abg Akif yg byk ragam hari ni...
Buat show gempak punya dekat Alamanda siang tadi... .Siap guling-guling, jerit pekik semua ada..Puncanya..mama n babah tak jumpa mainan basketball yg ok utk dier...pdhal semalam dh dpt mainan baru..(jd kelaziman pulak tiap-tiap hari nk mainan baru...salah sape ni?).pening sungguh mama ngan babah tadi.. .Malu, geram tak terluah dh... .Babah nk heret je masuk keter..mama nk cuba peluk pujuk lagi.. .Makin menjadi-jadi pulak nangisnya... .Sbb nk kejar masa, terpaksa biarkan babah dukung dan hentak dier.. .kesian mama tengok..tapi nk buat mcm mana kan.. (dh tak paham sgt bahasa..). Dlm keter pun sambung lagi jerit pekiknya..baran dier tak sudah-sudah..beriya mama kena pukul, cubit bagai.. .Alhamdullillah akhirnya mama dpt peluk..baca apa-apa yg patut baru dier cool... .

Sampai umah, ingat dh ok..sambung lg mengamuk.. .Malas nk pjg citer..mama heret msk keter..sambung pi Giant pulak.. .Babah rush nk setelken baiki keter dier..kami pergi bertiga je. dh dpt toy idaman..mengamuk jd semula biler kakak dpt CD barbie..tiba-tiba abg akif tak mo toy tu, nk CD ultraman pulak... .Nasib baik mengamuk sambil berjalan..tak susah mama dh bwk msk keter... .

Malam ni..babah dh balik..abg akif sambung mengmuk lagi... .Nk Roti Nutella banyak-banyak..tp roti tu dh dikoyak-koyak..siap campak merata-rata. Naik hantu mama rasa balun dier ngan raket tennis td... .Ya Allah..nape sayang..uji mama n babah mcm ni sekali...

Ni semua buat mama terpikir.. .Mungkin ini hikmah, Aisyah Allah jaga. Mama tak mampu lagi jaga tiga anak sorang-sorang. Mama tak sabar mana..tak kuat mana.. .Sebab tu Aisyah , Allah bg mama pinjam 6 bulan je... .Mungkin ni la hikmahnya.. .

P/S : Aisyah..mama baru dpt sumbangan khairat kematian. Tak terlintas langsung di fikiran, mama boleh dpt sumbangan tu sayang.. .Mama ingat mereka nk serahkan sumbangan sebab mama msk hospital..tp rupa-rupanya wang itu yg mama terima.. .Sedihnya mama..sbb dulu mama selalu imagine, masa mula-mula confirm peknen..mama dpt hadiah utk baby lagi tahun ni..paling tak ucapan tahniah dari kwn-kwn...tapi utk sayang..mama dpt sumbangan khairat kematian.. .Sedihnya mama sayang... .Rindu pada Aisyah mama.. .


Salam... .
Update blog dari opis..(suka-suka hati). Sepatutnya nk mengadap boss besar...tp memandangkan byk sgt urusan lain yg nk buat sekali...tangguh sekejap la. Skrang pun pukul 10 pagi... .opis gomen kan...pukul 10 waktu 'rasmi' minum pagi.. .silap-silap pukul 11 kang baru admin tu beroperasi.. .hmmmmm....

Anyway, msk opis mama ingat dh kuat sgt..tak sangka..nampak bekas-bekas makanan pun boleh menitik lagi air mata. Dok teringat, lps raya hr tu... mama jd cepat sgt lapar (maklumlah Aisyah makin besar)..so, segala makanan angkut bwk sini. Skrang jd penyebab sedih pulak..alahai.. . Peliknya, tak terusik lak makanan tu ngan tikus dan lipas.. .Selalu opis ni byk sgt binatang-binatang tu.. .Saja nk bagi mama feeling over-over. Masuk lab tadi pun berjura-jurai air mata.. .Teringat bertungkus lumus siapkan kerja dengan Aisyah dulu.. (hmmm..rindunya.). .Penat tau..tak larat dh nangis-nangis ni... .Tapi tu la..rasa syahdu ni cepat sgt dtg... .Biler agaknya mama boleh rasa betul-betul kuat ni.. .

Sbb jeritan opismate kesayangan tadi..mama skrang rasa berdebar-debar. Dok teringat pengalaman kat Darussalam semlm. Dah 2 kali pi sana..rasa life skrang mcm lain pulak. Yg peliknya, Darul syifa' yg beberapa meter dari rumah tak pernah mama jejak...tiba-tiba pi mendapatkan rawatan kat Darussalam pulak. Mcm-mcm sungguh. Memang mama percaya selama ni wujudnya unsur-unsur spiritual di sekeliling kiter..tp biler dh tgk real depan mata...lagi tak tau mcm mana nk cerita perasaannya. Dunia ni luas kan..ada macam-macam penghuni..mcm-mcm jenis hamba Allah ni, yang taat perintahNya dan yang tak takut langsung dengan balasanNya (dialog tak leh lupa..aku api..neraka tu api..apa aku nak takut.. .grrrrr...meremang dengar). Sampai skrang..boleh pk..kenapa la mama pi sana..betul ke tindakan nk jalani rawatan tu.. .Rasanya..skrang ni jadi lagi penakut adalah... .Berkesan ke tak rawatan tu..wallahualam.. .

Anyway, malam tadi sbb tak boleh tido..mamaonie baru terpk.. .Punca utama kenapa mama pi sana, ..sebab sebahagian diri mama, masih tak boleh terima apa yang terjadi. Masih mencari-cari punca macam mana mama boleh hilang Aisyah. Masih menyalahkan diri..Aisyah baby ke tiga mama...kenapa mama boleh cuai sampai hilang Aisyah.. entahlah susah betul nak pujuk hati, setiap yang terjadi adalah atas kehendakNya.. .

Anyway..nk citer kat sini..sblm pegi tempat tu... .Antara alasan kuat kenapa mama nak pi.. .

1)Teringat kata-kata sahabat baik.. .opismate sebelah bilik pun mother of angel...hilang baby usia 7 minggu, selang satu pintu pun byk sgt masalah semasa peknen... tempat kerja korang byk hal kot..(hal apa?..suka-suka tafsir hal bukan-bukan). Masa pregnant Aisyah pun, mama acap kali nampak biawak kat opis ni.. .Tak leh lupa jumpa biawak besar Abg Akif...tgh makan bangkai tikus.. .Fuhh...takut sangat-sangat.. .Harap-harap dia dh mati waktu ni, tak mo jumpa lagi.. .(dh sini mmg kawasan dier...nk buat mcm mana kan)

2) Masa pregnant Aisyah...mama pernah kena tepuk kat belakang..waktu tu nk maghrib..kalut angkat kain sbb baru sampai umah. Toleh belakang mmg meremang tengkuk waktu, mana ada apa-apa. Teringat lagi sampai hari ni rasa takutnya..(waktu maghrib mmg mcm2 kan)

3) Malam last sekali masa Aisyah ada lagi. Mama balik kerja dah maghrib (intensif course abis waktu tu). Nk reverse kete, tak boleh. Tekan minyak berkali-kali. Dah 4 tahun mama buat..tiba-tiba hari tu tak boleh. Lps cal babah, tiba-tiba boleh. Pelik-pelik.. .(Kebetulan kot.).

4) Auntie Mel..saudara mama pun senasib ngan mama.. .Selang 2 minggu dia hilang baby. Kami ada kaitan dengan satu peristiwa (tak leh citer..aib org ni), buat mama ter pk-pk ada kebetulan ngan peristiwa tu ke. Ermm..yg ni very complex...tak leh nk luahkan kat sini.. .

So, masa 1st day terima rawatan tu, mama rasa tak jadi apa-apa pun. Tak macam org-org lain sekeliling mama. Tapi mama kena kaunseling ngan ustaz kat situ (almaklumlah tulis kat buku rawatan..lemah semangat..sbb dh tak reti nk citer apa). Cumanya, bila ustaz tu pegang kepala mama dn bacakan ayat-ayat al-quran..mmg mama rasa loya yg amat, berjurai-jurai air mata... .hmmm...ustaz tu pun tak tau nk ckp apa..dier suruh mama habiskan apa yg dier suruh buat dulu. tgk la mcm mana nnt kan.. .

Sekarang, baru mama rasa..tu semua hasutan syaitan. Hilang Aisyah atas rencana yang maha esa. Itu yang terbaik buat semua..buat mama, babah dan Aisyah juga. Macam mana mama pk pun...byk mana rawatan mama buat pun..semua ni qada' dan qadar nya.. .semua yang berlaku adalah atas keizinanNya. Tak de kaitan dengan apa-apa pun.. .Mama kena ingat..ujian mama tak sehebat mana.. .Ada yg lebih menyayat hati menerima ujian... .Entahlah...moga mama makin boleh hadapi kenyataan.. .

Ok la...nk sambung keje.. .Kena jadi lebih baik dari dulu..amanah dalam kerja, tenaga dan masa..maklumlah..mama nk jumpa Aisyah kat sana nnt kan..kat pintu syurga.. .


Salam..
Dari minggu lepas rasa gian nk update, tapi byk sgt urusan yang perlu di setelkan.. .tak de masa nak menghadap laptop pun.

Hari ni hari terakhir mamaonie bercuti (actually esok cuti deepavali...tp tu public holiday kan..semua org cuti). Dah hari ke 39 mamaonie berpantang. Alhamdullillah, makin sihat, makin tenang (kot..mlm td nangis lg). Babah pun dh kembali bekerja...kami kembali ke kehidupan normal kami...berjauhan. Hmmm....moga-moga diberi kekuatan olehNya untuk hadapi hari-hari seterusnya. Kembali ke opis, menyiapkan keje tertangguh (dh 2 cal dr opis, satu emel urgent yg dh di entertain pg td...hmmm..). Paling tak syok berdepan ngan member-member peknen yg masing-masing tgh tunggu turn menyambut baby (jelesnya....). Hopefully mamaonie makin kuat...sentiasa ingat Ujian ni tanda kasih sayang Dia. Moga rindu tak tertanggung pada Aisyah, digantikan dengan nikmat tak berbelah bagi bila mama dapat jumpa sayang di sana nanti...aminnnnnnnn... .

Anyway, lama tak update..byk la citer nya kan... . Dh sebulan sayang pergi kan.. .Mama ingat mama dh kuat, mlm 15 hb tu mama tewas jugak. Dalam sibuk menyiapakan slide keje, mama boleh menangis beriya-iya mengingati apa yg terjadi sebulan lepas.. .Mama rindu sayang...rindu sangat-sangat. Waktu iman rasa nipis sgt, mama selalu pk..kenapa mama yang dipilih untuk hadapi semua ni. Mama selalu minta..ni semua mimpi je..mimpi mama pernah peknen dan mimpi mama dah kehilangan sayang... .Teruk kan mama sayang... .Then, last sunday, mama berkesempatan lawat sayang..mama nangis lagi.. .Sama je perasaan tu... . Tak pernah kurang pun sayang. Moga mama dapat terima hakikat yang sayang dah di tempat terbaik. di bawah jagaan yang terbaik. Moga diperkenankan oleh Nya, mama, babah, kakak dan abg dapat jumpa sayang suatu hari nanti... .

Mama dan babah pun dh jumpa Dr Fairuz utk follow up kes sayang. As expected, Dr tak boleh bg punca utama mengapa semua ni terjadi. Dr rekemenkan mama rehat dan jumpa dier semula awal next year utk plan kehamilan seterusnya. But somehow, mama dan babah mcm nk rehat lama lagi. Kami sgt-sgt trauma. Mungkin setahun, mungkin lebih dari itu. Kalau ikutkan hati mmg mama mahu segera pregnant...mama jeles tengok kawan-kawan yang semuanya seronok menambah ahli keluarga, mama suka sangat-sangat bayi, macam-macam rasa pelik mama rasa... .Tapi andainya, ujian ni berulang mcm mana.... .Apatah lagi...next year kami akan jauh dari keluarga, mama dan babah tak mahu hadapi semua ni keseorangan tanpa mereka...entahlah. Mama pasrah sekarang, andai ada rezeki...mohon segalanya di bawah jagaanNya.. .Andai belum, mungkin itu yang terbaik untuk kami semua... .entah lah.

Mama pergi jalani rawatan di Darussalam. Mula-mula ingat nak temankan nenek saja, tapi saja nk cuba. Pengalaman yang tak boleh diluahkan di sini. Mungkin entri lain la mama citer.. .

Ok..lepas sudah segala yang terbuku. Nanti lain kali update lagi... .Bye.


Time : 8.00 am
Venue : Umah babah

Kring..kring..
Caller : Assalamualaikum...saya Sue (yer kot..mama tak ingat la) dari klinik kesihatan... .Puan tgh pantang kat mana yer ni.. Shah Alam ke Bangi.. .
Mama : Waalikumusalam.. .Tak..saya kat Cameron ni.. .
Caller : Ooo..Puan kat luar Selangor la yer ni... .Puan dh daftar ke kat klinik kat sana.
Mama : Tak..sebab kebetulan saya dah nak balik Bangi ni.. .
Caller: oo..ye ke.. .Kalau mcm tu, boleh la kami datang umah. Nak tengok Puan dan baby.. .Nak tengok anak..
Mama : Anak?? Anak mana yer...(waktu ni..pitch suara dh tinggi..konfuse..)
Caller:Anak... . Baby Puan... .(Cik Nurse dah perasan suara mama lain)... .
Ooo..anak puan kurang berat yer..450g (daaa point ni pulak yg dier nk highlightkan...) .
Mama : (dgn suara yg syahdu..air mata dh berjurai-jurai)Anak saya dah meninggal... .
Caller: OO..aah.. tak pe la...kami dtg tgk puan la. Amik berat ke tekanan darah ke. Puan ada jahitan apa-apa ke (nak cover line la ni..)
mama : tak..tak jahit apa-apa..(tak leh ckp dh..drama air mata dah bermula)
Caller: oo..tak pe la kalau gitu.. . Nanti kalau Puan dh kat umah..puan bgtau yer.. .Assalamualaikum.. .

Mama terus cal babah..citer apa jadi..sambil nangis-nangis. Babah suh save nombor tu then jgn angkat lagi lps ni.. .Sbbnya..setiap kali depa cal..mmg drama air mata mama jadi semula. Last sunday.depa call..berleter dulu awat tak mai-mai klinik.. .Biler mama citer..baby saya dh meninggal..baru depa diam... .Kenapa hari ni..depa cal..kata nk mai umah nk lawat baby... .Konfuse mama. Bukan dok satu opis ke.. .huhuhuhu... .

Yang bestnya..drama air mata tak lama sbb kata-kata little monsters duaorang ni.. .

Kakak Auni: Mama...nape mama nangis.. .Nurse nk datang tgk baby ke...
Mama : yer sayang..nurse nk tgk baby Aisyah.. .
Kakak Auni: Ala..kakak takut la mama.. .Nanti kena korek kubur..keluarkan Aisyah..tunjukkan kat Nurse.. .
Mama : (Dah tergelak-gelak waktu ni.. .Lurusnya pemikiran budak-budak kan.. .)

Abang Akif: Kenapa hidung mama merah..mama nangis ke?
Mama : yer sayang.. .
Abang Akif: Mama ingat baby Aisyah ke? Nape mama sedih ingat baby Aisyah
Mama : sebab mama sayang baby Aisyah...mama rindu dia..
Abang Akif: Tak pe mama..nanti adik doa kat Allah..suruh Allah letak baby dlm perut mama yer.... .
Mama : (so sweet..syukur ya Allah..kurniakan anak-anak bijak mcm mereka..)


Aisyah..mama sentiasa sayang Aisyah.. .Mama tak kuat mana lagi biler orang-orang tanya pasal sayang.. .tido malam mama pun masih mengigau-gigau cari Aisyah dalam perut mama..memikir betul ke apa yang terjadi.. .Moga mama semakin tenang, redha dengan kekuatanNya. Moga sayang mama tenang di sana... .Rindu Aisyah mama.


Year 2005 : Pantang kakak Auni. 1st time pantang...1st time parents... .Sgt excited..kakak Auni kebetulan cucu sulung family Dada (panggilan Auni pd babah), and cucu ke dua utk family mama. Kira aura menyambut cucu sgt memuncak la waktu tu. Pantang dgn penuh berhikmah..segala yg do dan don't mamaonie ikut.. . And it happen kakak Auni jenis tak tido mlm 44 hari dlm pantang...uwaaa!!!... trauma sgh... .Cuma hikmahnya, kakak Auni lahir 2 minggu sblm puasa..so walau tak tido mlm, mlm ramadhan kan tak sunyi sgt.... .Atuk, nenek or org-org surau dpn rumah selalu teman mama. Pengalaman mama ganti poser 1 bulan jugak...huuuuuhhh... .

Year 2008 : Pantang abg Akif. Abg Akif lahir ikut tingkap. Emergency ceaser. So, pantang mama tahun ni lagi strict. Lagi byk do n don't. Badan mcm lagi sihat..sbb seminggu lps bersalin, mama dh pakai seluar bagai...almaklumlah jahitannya kat perut.. tp mmg sampai abg akif dh 3 tahun pun kadang-kadang mama rasa ngilu lagi kat parut operate. Abg Akif tido mlm..tp sgt kuat nangis. Uwaaa...trauma gak. Alhamdullillah..nenek sudi temankan kami sampai abg akif 5 bln...br lps tu bg bibik jaga...huuuh..almaklumlah cucu sulung lelaki kedua-dua family.

Year 2011 : Pantang Arwah Aisyah. Pantang kali ni mmg mama sgt tak stabil. First week asyik berendam air mata. Second week mama dh ikut babah atas gunung ni..pantang sendiri-sendiri suka-suka. Almaklumlah..pantang sendiri ngan budak-budak tengah melasak..maka keadaan mcm tak pantang je. sampai hari ni, air sejuk mama tak sentuh lg... .Stoking tak bukak lg... .Tp hari ke 20 mama dh drive...hari ke 2 mama dh mkn ketam..wakakakak...suka-suka.. .Kiranya..bab-bab makan mmg tak terjaga sgt (tp mak cik urut kata..sbb tak jahit apa-apa..insya Allah ok je).. .Yang paling best..hari ke 21 mama dh pi bercuti ke pangkor... .Naik bot..jalan-jalan pantai... .Sgt tak tentu arah... . Mama perlu busy kan diri..kalau tak..rasa sedih tu tak abis-abis menganggu...alasan-alasan.. .

Rindu Kat Aisyah....sntiasa rindu pd anak mama...bidadari surga.. .


Salam..cuti..cuti.. .Masa keje hr tu..selalu pk tak leh amik cuti.. keje menimbun tak berenti-renti. Tak terjangkau dek akal pikiran nk berehat-rehat bercuti sampai tarikh due. Namun sapela kiter..hamba kerdilNya, hanya merancang..Dia yang menentukan. Hilangnya Aisyah, mama pun dapat cuti. 5 minggu lagi tu.. .
Dan hari ni dah msk minggu ketiga mamaonie bercuti... .Rasa seronok sgt..sedih pulak sbb sedar tak sedar dah halfway melalui cuti ni.. . Tak sangka betul..dari memikir psl keje tak leh cuti..tiba-tiba cuti ni buat mamaonie rasa dh tak nk msk keje sampai biler2... .hihiih..over betul. Tapi hari ni mcm penat pulak menguruskan budak-budak ni..tak menang tangan buat mcm2...huuuu..
Harapnya..biler sampai waktu dan masa yang ditetapkan...mamaonie boleh menikmati cuti sepuas-puasnya.. .Melalui detik-detik sebagai suri rumah sepenuh masa tanpa memikir-mikir urusan kerja... .aminnnnn... .

P/s: Aisyah..mama rindu pada sayang... . Tak lena mlm teringatkan detik-detik Aisyah bersama mama... .Sayang tunggu mama tau..


As salam... .tak sangka nk update semula blog ni. Almost a year blog ni tak ter jenguk...sampai dh lupa passwordnya. Plan nk update mmg sentiasa ada, tp konon-konon tahun depan baru nk mula, tahun dpn akan report duty sbg fully housewife, so supposedly byk kot masa free..(insya Allah). Tapi hari ni rasa berkobar-kobar nk update pulak...
Tak tau nk mulakan cerita dari mana....
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan kesanggupannya' surah al-baqarah, ayat 286.
Subhanallah. It was true indeed. Makin melangkah melewati usia 30an ni, makin terasa kematangan diri. Pengalaman hidup walaupun tak seberapa, menyebabkan rasa utk dekat denganNya sentiasa perlu. Baru sekarang faham sebenar- benarnya erti dugaan, baru sekarang dapat selami erti pinjaman.
Kami sekeluarga baru kehilangan. Setengah jiwa mamaonie pergi. Baru sekarang rasa dapat pujuk hati, yakinkan diri bahawa di alam fana ini tiada satu pun hak kiter yang hakiki. Allahyarhamah Aisyah bt Saiful Zaimi dah tinggalkan kami 2 minggu yg lalu. Mama sangat merindui Aisyah. Biarpun Aisyah tak pernah mama belai secara fizikal, hanya berada dalam rahim mama selama 6 bulan, ya Allah, kehilanganNya sehingga kini masih mama tangisi. 6 bulan sayang, mama rasa cukup terruja nk berjumpa dengan Aisyah. Cukup yakin untuk menyambut Aisyah seperti kakak dan abang. Hari disahkan Aisyah sudah tak bernyawa dalam rahim mama, sampai sekarang mama boleh rasa kesakitannya. Sampai hari ni kalau melayan sgt perasaan, mama akan tercari-cari di mana salahnya. Akan berfikir-fikir kalau la itu, kalau la ini. Masya Allah ia sangat menyiksa jiwa mama. Air mata pun mudah sgt mengalir bila rasa terlalu rindu pada Aisyah. Ada yang mengatakan, kehilangan Aisyah tak perlu diratapi, mama dan babah dah punya kakak dan abang yang comel, tapi demi Allah, Aisyah tak mungkin diganti sesiapa pun. Diganti kakak, abang mahupun adik-adik Aisyah andai mama masih punya rezeki Untuk lahirkan zuriat kemudian hari. Tak mungkin sayang.
Hadirnya Aisyah tanpa diduga, pergi Aisyah juga tanpa mama sedari. Hikmah di sebalik yang terjadi. Mama pelajari, tiada satu pun di dunia ini milik kiter yang hakiki. Segalanya pinjaman dari Ilahi. Mama cukup teruja mengandungkan Aisyah, pelbagai plan mama dah rancang. Macam-macam perancangan sudah mama bayangkan. Bila terjadinya peristiwa ni sayang, mama rasa malu sangat. Siapalah kiter, hamba yang hina merancang perjalanan kehidupan. Lupa akan keagunganNya. Andai tidak diizinkanNya, tiada apa yang mampu dilakukan. Aisyah adalah pinjaman terindah dariNya. Mama masih memujuk hati. Aisyah sudah berada di tempat yang terbaik. Di bawah jagaan yang terbaik, yang maha Agung. Tak de apa yang perlu mama risaukan lagi. Damailah di sana sayang. Mama mohon maaf kiranya ada perlakuan mama yang menyakitkan sayang sepanjang 6 bulan sayang di dalam rahim mama. Mama terlalukan rindukan Aisyah. Moga kiter bertemu di sana sayang. Pertemuan yang tak mungkin berlakunya perpisahan lagi.... .